Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala puji bag Allah, dengan nikmat yg Allah kurniakan pada ana yg amat banyak, ana harap ana tergolong dalam golongan sedikit dan golongan yg bersyukur. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Moga2 kita semua dapat syafaat baginda di akhirat kelak. Entry kali ni ana nk jwb 11 soalan yg terkumpul dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah, makin ramai yg ingin mendalami agama islam.
soalan pertama adlah, sy ingin bertnya. sy ada seorg sahabat yang abangnya br shj berkahwin dgn seorg muslimah yg memakai purdah. beliau mempunyai seorg adik lelaki yg masih bersekolah dan tinggal sebumbung dgn ibu,abg dan kak ipar yg memakai purdah td. akan tetapi disbbkn kak ipar pakai purdah,adk lelaki sblh suami cam disisih,xle mkn sme,tgk tv sme. sb kak ipar xpakai purdah dlm rmh. Jd,hubungan adk tu td dgn famili dr baik jd xbaik,smpai nk duk tmpt lain. Baik, jawapannye, bagi pendapat ana, suami isteri yg baru kawin 2 dua2 jahil. Walaupun pkai purdah dan tudung labuh, tp xtahu batas dgn ipar. Tidak ada dosa jika makan sekali dan tgk tv sekali cuma kakak ipar die hnya perlu tutup aurat kcuali muka, lengan dan kaki sb adab dgn ipar xpe jika xpkai stokin. Jd bukan adik laki yg patut kluar, tp suami isteri yg ptt kluar sb mereka dh kluar dr tanggungan ibu bapa. Adik lelaki dia xperlu keluar sb dia masih bawah tggungan. Jadi jika nk alim pun jgn sampai npk kita ni terlalu jahil ttg agama. Pasangan ni hanya pandai kawin tp bab agama failed. Mane ada makan bersama ipar haram dlm kitab2. Jadi pasngan terbabit mesti mohon maaf dan duduk berbincang agar bnda ni xberpanjangan.
Soalan yg kedua.. hukum melukis gambar kita dan menggantungkan gmbar kita pada dinding rumah dan Rasulullah memarahi aisyah menggantungkan langsir.. Jawapannya haram jika kita lukis gmbar penuh. Sama juga dgn menggantung gmbar. Haram jika kita gantung gambar dimana jika kita terjemahkan dalam kehidupan nyata maka org dalam gmbar itu boleh hidup. Sbg cntoh, gambar seseorang yg diambil pada paras dada keatas. jika diterjemahkan dlm kehidupan nyata, maka mustahil org dalam gmbar itu boleh hidup. Ada riwayat menyatakan bahawa malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yg didindingnya ada gambar. Mmg benar rasulullah memarahi aisyah menggantung langsir krana langsir itu berwarna warni dan ketika nabi solat, nabi terpandang pada lgsir tersebut. Lalu nabi menyuruh aisyah menurunkannya kerana khuatir solatnya terganggu akibat prkara dunia trsebut.
Soalan ketiga, apa pandangan ana ttg ustazah pilihan. Baik di akhir zaman ni ulama ( org yg berilmu) terbahagi kpda dua iaitu ulama yg sebarkan agama kerana Allah dan ulama yg menjual ilmu Alllah untuk kemahsyuran. Pandangan ana ttg ustazah pilihan ni adalah tidak perlu menetengahkan seorang wanita untuk kemahsyuran. Sebaik baik wanita adalah wanita yg menjaga kehormatannya dan tidak dilihat oleh kaum ajnabi. Org akan memuji kecantikannya, kehebatanya, maka riak akan timbul dan mereka hanyut pada arus dunia. Ilmu mereka tidak dpt menolong mereka. Nauzubillah..
Soalan Keempat, Seseorang yg tertinggal satu rakaat dan perasan apabila sesudah solat, bagaimana nk buat. Solat td tidak sah jika dia perasan, dan wajib sembahyang semula.
