Thursday, October 27, 2011

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

Assalamualiakum wbt.. Selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad Saw. Ya Allah, ati ini sayu merindui nabi kami Ya Allah. adakah kami dpt berjumpa dgn penghulu kami dimana beliau adalah makhluk paling sempurna atas muka bumi ini sedangkan kami amat hina disisi Mu. Jangan pisahkan kami dgn nabi kami Ya Allah. Kami tahu Engkau amat sayang pada nabi kami begitu juga kami Ya Allah.. Izinkan kami mencintai Rasul Mu yg paling mulia Ya Allah walaupun kami tidak menyempurnakan sunnahnya. Allah Ya Rabbi, ampunkan kami, pertemukan kami dgn cinta hati kami di mahsyar kelak. Amin Ya Rabb..
 Antara peribadi dan akhlak baginda:

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita. Allahurabbi...



Untuk melihat barang2 peninggalan Baginda, sila (Klik) disini.. Ya Rasulullah, sayu hati ini melihat kesederhanaanmu.. Aku merinduimu Ya Rasululullah...

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...