Friday, December 30, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (special edition)



Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dirahmati Allah.. Alhamdulillah, jutaan kesyukuran ana panjatkan kpd Allah kerana masih lg bagi peluang pada ana untuk meneruskan tinta dakwah agr semua pembaca dapat manfaat. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw..Baik, kali ni ana nk kongsi pandangan para ulama tp diterjemahkan dalam pemahaman ana sendiri dan ditulis sebagai secebis pandangan ana dan kali ni ana buat yg special edition.. Knape ye??? Sb sblum ni ana muatkan 3 pandangan tp kali ni ana wat 5 pandangan para ulama dan pandangan ana sndiri. Baik ana nak ceritakan tentang 3 golongan yg dilaknat oleh Allah, cakap tidak serupa bikin, orang melayu, syarat2 menutup aurat dan islam kembali dagang..

                                                      Perbuatan Yang Dilaknat

Baik, yang pertama mengenai 3 golongan yang dilaknat oleh Allah semasa di dunia lagi.. Allah, ana cukup takut apabila mendengar perkara tersebut sb ia mmg pernah dilakukan oleh kita. Golongan pertama adalah imam yang dibenci oleh makmum. Maksudnya, org yg menjadi pemimpin tidak kira la dia memimpin negara , negeri mahupun dalam solat. Ana nk kupas ttg imam solat je sb mmg ia berlaku pada kita semua. Jika satu surau itu xde imam, lalu naiklah seorang yg layak menjadi imam tetapi tidak disukai makmum kerana kefasikan atau kejahatannya, maka Allah melaknat org yg menjadi imam tersebut. Tp bergantung pada seramai mana makmum yg tidak menyukainya. Jika seorg makmum je xsuka yg lain suka maka imam td terselamat tp jika seluruh makamum tidak menyukainya, maka laknat Allah menantinya .. nauzubillah.. Golongan kedua adalah wanita yang tidur dalam keadaan suaminya marah padanya. Ni untuk org berkawin dan bakal berkawin.. Jika suami terasa atau tidur dalam keadaan marah pada isteri, maka Allah akan melaknat wanita tersebut sehingga subuh dan solat subuh wanita tersebut sejengkal pun Allah xagkat ke langit... Jadi muslimah tlg jaga, bgn pagi mnta maaf dgn suami, sblum tido pun minta maaf dgn suami dan berhias hanya untuk suami.. Dan yg ketiga, orang yang mendengar azan tapi tidak hadir untuk solat berjemaah. Walaupun solat berjemaah hanya sunat muakad tp sebolehnya jadikan ia perkara wajib untuk dikerjakan. Ana tertarik dgn seorang budak lelaki berumur 8 tahun yg menjaga 5 waktu di masjid di kmpung ana, dia ckp, kalau xsolat kt masjid, rase macm xsolat je walaupun solat kt rmah... Allah, ati budak tu telah terpaut dgn masjid seawal umur 8 tahun sedangkan budak2 lain tgh sibuk main playstation... Semoga anak ana dan ana menjdi mcm budak td.. Amin....

                                                               sedih....

Yang kedua adalah ttg cakap tak serupa bikin. Ini berkenaan dgn diri ana dimana ada org melabel ana cakap xserupa bikin. Terima kasih kerana menegur ana. Dia beritahu yg dalam blog ana lain, tp kt luar lain. Ana akui, ana mmg ramai kwn dan kebanyakannya kwn perempuan. Mgkn yg menegur tidak tahu keadaan sbnar dab apabila sepintas lalu tgk ana borak dgn perempuan trus ckp ana ada hbngan dgn prmpuan trsebut. Adoii... Masalah betul la bila ana pk blk sb tu ana serah bulat2 pada Allah ttg apa yg org perkatakan. Setahu ana, ana sentiasa bersama kwn baik ana iaitu Naqib yg selalu ada lau ana p mana2.. Mgkn ana ter 'over' mesra dgn org lalu tmbul pelbagai ftnah lalu keluarlah knyataan dalam blog tulis lain, tp kt luar lain, ckp xseerupa bikin. Ana pegang pada satu benda, jika kamu sebarkan ilmu agama, lalu kamu ditentang, difitnah dan dimusuhi ramai org maka kamu di pihak yg benar. Dalil, jika kita nk wat baik, selalu je ada halangan. jika nk buat jht, mudah je nak buat. Jadi, ana terima tguran supaya ana lbh mnjaga batas2 prgaulan.. InsyaAllah..

                                   Jahatnya Orang Melayu Yang Beragama Islam..

