Muqadimmah Ramadhan yg ingin ana kgsikan, bulan ramadhan adalah penghulu segala bulan kerana terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan yg tiada di bulan lain. Kita perlu menyambutnya dangan penuh persediaan dan semangat supaya kita xterlepas dari promosi dari Allah Yang Maha Esa. Bulan Ramadhan ini, Allah lelong pahalaNya pada hambaNya yg beriman. Jadi sama2 kita rebut promosi dr Allah ini.
OBJEKTIF RAMADHAN
1. Menyedarkan manusia betapa pentingnya mereka menyemak diri dan memperbaiki setiap kerosakan yg berlaku dlm diri mereka.
2. Meningkatkan prestasi keimanan kepada Allah
3. Melahirkan individu bertaqwa pada Allah
4. Menyihatkan tubuh badan
SENARAI AJK PROGRAM RAMADHAN
Pengarah Progam : Allah
Setiausaha : Rasulullah dan pewarisnya
Bendahari : Allah
AJK : Malaikat
SASARAN PESERTA PROGRAM RAMADHAN
· Seluruh umat islam khususnya yg cukup syarat2 berikut:
1. Orang islam
2. Orang mukallaf iaitu baligh dan berakal
3. Mampu berpuasa iaitu tidak sakit tenat
4. Suci dari haid dan nifas
5. Tidak musafir yg panjg
TENTATIF PROGRAM RAMADHAN
· Kursus ramadhan menyediakan pelbagai aktiviti yg mesti disertai oleh semua peserta
1. Puasa di siang hari selama sebulan
2. Solat terawih di waktu malam
3. Solat tahajjud dan witir
4. Banyak membaca Al-Quran ( Khatam)
5. Bertadarus Al-Quran
6. Bertahlil dan beristghfar ( banyakkan zikir)
7. Berdoa bersungguh-sungguh terutamanya memohon syurga dan kebebasan dari api neraka
8. Banyakkan sedekah
9. Beriktikaf terutama 10 akhir ramadhan
10. Merebut kelebihan Lailatul Qadar..
1 comment:
selamat berpuasa.....jangan ponteng puasa..huhuhu
Post a Comment