Tuesday, August 16, 2011

Al Quran Vs Facebook


                                    

Assalamualaikum wbt.. Entry kali ni ana mohon pada Allah byk kali supaya ana dikuatkan untuk keluarkan entry ni. Akhirnya Allah menjawab doa ana, seorang ustaz beritahu dlm kuliah subuhnya, seorng Daie (pendakwah) akan dimusuhi oleh empat jenis musuh iaitu syaitan, dunia, nafsu dan Manusia. Jika seorang pendakwah itu dibenci masyarakat, maknanya dia membawa risalah yg betul. Jika kehadirannya tidak ada musuh, maka something wrong dgn ilmu yg dibawa. Jd stelah lama ana fikir, ana diilhamkan untuk membuat entry ini. Al Quran Vs Facebook.

Alhamdulillah, Allah kurniakan hati ana ni supaya membenci akan facebook. Mmg ana benci facebook wlaupun org ckp ada kebaikan. Tp bg ana byk keburukan drpada kebaikan. Namun begitu jika ditanya pada mereka yg kaki facebook, mcm2 alasan diberikan apabila ana menegur bhawa fb ni melalaikan dan byk keburukan. Antara jawapannya

  1. Aku nak cari kenalan lama
  2. Aku xbukak selalu, jarang2 je..
  3. Banyak maklumat aku dapat
  4. Ala.. Family aku semua ada.. Jd aku pn buatlah
  5. Belajar agama pun boleh melalui ni
  6. Aku xletak gmbar pn, xde org kenal pn
  7. Aku xapprove org yg aku xknal
  8. Maklumat ttg assgment aku ada lam fb
  9. Kawan aku suh aku buat, aku ikt je laa
  10. Aku bosan xtahu nk buat apa.. jadi layan je fb ni..
  11. Aku nk tahu isu dunia laa..
  12. Aku buat group supaya mudah nk kgsi apa2
  13. Aku berniaga online..
  14. Fb pn ada kebaikan jgk
  15. Bukan semua orang yg lalai
Macam2 alasan lg yg diberikan apabila ana menegur. Lalu ana senyum je la.. Ana hanya penyampai dan menegur sahaja.. Gejala fb ni dh mula menular hingga ke peringkat parah. Budak2 zaman sekarang tidak mengenal lg ayat suci Al Quran tp yg mereka knal adalah fb. Bagaimana anak2 kita yg akan dtg. Apabila anak menjadi liar, kita marahkan mereka padahal itu adalah diri kita. Dia akn ikt dri kita. Seorg ayah yg merokok xkn  berkesan menasihati anaknya supaya jgn merokok sb anaknya ari2 duk tgk dia merokok. Jd bermula dgn diri kita baru anak2 akan ikut.

Kita kena igt, pahala dan dosa pn ada MLM ( multi level marketing).. Jika seseorg membuat status pd fb nye ttg memburukkan org sbgai cth.. "Aku benci la pakcik kafe yg tegur pakaian aku. Bajet dia baik sgt".. Lalu rakan2nya yg bodoh menenangkan die lalu mnyumbangkan "like" pd status dia. Selagi mana org duk like n selagi mane org duk baca status itu, maka selagi 2 la dosa free msuk pd account dia. byklah dosa yg dimilikinya. Kaya x? Kaya ngn dosa.. 1 penyakit lg, suka letak gmbar yg mcm2 gaya, posing sana sini buat tatapan umum. Selagi mana org tgk, selagi tu lah dosa mengalir pd kita. Lg bodoh jika ada org komen lalu memuji yg awk ni cntklah. Makin ujub la tuan gmbar 2. Pahala xbyk tp duk wat dosa bertimbun.. Cuba bgth ana, dlam situasi td, mane tmpat kita nk raih pahala?? Semuanya dosa.. Duk mengumpat, mnyokong bnda yg belum tntu benar dan mcm2 lg. 

Ana xnk sntuh ttg kebaikan fb sb pembaca akan pndg pada kebaikan yg hnye sdikit sahaja. Tp secara jujurnya mmg xde kebaikan pd fb malah memudaratkan.. Fb ni lebih kurang arak la. Ada kebaikan pada arak tp hnya sedikit dan memudaratkan itu lbh byk maka ia haram. Msti ramai xpuas ati kan? Msti ada yg akan berkata, Ustaz Azhar Idrus pn ada fb.. Mmg dia ada tp tgk pd fb dia, pnuh nsihat yg berguna. Maka fb td menjdi MLM pdnya dgn menyebar kbaikan.

Bg ana, drp sahabt2 menghabiskan masa dgn fb, cuba pandg atas almari rumah anda, ada sebuah kitab yg disisih dan berhabuk dan menunggu untuk disentuh, dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan.. Itulah kitab teragung dr Tuan punya dunia. Kalam Allah yg Mahasuci iaitu AL-QURAN..Berapa ramai yg bertadarus pada bulan puasa ni? Berapa ramai yg mahir membaca Al Quran seperti mahirnya kita menekan keyboard untuk fb? Berapa ramai habiskan masa untuk Al Quran berbanding fb? Berapa ramai mengikut panduan Al quran berbanding kita ikut arahan dlm fb? Berapa ramai yg kenal Al Quran berbanding kenal fb? Hebat manakah fb berbanding Al Quran? Adakaf fb yg akn lindungi kita di mahsyar kelak? Adakah laptop yg kita guna utk fb akan tutup panasnya matahari di mahsyar? Adakah komen2 fb akan berhujah di depan Allah kelak? Berapa byk nasihat terkandung dlm fb berbanding Al Quran? Berapa banyak azab Allah diceritakan dlm fb berbanding Al Quran? Berapa ramai dpt hafal ayat Al Quran berbanding lirik lagu? 

Orang kita ni telalu banyak alasan jika ditanya ttg Al Quran.. Byk sgt alasan.. Di hadapan Allah nti ana cabar semua yg lupakan Al Quran untuk beri alasan pada Allah.. Myb ada yg mengatakan ana berdkwah secara kasar. Ana terpaksa tegas sb apakah kita tidak ada nabi? Apakah kita tidak kitab? Semua ada kan.. Tp kenapa dilupakan? Ingat, Al Quran akan dkwa kita nti.. Bacaan salah pun Al Quran akan dakwa apatah lg xbaca lgsg.. Lau fb lg hebat, gunalah fb sebagai peguam bela kelak ye kalau di dunia fb yg kita agungkan.. Ana mohon maaf ats kekasaran ana tp itu hakikat kita d sana nti.. Jika kita membca Al Quran, stiap huruf akan berhujah dpn Allah dan berkata " Wahai Allah, aku saksi pada si fulan bin si fulan bhawa dia membcaku, menghafal, mnghayati, dan mengamalkan Al Quran. Maka selamatlah kita.

Sempena Nuzul Al Quran, Cuba buka Al Quran selama 1 hari je dan tutup fb 1 hari je. Sesungguhnya ketenangan yg akan kita dapat. Maka teruskan membca Al Quran bg yg selalu baca. Wallahulam bimurodih..

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...