Yang ketiga adalah berkenaan dgn org melayu. Bangsa melayu ni bangsa paling pelik atas muka bumi dan bangsa paling jahat atas muka bumi selain yahudi dan nasrani. Nape ana ckp cmtu, sbbnya org melayu ni mempunyai pelbagai rupa. Rupa cina, india, jepun, korea, org putih, org arab, semua ada pada org melayu. Org arab xde pun iras dgn org india tp org melyu ada. Maka itu dikatakan bangsa paling pelik. Bangsa paling jahat pula sebabnya org melayu ni mmpunyai sifat dgki dan tidak senang dgn org lain. Sbg contoh, jika satupasangan kawin awal, maka ada mulut yg beritahu, "em dh terlanjurla 2 kwin awal".. Bodoh punye manusia yg ckp cm2 sdgkan pasangan td nk pelihara nafsu dr berzina. Jika seseorg kwin lambat mesti ade mulut yg ckp, "msti dia ni xlarat(xde nafsu) sb tu xkawin.." sedgkan org tersebut xde jodoh dan sdg berusaha. Jika org kawin bnyak, ade yg ckp, gila seks btl laki ni... Sdgkan itu sunnah dan 1 sen pun dia xamik duit org lain, tp org kita ni yg duk sibuk.. jika jin pelesit ditakuti oleh bgsa lain, tp kita gunakan jin pelesit tuk musnahkan org. Mmg jht org melayu.. Byk lg la kjhatan org melayu yg kita xsedar bhawa kita pun turut lakukan. Mohon ampunlah agar kita xmuflis di akhitat..




Yang keempat, ana nk ceritakan 3 syarat yg mesti dipatuhi barulah dikira menutup aurat. Seperti kita sedia maklum aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Namun kita tgk ari ni, ramai org yg lupa bahawa kaki jga adalah aurat yg perlu dijaga kcuali bersama ipar itu dimaaf pd syarak utk bhgian kaki. Jika pakaian seseorang itu menutup aurat adalah perlu memenuhi 3 syarat ini, Yang pertama, lega ( besar) ataupun tidak ketat. Contoh tidak ketat adalah tidak menampakkan bentuk tubuh. yang kedua adalah tebal. Maksud tebal disini adalah tidak menampakkan warna tubuh. Itu dimaksudkan dgn tebal. Jika ada terbayang pkaian dalam dan org yg memandang dapat meneka pakaian dalam itu, maka haram org perempuan memakainya.. Dan Yang ketiga adalah tiada perhiasan. Sebaik - baik pkaian wanita adalah hitam. Tidak ada satu perhiasan pun pada pkaian sb perhiasan itu akan menarik perhatian lelaki. Tentu susah untuk membuatnya sebab kita buat bukan dgn keikhlasan hati.. Jika Allah ada di hati kita, Maka mudah untuk kita buat walaupun hina di mata manusia..



Yang terakhir ana nk kgsi bahawa islam pada akhir zaman akan kembali dagang. Rasulullah bersabda, di akhir zaman, kamu akan dapati islam akan kembali dagang seperti awal kemunculannya. Maka beruntunglah org yang dagang pada masa itu. Maksud dari hadis ini, pada akhir zaman yakni sekarang, islam kembali asing, Orang yg berpakaian seperti yg disyariatkan akan dipandang pelik sedangkan org memakai seluar pendek dianggap biasa. Org memakai purdah dan serban dianggap pengganas dan ekstrem agama sedangkan org yg membuka aurat dianggap trend masa kini. Maka beruntunglah org yg asing sebb dalam kelalaian manusia, masih ada org yg Allah pilih untuk menjadi contoh kpda umat islam.. JAngan malu dan jagn rase hina dgn pkaian kita, sebab kita buat kerana Allah. Ana tringat masa ana p jln2 dgn kawan ana di KB Mall untuk cari kasut sukan, Tiba -tiba terserempak dgn sepasang suami isteri yg cukup istimewa. Si isteri memakai jubah hitam, tudung labuh serta niqab dan si suami berjubah putih. Subhanallah, semua mata yg ada di KB mall memandang kehairanan dgn pkaian mereka di tempat mcm 2. Benarlah sabda nabi, islam kembali dagang. Ana pun nk wat mcm 2 jgk lah bila dah kawin.. Lalalala...

Sekadar itu sahaja utk coretan yg dah lama ana tulis tp xpenah hbs. Hari ni Allah bantu ana utk hbskannya. Untuk student yg nak final exam di mana2 universiti, selamat menjawab exam dgn elok. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Allah.. Wallahualam bimurodih..

                                                     peace no dosa n maksiat..

Wednesday, December 14, 2011

kesedihan hati ini..