Soalan kelima jikalau guna pewarna rambut yg halal, sah ke x mandi wajib. Baik, kita pergi pada hukum warna rambut dahulu. Mewarnakan rambut adalh haram sama sekali. Ni bukan soal halal pewarna itu,tp perbuatan mengubah ciptaan Allah itu adalah haram. Jika pewarna rambut td tidak menghalang air, maka mandi wajib tetap sah. Cuma xde guna mandi wajib sb perbuatan itu haram.
soalan keenam, boleh atau tidak perpindahan kubur dilaksanakan? Baik, kita tgk dlu apa sebab untuk pindah kubur. Jika dia mati di johor sdgkan dia org kelantan, maka boleh untuk dipiondahkan atas sebab senang utk melawat kubur. Tp jika mati di Mekah, maka disana sebaik-baik tempat bersemadi. Tgk pada tujuan.
Soalan ketujuh apa hukum seorg wanita memperdengarkan alunan ayat al-quran kepada lelaki yg bukan mahram. Jawapannya adalah haram. Ni satu lg masalah yg melanda masyarakat. Haram bagi wanita memperelokkan atau melunakkan suaranya pada lelaki bukan mahram spt menyanyi, bercakap dgn manja, membaca Al quran. Jika tgk tilawah, kita rasa mereka ni org baik, tetapi wanita yg tilawah Al quran sebenarnya jahil. Xtahu hukum hakam tapi nk jugak jd qariah. Cukup sekadar bca pada golongan wanita je. Sebab itu kelantan tidak pernah menghantar peserta wanita untuk bertanding sb pemimpinnya tahu hukum hakam.
Soalan kelapan, jika org islam berkongsi bekas makanan atau minuman dgn org bukan islam. Jika bekas makanan itu tidak terkena pada makanan haram, maka dibolehkan kerana air liur dan darah org kafir bukan najis. tetapi jika kita syubhah atau was-was, maka jauhkan dari berkongsi..
Soalan ke 9, penjelasan tentang aurat wanita muslim dengan wanita non muslim..adakah sama dengan lelaki bukan mahram?? Jawapannya adalah sama. Aurat perempuan islam dgn org perempuan bukan islam adalah sama dgn aurat perempuan dgn lelaki ajnabi kecuali kaki sampai ke buku lali. Ini kerana, untuk menjaga daripada mereka menfitnah org islam kepada org lain sbgai contoh, "kau nk tahu x, roomate aku mmg seksi, paha dia putih melepak ( dalam bahasa cina atau tamil.)" maka wajib kita menjaga aurat begitu jga dgn org lelaki.
soalan ke 10, apa hukum seorg yg sdg mengaji dan dlm masa yg sma ada org tgh solat..suara org yg mnegaji itu menggangu kekusyukan solat kite..apa hukum pd org yg sdg mengaji tu?? Baik soal mengganggu solat ni tidak dapat tidak hukumnya berdosa. Jika dia tidak tahu, maka dimaafkan. Tetapi jika dia tahu ada org sedang solat, tp dia sngaja kuatkan suara maka hukumnya berdosa. Solat adalh wajib. Membca Al quran adalah sunat. Yg sunat mengganggu yg wajib maka berdosa sb walau apa cara sekalipun, solat adalah yg utama hatta jika org yg mengaji mengganggu org len mengaji pun berdosa.
soalan ke 11, apa pandangan saudara tentang gula2 mentos.sy pernah terdengar ada yang menyatakan mknan itu tk halal.jika saudara dpt membantu atau ada maklumat berkaitan makanan ini mhn kongsi bersama. Ana tidak pasti ttg status gula2 mentos. Yg pasti makanan yg tidak halal adalah gula2 Strepsil, Apollo, coca cola dan ribena. Untuk mentos jika anta ragu2, maka jauhilah gula2 tersebut. InsyaAllah ana akan cuba cari jawapannya.. Wallahualam bimurodih..
No comments:
Post a Comment