Wednesday, October 5, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memberi pelbagai nikmat islam dan iman. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. Ari ni ana ign menjawab tiga soalan akan tetapi 1 soalan yg dihantar tadi tidak dapat dibaca sepenuhnya. Jadi mohon yg menghantar soalan ttg kakak ipar dan adik ipar di harap dapat menghantar sambungan soalan. Ana mohon maaf atas kekurangan ruangan soalan kerana ruangan soalan 2 xleh taip panjang2. Jadi sapa2 lps ni nk tnye, make sure padat dan ringkas dan boleh difahami.. Baik, soalan pertama yang ditanya adalah  tentang apa hukum sembelih ayam yg pasal asalnya sihat,cukup sifat..tp tetiba ayam 2 accident,kne patuk ular,jd tempang...pahtu kita sembelih..boleh ke x kita menyembelihnya. 




Baik untuk soalan pertama, hukum menyembelih binatang tercedera adalah harus kerana tidak mahu melihat binatang tersebut terseksa. Sebagai contoh, seekor lembu dilanggar oleh kenderaan, maka lembu tadi tercedera dan hampir mati. Maka kita boleh sembelih dan makan daging tersebut. jikalau ayam yg dipatuk ular dan menyebabkan kecacatan, maka tidak digalakkan untuk menyembelih dan makan kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan kita kerana mungkin bisa tersebut sudah merebak ke seluruh badan. Binatang yg cacat tidak boleh dibuat korban dan akikah. 



soalan kedua, bagaimanakah cara utk mcapai keikhlasan & apakah ciri2 org yg ikhlas? Ikhlas bermaksud segala perbuatan dan amal ibadah kita hanyalah untuk Allah dan  bukan sebab ingin mendapat pujian atau balasan daripada manusia. Terdapat 2 golongan orang yg ikhlas yang pertama golongan orang awam, dan golongan orang yg arif atau waraq. Golangan org awam ni seperti kita semua. Apabila melakukan sesuatu dgn ikhlas, kita mendambakan keredhaan Allah dan kita melakukan kebaikan untuk mendapat pahala dan balasan syurga. Bagi orang awam itu sudah dikira ikhlas.  Namun begitu, bagi orang yg martabatnya tinggi disisi Allah sbgai contoh para sahabat Nabi, Rabiatul Adawiyah, dan ramai lagi golongan yg waraq, ikhlas mereka tidak mendambakan balasan pahala,syurga dan redha Allah. Tp ikhlas mereka semata-mata kepada Allah. Bagi mereka, terpulang pada Allah nk buat apa pun yg penting mereka ikhlas kerana Allah. Syurga pun mereka tidak harapakan kerana mereka betul2 beribadat kerana Allah semata-mata. Allahurabbi.. Ini yg susah untuk kita lakukan. Sedangkan ikhlas org awam pun susah kita nk buat apatah lagi ikhlas para wali Allah. Ciri-ciri orang yg ikhlas ni, untuk golongan wali, apabila dia mengadap dunia, hatinya igt pada Allah dan apabila mengadap Allah, mmg betul2 igt Allah. Golongan awam yg soleh pula, apabila mengadap dunia, dia igt dunia, apabila mengadap Allah, hatinya igt Allah. Golongan celaka adalah, apabila mengadap dunia, hatinya igt dunia, dan apabila mengadap Allah, hatinya masih igt dunia. Allahurabbi.. Ana sendiri pun prnah mcm ni. Maka amalan kita tidak ikhlas, dan apabila  malaikat yg membawa naik amalan kita ke langit, dicampak kembali oleh malaikat penjaga langit pertama. Kemudian malaikat naik kembali untuk membawa amalan lain, jika terlepas di langit pertama, ada 6 lapisan langit lagi untuk amalan kita diterima oleh Allah. Maka sma2 la kita ubah agar amalan kita semua diterima oleh Allah.. Wallahualam bimurodih..

Disini ana sediakan link video Ustaz Azhar Idrus tentang Ikhlas (klik)





No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...