Ya Allah, berikan aku kekuatan, terlalu banyak kesalahan yang aku buat, sedang buat dan akan buat.. berikan aku kesedaran sebelum maut menyapa aku.. Allah, betapa perit ujian yang Kau berikan, namun jgn sesekali Kau kurangkan ujian ini tp tingkatkan keimanan ku.. Allah, berapa banyak kebencian manusia menyentuh diriku, semuanya silap aku Ya Allah, ampunkan mereka atas sebab aku yg membuka ruang utnuk mereka membenci aku. Allah, betapa gagalnya diri ini, terlalu banyak keluhan dan kekesalan yg terucap dibibir yg penuh dusta ini, terlalu lemah dgn herdikan org hingga aku memutuskan untuk berhenti menjadi insan yg diperlukan, Allah betapa jahilnya diri ini yg sentiasa membuka jalan maksiat kepada orang lain.. Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai aku mencari limpahan hidayah Mu.. Allah, Kau maha memahami aku, aku mohon padaMu, berkatilah medium dakwah ini, lapangkan aku untuk menyampaikan walau satu ayat.. Allahuma Ya Allah, jika aku tidak sempat untuk memohon maaf terhadap org yg pernah aku sakiti, Kau ganti dgn umurku Ya Allah.. Maafkan aku... Alllah.... aku merancang pelbagai kejahatan sedangkan Kau sentiasa beri yang terbaik untuk aku.. Maafkan aku.. Halanglah nafsuku dari terus memburu dunia Ya Allah.. Maafkan aku.. Maafkan aku.. Maafkan aku dan semua pembaca blog Muslimin Ibnu Hassan...

Monday, November 28, 2011

oh muslimah




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Thursday, November 24, 2011

Allah.. Jika Aku Jatuh cinta...

Wednesday, November 23, 2011

Friday, November 18, 2011

Allah Maha Pengasih

                                               



Sepasang suami istri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.

Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si istri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasehat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberika jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Karena si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar !!".








Thursday, November 3, 2011

Allah Maha Mengetahui Khilaf Ibnu hassan


Assalamualaikum wbt.. Allah yang Maha Mengetahui.. e2 ungkapan yg mampu ana katakan. Kepada insan yg meletakkan namanya insan dalam chatbox ana., ana mohon maaf banyak2. E2 khilaf ana dalam melukakan ati atau perasaan org kerana ana manusia biasa. Ttg ana jadi model gastby ana akui mmg khilaf ana bergambar dgn sorg perempuan bukan islam dan ia telah menjadi satu fitnah. Jika itu menjadi satu fitnah, moga Allah ampunkan ana.

Mmg ana akui dulu ana lara dgn kehidupan ana. Jika ana ni jahat di mata 'insan', Ana xleh nk buat apa2. Yg pasti ana akui kesilapan ana dan ana btul2 menyesal dgn apa yg tlah berlaku dahulu.. Ana mohon maaf kpada sesiapa sahaja yg pernah ana sakiti. Bukan nk tunjuk baik dalam blog tp ni impian ana tuk kembangkan dakwah dan blog ni khas buat arwah abah. Allah yg maha mengetahui sama ada ana btul2 berubah atau tidak. Jika belum ana sdg mencuba untuk berubah..

Allahurabbi.. Khilaf aku Ya Allah.. Wahai Allah, Jika blog ini menjadi medan perpecahan umat islam, maka Engkau musnahkannya dgn menarik minatku utk berblog. Jika blog ni Engkau redhai, maka Kau buka ati org2 yg dengki pada niatku untuk berdakwah. Jika mereka ttp dengki, maka Engkau musnahkan mereka agar tidak ada lg org yg menghalang hambaMu ini berdakwah. Jika perihal Genting yg aku ceritakan menjadi bahan ejekan, maka Kau tunjukkan bahawa aku benar Ya Allah. Aku tahu Engkau sentiasa bersama org yg benar. Niatku hanyalah untuk mengelakkan org dari hanyut disana seperti hanyutnya aku disana. Allah, ampunkan aku dan org yg pernah aku sakiti, Kau ambil umurku dan aku sedekahkan pada org yg pernah aku sakiti sebagai ganti Ya Allah. Matikan aku setelah semua kesalahan pada manusia tertunai dgn bayaran umurku. Aku tidak risau kesalahnku dgn Mu kerana mudah bagiMu untuk ampunkan dosaku. Tp aku risau dosaku dgn manusia lain. Kau xkn ampunkan aku selagi mana mereka xmaafkan aku. Maafkan aku Ya Allah, aku xmampu untuk mencari siapa yg pernah aku sakiti, maka sedekahkan umurku sebagai maaf Ya Allah.. Maafkan aku.. Amin Ya Allah....

Wednesday, November 2, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (Episod 4)


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, lame ana tgl slot kesukaan ana ni. Hehehehe.. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. I love u Ya Rasulullah.. Em ana pun jarang dh menulis sekarang sbnya terlampau sibuk dgn urusan dunia n kdg2 urusan akhirat xsmpat nk dilaksanakan. Di harap cuti nanti dpt ana hayati ibadah korban dan ibadat haji yg berlangsung di Mekah. Baik, hari ni ana nk ceritakan pandangan ana tentang... Jeng jeng jeng... Bahana Genting Highlands, Air liur dan perkahwinan di usia muda...






