Sunday, October 2, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt. Entry kali ni ringkas sahaja sb ana nk jawab soalan je. Tetapi ada 1 persoalan yg mengejutkan ana. Tp ana akan jawab sebaik mungkin. Soalan pertama, kat sekolah dulu ada kutipan wang untuk anak-anak yatim. tapi seorang hamba Allah ni tidak jujur di mana dia menggunakan duit tersebut dan tidak menyerahkan kepada gurunya. bagaimana solusi utk masalah ni? 






Baik, jika kita tahu siapa yang mengambil duit itu, wajib kita menegur atau memberitahu pihak atasan kerana kesalahan yg dia buat itu kerana kesalahan itu amat besar dan dia melakukan tiga kesalahan iaitu, pecah amanah, mencuri dan makan harta anak yatim. Maka seperti entry sebelum ni ana dah sebut balasan bg orang yang makan harta anak yatim secara haram adalah tergolong dalam barisan kesembilan iaitu:

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Jadi jika perkara itu telah lama berlaku, kita sama2 doakan Allah ampunkan dosanya dan mohon Allah bagi peluang untuk  dia bertaubat sebelum dia mati dan wajib dia ganti apa yg telah dia ambil tanpa hak. 


Baik untuk soalan kedua ni ana rase kurang sopan bagi orang memberi pandangan. Kata beliau adalah kenapa muslimat sejati sentiasa muncul di chatbox? dia tak sepatutnya buat begitu...malulah


Bagi ana, tidak ada salah dia menyokong ana dalam berblog dan ana pun tidak tahu siapa muslimah sejati tersebut.. Bukan dia membuat perkara yg salah kerana dia hanya memberi feedback atas apa yg dia baca dan ana tidak memaksa beliau untuk menulisnya. Apabila ana membacanya, ana akan doakannya. Tp ana xtahu siapa dia dan hanya Allah yg tahu. Muslimah sejati itu pun bukannya menunjukkan gambarnya dan kata-katanya langsung tidak ada perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Lainlah jika dia hantar msg dgn memanggil sayang atau apa2 perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Ana pun marah jika dia berbuat demikian. Jangan kita buruk sangka pada orang lain kerana itu tidak disukai oleh Allah dan ana pasti dia mesti sedih jika dia membaca entry ni. Niat dia mungkin mnyokong org yg menegakkan agama Allah tp dipandang serong oleh org lain. Tp kena igt, Allah tahu siapa betul dan siapa salah malah akan dipertontonkan di mahsyar kelak. Maka mohon maaflah pada beliau takut nanti amalan kita dikreditkan pahalanya pada org yg kita buruk sangka. Jika sahabat yg menegur ini (perempuan) yg ada facebook dan blog yg ade letak gmbar pada fb or blog, delete la gmbar terlebih dahulu kerana itu lebih memalukan dari kata2 semangat yg diucapkan oleh muslimah sejati.



Terima kasih bagi yang menegur, untuk mengelakkan dari benda ni trjadi lagi, ana mgkin akan buang chatbox tersebut, baru semua orang berpuas hati dan xde permusuhan antara sahabat semua. Jadi ana mohon maaf dgn jawapan ana yg agak kasar kerana ana takut blog ini jadi medan perpecahan umat islam dan niat ana adalah berdakwah.. Sesungguhnya ana juga insan biasa seperti sahabat semua.. Wallahualam bimurodih...

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...