Tuesday, April 24, 2012

Warkah Terakhir Ibnu Hassan

Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah yakni tuhan memberi ana nyawa untuk bertaubat kepadaNya. Selawat serta salam kepada Kekasihku Muhammad Ya Rasulullah.. Semoga kita dipertemukan dalam masa yang terdekat...

Selamat dan sejahtera keatas semua sahabat ana yang ana sayangi.. Disaat ana menulis warkah ini, bagaikan laju je nafas ana.. Ana mohon maaf kepada semua sahabat ana yang banyak ana sakiti.. Allah, jika Kau ambil nyawaku saat ini, jangan biarkan ade dosa yang tidak aku lunaskan dengan memohon kemaafan dariMu Ya Rabb..

Sahabat ana, Jgn ulangi kesilapan yang kita lakukan dahulu, ingat yang maut itu dekat tau.. Jangan lupa untuk doakan ana sekiranya dijemput nanti. Sahabat ana, jaga iman kamu dengan baik takut Allah ambil kita bila2 masa. Wahai sahabat ana, keluarga ana, maafkan ana jika belum sempat menunaikan janji2 yang telah ditabur masa lalu. Maafkan ana..

Allahuma Ya Allah.. Maafkan aku, ibuku, adik beradikku, sahabat sahabiah ku dan semua mengenali diri ini.. Selamatkan Ibnu Hassan dan Ibnu Nawang dari siksa azab kubur Ya Rabb.. 

Wednesday, April 4, 2012

Balasan-balasan dosa besar menurut Al Quran

Soalan:
Di sini saya ingin mengemukakan soalan berkenaan balasan-balasan di akhirat kelak di atas perlakuan-perlakuan tersebut :
a) Meninggalkan sembahyang secara sengaja
b) Meninggalkan puasa secara sengaja
c) Tidak menunaikan zakat
d) Berzina
e) Menipu orang
f) Menganiaya orang
g) Minum arak
h) Membuat sumpah palsu
Diharap ustaz dapat menjawab soalan-soalan berikut secara terperinci kerana saya benar-benar ingin mengetahui balasan-balasan yg akan diterima di akhirat kelak jika melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Semua dosa-dosa diatas tergolong dalam dosa-dosa besar. Jika dosa-dosa ini dilakukan seseorang  kemudian meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat, maka balasan dari dosa ini adalah masuk ke dalam api neraka. Jika mereka sempat bertaubat maka insya Allah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT. Sebab Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran akan menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat (taubat nasuha).
1. Dalil balasan dosa meninggal solat. 
Firman Allah SWT maksudnya:
Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat“. 
(Al Mudatsir, 42-43)
2. Dalil balasan dosa meninggal puasa dengan sengaja. 
Firman Allah SWT maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa kepadanya. Hanya dalam masa beberapa hari saja“. 
(Al Baqarah 183, 184)
3. Dalil balasan tidak membayar zakat. 
Firman Allah SWT maksudnya:
Dan orang -orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkan pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih“. 
(At Taubah 34)
4.Dalil balasan dosa berzina 
“Firman Allah SWT maksudnya:
Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina. Barangsaipa melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya“. 
(Al Furqan 68)
5. Dalil balasan menipu orang lain. 
Firman Allah SWT maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedangkan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud riyak dengan solat dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali“. 
(An Nisa, 142)
Firman Allah SWT maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka“.
(An Nisa, 145)
6. Dalil balasan dosa Menganiaya orang. 
Firman Allah SWT maksudnya:
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata“. 
(al Ahzab,58)
7. Dalil Balasan Meminum Arak. 
Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya khamar, judi, patung berhala dan undian nasib itu adalah kotoran dari perbuatan syaitan, maka jauhilah dia supaya kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu mahu mengadakan permusuhan dan perkelahian pada khamar dan judi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat tidaklah kamu mahu berhenti ?”. (Al maidah ayat, 90-91)
8. Dalil balasan Membuat Sumpah Palsu. 
Firman Allah SWT maksudnya:
Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar“. (An Nahl ayat 94) 

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...