Bulan lepas, ana telah menjejakkan kaki ke tempat paling banyak maksiat di bumi Malaysia iaitu Genting Hinglands. Sungguh indah ciptaan Allah itu yg tergambar di benak fikiran ana semasa menaiki bukit tersebut. Tiba2, ati ni berdebar dgn kencang apabila melihat satu tokong besar yg tersegam di puncak sebelum smpai ke taman tema.. Ana mengucap pnjang bagai ada titik hitam yg menitis di ati ni. Allah... Sampai je di sana, kami masuk n main pelbagai permainan. Cukup sejuk atas sana.. Kemudian ana perhatikan sekeliling yg penuh dgn maksiat. Ramai couple yg lalai dan terdeti di hati ni, Ya Allah jika Engkau turunkan bala di sini maka aku jua termasuk dalam kalangn mereka walaupun aku xlakukan. Banyak kejadian pelik berlaku tetapi ana xnk ceritakan kerana itu tarbiah dr Allah pada ana. Betul kata ustaz azhar, kita ni di bawah pemerintahan syaitan kerana bukit paling tinggi sekali di Semenanjung adalah Genting Highlands dimana terletaknya tempat syaitan iaitu tempat judi yg terbesar di asia. Allahurabbi, maafkan kami. Mase nk solat zohor, kami mencari surau untuk solat zohor, alangkah terkejutnya kami sb suraunya hanya 3 org je boleh muat. Sebesar2 tmpat permainan, tempat untuk sembahyang lebih kecil dr tandas. Hina yg teramat sgt. Allahurabbi.. Mesti sahabat mempersoalkan nape ana pergi jika tahu tmpat itu maksiat. MMg ana akui khilaf ana pergi kesana untuk berhibur, tp ana bersyukur, Allah tunjuk kt ana sesuatu yg beharga n ana jdkan itu sbgai trbiah. Jika ada sahabat yg ign pergi kesana, ana mohon agar semua membatalkan niat tersebut sb bukan tempat kita disana. Ana tkt Allah turunkan bala pada sahabat semua disaat kita bergembira n lupa pada Allah..




Yang kedua adalah berkenaan air liur. Air liur ni adalah air yg suci dan bukan najis tetapi ia amat kotor. Ana terdengar ceramah ustaz azhar yg menjawab soalan tentang apakah hukum kita guna air liur untuk membelek muka surat Al quran. Jawabnya adalah haram dalilnya jika sahabat kita tgh berborak, tiba2 kita lumurkan air liur kita pada sahabat kita. Mesti sahabat kita belasah kita. Bagi Al quran pula, ini qalam Allah. Al Quran ni qalam Allah yg suci, tp kita gunakan air liur utk membelek kerana tgn kita licin. Jadi apa salahnya jika kita ambil air  utk membuat demikian. Benda ni nampak remeh tp berdosa jika kita buat. Ana dulu pun xtahu n jahil. Jd Allah bg petunjuk n ana sebarkan apa yg Allah ajarkan..




Yang ketiga, perkahwinan di usia muda, tajuk ni ana pilih kerana ni permintaan sorang sahabat ana yg susah sgt nk bncang lau sebut hal ni. hehehehe... Baik jika usia ana sekarang ni 21, maka wajarlah ana berfikir ttg perkahwinan ni sb ini fitrah manusia. Lain la jika ana umur 8 tahun, tiba2 minta ngn umi ana, umi oh umi, ammar nk kawin umur 8 tahun boleh x??? Pangg!!!! Basuh berak pun xbersih nak kawin umur 8 tahun konon.. Jadi wajarlah wahai sahabatku jika kita memikirkannya. Bukan dipinta tp Allah kurniakan. Bukan suruh kawin, tapi berfikirlah adakah kita boleh menjadi suami/isteri yg baik nti. Nak jodoh baik maka kita perlu jadi baik. Ada yg berfikiran jika nk kt dia, masuklah meminang. Jikalau seseorang itu mempunyai duit di waktu belajar mesti mereka akan berbuat demikian. Ibu bapa juga harus paham dgn keadaan skrg. Ibu bapa lebih rela anaknya dibwa ke hulu n ke hilir oleh lelaki yg bukan mahram daripada membenarkan anaknya berkahwin. Maka pandangan ana ttg perkahwinan di usia muda ni ada banyak kebaikannya. Walaupun susah dari segi kewangan. tetapi kita terselamat dr segi hawa nafsu. Tidak ada duit xkn menjerumuskan kita ke neraka, tp jika ikut nafsu, maka neraka lah tempatnya. Ana suka tgk ramai sahabat ana kawin seusia ana..Walaupun susah, tp, ibubapa amat memahami, dan ibu bapa yg membantu dan itukan lebih indah daripada ibubapa menanggung dosa n malu apabila anaknya membawa pulang segulung ijazah dan seorang cucu yg tidak saf taraf ( anak zina) nauzubillah.. Untuk sahabat ana, berdoalah agar anda dipertemukan dgn insan yg soleh/solehah yg boleh membimbing dan dibimbing agar sahabat bahagia ke akhir hayat. Jgn tgl solat istiqarah ye... 
Ya Allah, kurniakan kami pasangan yg soleh dan solehah, yg mampu menjalani suruhanMu dan meninggalkan laranganMU, yg mampu membimbing dan dibimbing, yg menjadi penyelamatku dikala kami hanyut, yg menjadi cahaya dikala kami dalam kegelapan. Berikan kami sebaik baik pasangan Ya Allah. Amin Ya Allah... Wallahualam bimurodih...

Friday, October 28, 2011

hilangkan Marahmu wahai orang mukmin



Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati

dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi
yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata 


Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. 

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Wassalam..

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup

berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

Thursday, October 27, 2011

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

Assalamualiakum wbt.. Selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad Saw. Ya Allah, ati ini sayu merindui nabi kami Ya Allah. adakah kami dpt berjumpa dgn penghulu kami dimana beliau adalah makhluk paling sempurna atas muka bumi ini sedangkan kami amat hina disisi Mu. Jangan pisahkan kami dgn nabi kami Ya Allah. Kami tahu Engkau amat sayang pada nabi kami begitu juga kami Ya Allah.. Izinkan kami mencintai Rasul Mu yg paling mulia Ya Allah walaupun kami tidak menyempurnakan sunnahnya. Allah Ya Rabbi, ampunkan kami, pertemukan kami dgn cinta hati kami di mahsyar kelak. Amin Ya Rabb..
 Antara peribadi dan akhlak baginda:

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita. Allahurabbi...



Untuk melihat barang2 peninggalan Baginda, sila (Klik) disini.. Ya Rasulullah, sayu hati ini melihat kesederhanaanmu.. Aku merinduimu Ya Rasululullah...

Wednesday, October 26, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala puji bag Allah, dengan nikmat yg Allah kurniakan pada ana yg amat banyak, ana harap ana tergolong dalam golongan sedikit dan golongan yg bersyukur. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Moga2 kita semua dapat syafaat baginda di akhirat kelak. Entry kali ni ana nk jwb 11 soalan yg terkumpul dalam masa  2 minggu. Alhamdulillah, makin ramai yg ingin mendalami agama islam.

soalan pertama adlah, sy ingin bertnya. sy ada seorg sahabat yang abangnya br shj berkahwin dgn seorg muslimah yg memakai purdah. beliau mempunyai seorg adik lelaki yg masih bersekolah dan tinggal sebumbung dgn ibu,abg dan kak ipar yg memakai purdah td. akan tetapi disbbkn kak ipar pakai purdah,adk lelaki sblh suami cam disisih,xle mkn sme,tgk tv sme. sb kak ipar xpakai purdah dlm rmh. Jd,hubungan adk tu td dgn famili dr baik jd xbaik,smpai nk duk tmpt lain. Baik, jawapannye, bagi pendapat ana, suami isteri yg baru kawin 2 dua2 jahil. Walaupun pkai purdah dan tudung labuh, tp xtahu batas dgn ipar. Tidak ada dosa jika makan sekali dan tgk tv sekali cuma kakak ipar die hnya perlu tutup aurat kcuali muka, lengan dan kaki sb adab dgn ipar xpe jika xpkai stokin. Jd bukan adik laki yg patut kluar, tp suami isteri yg ptt kluar sb mereka dh kluar dr tanggungan ibu bapa. Adik lelaki dia xperlu keluar sb dia masih bawah tggungan. Jadi jika nk alim pun jgn sampai npk kita ni terlalu jahil ttg agama. Pasangan ni hanya pandai kawin tp bab agama failed. Mane ada makan bersama ipar haram dlm kitab2. Jadi pasngan terbabit mesti mohon maaf dan duduk berbincang agar bnda ni xberpanjangan.


Soalan yg kedua.. hukum melukis gambar kita dan menggantungkan gmbar kita pada dinding rumah dan Rasulullah memarahi aisyah menggantungkan langsir..  Jawapannya haram jika kita lukis gmbar penuh. Sama juga dgn menggantung gmbar. Haram jika kita gantung gambar dimana jika kita terjemahkan dalam kehidupan nyata maka org dalam gmbar itu boleh hidup. Sbg cntoh, gambar seseorang yg diambil pada paras dada keatas. jika diterjemahkan dlm kehidupan nyata, maka mustahil org dalam gmbar itu boleh hidup. Ada riwayat menyatakan bahawa malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yg didindingnya ada gambar. Mmg benar rasulullah memarahi aisyah menggantung langsir krana langsir itu berwarna warni dan ketika nabi solat, nabi terpandang pada lgsir tersebut. Lalu nabi menyuruh aisyah menurunkannya kerana khuatir solatnya terganggu akibat prkara dunia trsebut.

Soalan ketiga, apa pandangan ana ttg ustazah pilihan. Baik di akhir zaman ni ulama ( org yg berilmu) terbahagi kpda dua iaitu ulama yg sebarkan agama kerana Allah dan ulama yg menjual ilmu Alllah untuk kemahsyuran. Pandangan ana ttg ustazah pilihan ni adalah tidak perlu menetengahkan seorang wanita untuk kemahsyuran. Sebaik baik wanita adalah wanita yg menjaga kehormatannya dan tidak dilihat oleh kaum ajnabi. Org akan memuji kecantikannya, kehebatanya, maka riak akan timbul dan mereka hanyut pada arus dunia. Ilmu mereka tidak dpt menolong mereka. Nauzubillah..

Soalan Keempat, Seseorang yg tertinggal satu rakaat dan perasan apabila sesudah solat, bagaimana nk buat. Solat td tidak sah jika dia perasan, dan wajib sembahyang semula.

Soalan kelima jikalau guna pewarna rambut yg halal, sah ke x mandi wajib. Baik, kita pergi pada hukum warna rambut dahulu. Mewarnakan rambut adalh haram sama sekali. Ni bukan soal halal pewarna itu,tp perbuatan mengubah ciptaan Allah itu adalah haram. Jika pewarna rambut td tidak menghalang air, maka mandi wajib tetap sah. Cuma xde guna mandi wajib sb perbuatan itu haram.

soalan keenam, boleh atau tidak perpindahan kubur dilaksanakan? Baik, kita tgk dlu apa sebab untuk pindah kubur. Jika dia mati di johor sdgkan dia org kelantan, maka boleh untuk dipiondahkan atas sebab senang utk melawat kubur. Tp jika mati di Mekah, maka disana sebaik-baik tempat bersemadi. Tgk pada tujuan.

Soalan ketujuh apa hukum seorg wanita memperdengarkan alunan ayat al-quran kepada lelaki yg bukan mahram. Jawapannya adalah haram. Ni satu lg masalah yg melanda masyarakat. Haram bagi wanita memperelokkan atau melunakkan suaranya pada lelaki bukan mahram spt menyanyi, bercakap dgn manja, membaca Al quran. Jika tgk tilawah, kita rasa mereka ni org baik, tetapi wanita yg tilawah Al quran sebenarnya jahil. Xtahu hukum hakam tapi nk jugak jd qariah. Cukup sekadar bca pada golongan wanita je. Sebab itu kelantan tidak pernah menghantar peserta wanita untuk bertanding sb pemimpinnya tahu hukum hakam.


Soalan kelapan, jika org islam berkongsi bekas makanan atau minuman dgn org bukan islam. Jika bekas makanan itu tidak terkena pada makanan haram, maka dibolehkan kerana air liur dan darah org kafir bukan najis. tetapi jika kita syubhah atau was-was, maka jauhkan dari berkongsi..


Soalan ke 9, penjelasan tentang aurat wanita muslim dengan wanita non muslim..adakah sama dengan lelaki bukan mahram?? Jawapannya adalah sama. Aurat perempuan islam dgn org perempuan bukan islam adalah sama dgn aurat perempuan dgn lelaki ajnabi kecuali kaki sampai ke buku lali. Ini kerana, untuk menjaga daripada mereka menfitnah org islam kepada org lain sbgai contoh, "kau nk tahu x, roomate aku mmg seksi, paha dia putih melepak ( dalam bahasa cina atau tamil.)" maka wajib kita menjaga aurat begitu jga dgn org lelaki.


soalan ke 10, apa hukum seorg yg sdg mengaji dan dlm masa yg sma ada org tgh solat..suara org yg mnegaji itu menggangu kekusyukan solat kite..apa hukum pd org yg sdg mengaji tu?? Baik soal mengganggu solat ni tidak dapat tidak hukumnya berdosa. Jika dia tidak tahu, maka dimaafkan. Tetapi jika dia tahu ada org sedang solat, tp dia sngaja kuatkan suara maka hukumnya berdosa. Solat adalh wajib. Membca Al quran adalah sunat. Yg sunat mengganggu yg wajib maka berdosa sb walau apa cara sekalipun, solat adalah yg utama hatta jika org yg mengaji mengganggu org len mengaji pun berdosa.


soalan ke 11,  apa pandangan saudara tentang gula2 mentos.sy pernah terdengar ada yang menyatakan mknan itu tk halal.jika saudara dpt membantu atau ada maklumat berkaitan makanan ini mhn kongsi bersama. Ana tidak pasti ttg status gula2 mentos. Yg pasti makanan yg tidak halal adalah gula2 Strepsil, Apollo, coca cola dan ribena. Untuk mentos jika anta ragu2, maka jauhilah gula2 tersebut. InsyaAllah ana akan cuba cari jawapannya.. Wallahualam bimurodih..





Tuesday, October 25, 2011

Tarbiah Untuk Hati..

Assalamualaikum Wbt.. Ana jz update untuk letak video yg menerangkan ttg agama. Jd moga2 semua pembaca dpt manfaat..

Wednesday, October 19, 2011

Malaikat dunia



Malaikat di rumahmu Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.


Monday, October 17, 2011

Selembar Bulu Mata





Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang menjilat." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sayu-sayu terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil
sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para  penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."

Wednesday, October 12, 2011

aku dan kalian...

Assalamualaikum wbt.. Tidaklah sempurna hidup seseorang itu jika tiada sahabat. Ana begitu sygkan sahabat2 ana dan hanya Allah sahaja yg tahu. Ana xnk byk cter sbbnya ana nk tunjuk kenangan ana bersama sahabat2 tercinta.. Terbaiklah korang..
           Geng kimia n jejaka2 paling poyo dalam kelas.. terbaik.... mu pandang sape naqib?


                                  Kasut xbasuh pun nak tunjuk..


                           Yang ni gambar paling menarik.. Kelakar gler...


             Geng Futsal pergi genting.. Berasap enjin motor geng sebab ana,. Sorry geng...


Ni budak rumah ana. Korang mmg terbaik. Tp sem ni kita semua terpisah.. Ni mase raya..



 Ni gambar raya mase sem 1 kt rmh E501.. Hensem2  my housemate...


           Geng nasyid yg telah lama terkubur.. semoga dapat nasyid cm dlu lg..ana rindu kalian semua


                 Geng jmk yg terbaik dan lawak.. ana syg kalian semua..


          kami pilih pengakap saja.. hehehe.. budak kimia amik pengakap..


                              adoi, ade lg muka korang ni.. Hensem2 budak kimia ni.


 Geng fasilitator paling mantap bg ana. Korang berjaya wat program ana jd program terbaik..


                           Geng teknik taiping.. Nti cikgu datang lg ye,,,


 Ni paling lawak. Si afif ni edit gmbar mase nk present sem lps. terbaik lah...


Ni la kerja kami lam makmal kimia.. Xmakan saman. Ammar, Afif n Naqib, tiga sahabat dunia akhirat..



 Ini lah budak kimia kelas ana. Ana harap ukhwah kita semua kekal hingga akhir hayat...

Sunday, October 9, 2011

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Ya Allah, Kami (ana dan pembaca blog) amat merindui kekasihMu yang teragunng. Berikan kami syafaat Nabi Muhammad, dan biarlah kami umatnya dapat bertemu di telaga kautsar milik nabiMu dikala kami kehausan di padang mahsyarMu. Sesungguhnya kami xlayak untuk bertemu dgn org paling mulia atas muka bumi ini sedangkan kami manusia paling hina atas muka bumi ini.. Allah, kasihkan kami Ya Allah.. Pelihara kami Ya Allah.. Satukan kami untuk kalahkan golongan yg menghalang kami untuk dekat pada Mu. Bantu Kami Ya Rabb.. Amin Ya Allah...

Wednesday, October 5, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memberi pelbagai nikmat islam dan iman. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. Ari ni ana ign menjawab tiga soalan akan tetapi 1 soalan yg dihantar tadi tidak dapat dibaca sepenuhnya. Jadi mohon yg menghantar soalan ttg kakak ipar dan adik ipar di harap dapat menghantar sambungan soalan. Ana mohon maaf atas kekurangan ruangan soalan kerana ruangan soalan 2 xleh taip panjang2. Jadi sapa2 lps ni nk tnye, make sure padat dan ringkas dan boleh difahami.. Baik, soalan pertama yang ditanya adalah  tentang apa hukum sembelih ayam yg pasal asalnya sihat,cukup sifat..tp tetiba ayam 2 accident,kne patuk ular,jd tempang...pahtu kita sembelih..boleh ke x kita menyembelihnya. 




Baik untuk soalan pertama, hukum menyembelih binatang tercedera adalah harus kerana tidak mahu melihat binatang tersebut terseksa. Sebagai contoh, seekor lembu dilanggar oleh kenderaan, maka lembu tadi tercedera dan hampir mati. Maka kita boleh sembelih dan makan daging tersebut. jikalau ayam yg dipatuk ular dan menyebabkan kecacatan, maka tidak digalakkan untuk menyembelih dan makan kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan kita kerana mungkin bisa tersebut sudah merebak ke seluruh badan. Binatang yg cacat tidak boleh dibuat korban dan akikah. 



soalan kedua, bagaimanakah cara utk mcapai keikhlasan & apakah ciri2 org yg ikhlas? Ikhlas bermaksud segala perbuatan dan amal ibadah kita hanyalah untuk Allah dan  bukan sebab ingin mendapat pujian atau balasan daripada manusia. Terdapat 2 golongan orang yg ikhlas yang pertama golongan orang awam, dan golongan orang yg arif atau waraq. Golangan org awam ni seperti kita semua. Apabila melakukan sesuatu dgn ikhlas, kita mendambakan keredhaan Allah dan kita melakukan kebaikan untuk mendapat pahala dan balasan syurga. Bagi orang awam itu sudah dikira ikhlas.  Namun begitu, bagi orang yg martabatnya tinggi disisi Allah sbgai contoh para sahabat Nabi, Rabiatul Adawiyah, dan ramai lagi golongan yg waraq, ikhlas mereka tidak mendambakan balasan pahala,syurga dan redha Allah. Tp ikhlas mereka semata-mata kepada Allah. Bagi mereka, terpulang pada Allah nk buat apa pun yg penting mereka ikhlas kerana Allah. Syurga pun mereka tidak harapakan kerana mereka betul2 beribadat kerana Allah semata-mata. Allahurabbi.. Ini yg susah untuk kita lakukan. Sedangkan ikhlas org awam pun susah kita nk buat apatah lagi ikhlas para wali Allah. Ciri-ciri orang yg ikhlas ni, untuk golongan wali, apabila dia mengadap dunia, hatinya igt pada Allah dan apabila mengadap Allah, mmg betul2 igt Allah. Golongan awam yg soleh pula, apabila mengadap dunia, dia igt dunia, apabila mengadap Allah, hatinya igt Allah. Golongan celaka adalah, apabila mengadap dunia, hatinya igt dunia, dan apabila mengadap Allah, hatinya masih igt dunia. Allahurabbi.. Ana sendiri pun prnah mcm ni. Maka amalan kita tidak ikhlas, dan apabila  malaikat yg membawa naik amalan kita ke langit, dicampak kembali oleh malaikat penjaga langit pertama. Kemudian malaikat naik kembali untuk membawa amalan lain, jika terlepas di langit pertama, ada 6 lapisan langit lagi untuk amalan kita diterima oleh Allah. Maka sma2 la kita ubah agar amalan kita semua diterima oleh Allah.. Wallahualam bimurodih..

Disini ana sediakan link video Ustaz Azhar Idrus tentang Ikhlas (klik)





Sunday, October 2, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt. Entry kali ni ringkas sahaja sb ana nk jawab soalan je. Tetapi ada 1 persoalan yg mengejutkan ana. Tp ana akan jawab sebaik mungkin. Soalan pertama, kat sekolah dulu ada kutipan wang untuk anak-anak yatim. tapi seorang hamba Allah ni tidak jujur di mana dia menggunakan duit tersebut dan tidak menyerahkan kepada gurunya. bagaimana solusi utk masalah ni? 






Baik, jika kita tahu siapa yang mengambil duit itu, wajib kita menegur atau memberitahu pihak atasan kerana kesalahan yg dia buat itu kerana kesalahan itu amat besar dan dia melakukan tiga kesalahan iaitu, pecah amanah, mencuri dan makan harta anak yatim. Maka seperti entry sebelum ni ana dah sebut balasan bg orang yang makan harta anak yatim secara haram adalah tergolong dalam barisan kesembilan iaitu:

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Jadi jika perkara itu telah lama berlaku, kita sama2 doakan Allah ampunkan dosanya dan mohon Allah bagi peluang untuk  dia bertaubat sebelum dia mati dan wajib dia ganti apa yg telah dia ambil tanpa hak. 


Baik untuk soalan kedua ni ana rase kurang sopan bagi orang memberi pandangan. Kata beliau adalah kenapa muslimat sejati sentiasa muncul di chatbox? dia tak sepatutnya buat begitu...malulah


Bagi ana, tidak ada salah dia menyokong ana dalam berblog dan ana pun tidak tahu siapa muslimah sejati tersebut.. Bukan dia membuat perkara yg salah kerana dia hanya memberi feedback atas apa yg dia baca dan ana tidak memaksa beliau untuk menulisnya. Apabila ana membacanya, ana akan doakannya. Tp ana xtahu siapa dia dan hanya Allah yg tahu. Muslimah sejati itu pun bukannya menunjukkan gambarnya dan kata-katanya langsung tidak ada perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Lainlah jika dia hantar msg dgn memanggil sayang atau apa2 perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Ana pun marah jika dia berbuat demikian. Jangan kita buruk sangka pada orang lain kerana itu tidak disukai oleh Allah dan ana pasti dia mesti sedih jika dia membaca entry ni. Niat dia mungkin mnyokong org yg menegakkan agama Allah tp dipandang serong oleh org lain. Tp kena igt, Allah tahu siapa betul dan siapa salah malah akan dipertontonkan di mahsyar kelak. Maka mohon maaflah pada beliau takut nanti amalan kita dikreditkan pahalanya pada org yg kita buruk sangka. Jika sahabat yg menegur ini (perempuan) yg ada facebook dan blog yg ade letak gmbar pada fb or blog, delete la gmbar terlebih dahulu kerana itu lebih memalukan dari kata2 semangat yg diucapkan oleh muslimah sejati.



Terima kasih bagi yang menegur, untuk mengelakkan dari benda ni trjadi lagi, ana mgkin akan buang chatbox tersebut, baru semua orang berpuas hati dan xde permusuhan antara sahabat semua. Jadi ana mohon maaf dgn jawapan ana yg agak kasar kerana ana takut blog ini jadi medan perpecahan umat islam dan niat ana adalah berdakwah.. Sesungguhnya ana juga insan biasa seperti sahabat semua.. Wallahualam bimurodih...

Thursday, September 29, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T


Assalamualaikum wbt. sedikit perkongsian yang dapat ana tulis sebagai pedoman untuk kita semua iaitu 10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah S.W.T. Nauzubillah Ya Allah..
Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." Jadi sama-sama kita renungkan kembali, kerana kita sentiasa melakukan kesalahan dgn Allah. Dan igtlah, Allah sentiasa ada dgn kita semua. Wallahualam bimurodih..

12 barisan manusia bangkit dari kubur


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...