Wednesday, November 2, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (Episod 4)


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, lame ana tgl slot kesukaan ana ni. Hehehehe.. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. I love u Ya Rasulullah.. Em ana pun jarang dh menulis sekarang sbnya terlampau sibuk dgn urusan dunia n kdg2 urusan akhirat xsmpat nk dilaksanakan. Di harap cuti nanti dpt ana hayati ibadah korban dan ibadat haji yg berlangsung di Mekah. Baik, hari ni ana nk ceritakan pandangan ana tentang... Jeng jeng jeng... Bahana Genting Highlands, Air liur dan perkahwinan di usia muda...






Bulan lepas, ana telah menjejakkan kaki ke tempat paling banyak maksiat di bumi Malaysia iaitu Genting Hinglands. Sungguh indah ciptaan Allah itu yg tergambar di benak fikiran ana semasa menaiki bukit tersebut. Tiba2, ati ni berdebar dgn kencang apabila melihat satu tokong besar yg tersegam di puncak sebelum smpai ke taman tema.. Ana mengucap pnjang bagai ada titik hitam yg menitis di ati ni. Allah... Sampai je di sana, kami masuk n main pelbagai permainan. Cukup sejuk atas sana.. Kemudian ana perhatikan sekeliling yg penuh dgn maksiat. Ramai couple yg lalai dan terdeti di hati ni, Ya Allah jika Engkau turunkan bala di sini maka aku jua termasuk dalam kalangn mereka walaupun aku xlakukan. Banyak kejadian pelik berlaku tetapi ana xnk ceritakan kerana itu tarbiah dr Allah pada ana. Betul kata ustaz azhar, kita ni di bawah pemerintahan syaitan kerana bukit paling tinggi sekali di Semenanjung adalah Genting Highlands dimana terletaknya tempat syaitan iaitu tempat judi yg terbesar di asia. Allahurabbi, maafkan kami. Mase nk solat zohor, kami mencari surau untuk solat zohor, alangkah terkejutnya kami sb suraunya hanya 3 org je boleh muat. Sebesar2 tmpat permainan, tempat untuk sembahyang lebih kecil dr tandas. Hina yg teramat sgt. Allahurabbi.. Mesti sahabat mempersoalkan nape ana pergi jika tahu tmpat itu maksiat. MMg ana akui khilaf ana pergi kesana untuk berhibur, tp ana bersyukur, Allah tunjuk kt ana sesuatu yg beharga n ana jdkan itu sbgai trbiah. Jika ada sahabat yg ign pergi kesana, ana mohon agar semua membatalkan niat tersebut sb bukan tempat kita disana. Ana tkt Allah turunkan bala pada sahabat semua disaat kita bergembira n lupa pada Allah..




Yang kedua adalah berkenaan air liur. Air liur ni adalah air yg suci dan bukan najis tetapi ia amat kotor. Ana terdengar ceramah ustaz azhar yg menjawab soalan tentang apakah hukum kita guna air liur untuk membelek muka surat Al quran. Jawabnya adalah haram dalilnya jika sahabat kita tgh berborak, tiba2 kita lumurkan air liur kita pada sahabat kita. Mesti sahabat kita belasah kita. Bagi Al quran pula, ini qalam Allah. Al Quran ni qalam Allah yg suci, tp kita gunakan air liur utk membelek kerana tgn kita licin. Jadi apa salahnya jika kita ambil air  utk membuat demikian. Benda ni nampak remeh tp berdosa jika kita buat. Ana dulu pun xtahu n jahil. Jd Allah bg petunjuk n ana sebarkan apa yg Allah ajarkan..




Yang ketiga, perkahwinan di usia muda, tajuk ni ana pilih kerana ni permintaan sorang sahabat ana yg susah sgt nk bncang lau sebut hal ni. hehehehe... Baik jika usia ana sekarang ni 21, maka wajarlah ana berfikir ttg perkahwinan ni sb ini fitrah manusia. Lain la jika ana umur 8 tahun, tiba2 minta ngn umi ana, umi oh umi, ammar nk kawin umur 8 tahun boleh x??? Pangg!!!! Basuh berak pun xbersih nak kawin umur 8 tahun konon.. Jadi wajarlah wahai sahabatku jika kita memikirkannya. Bukan dipinta tp Allah kurniakan. Bukan suruh kawin, tapi berfikirlah adakah kita boleh menjadi suami/isteri yg baik nti. Nak jodoh baik maka kita perlu jadi baik. Ada yg berfikiran jika nk kt dia, masuklah meminang. Jikalau seseorang itu mempunyai duit di waktu belajar mesti mereka akan berbuat demikian. Ibu bapa juga harus paham dgn keadaan skrg. Ibu bapa lebih rela anaknya dibwa ke hulu n ke hilir oleh lelaki yg bukan mahram daripada membenarkan anaknya berkahwin. Maka pandangan ana ttg perkahwinan di usia muda ni ada banyak kebaikannya. Walaupun susah dari segi kewangan. tetapi kita terselamat dr segi hawa nafsu. Tidak ada duit xkn menjerumuskan kita ke neraka, tp jika ikut nafsu, maka neraka lah tempatnya. Ana suka tgk ramai sahabat ana kawin seusia ana..Walaupun susah, tp, ibubapa amat memahami, dan ibu bapa yg membantu dan itukan lebih indah daripada ibubapa menanggung dosa n malu apabila anaknya membawa pulang segulung ijazah dan seorang cucu yg tidak saf taraf ( anak zina) nauzubillah.. Untuk sahabat ana, berdoalah agar anda dipertemukan dgn insan yg soleh/solehah yg boleh membimbing dan dibimbing agar sahabat bahagia ke akhir hayat. Jgn tgl solat istiqarah ye... 
Ya Allah, kurniakan kami pasangan yg soleh dan solehah, yg mampu menjalani suruhanMu dan meninggalkan laranganMU, yg mampu membimbing dan dibimbing, yg menjadi penyelamatku dikala kami hanyut, yg menjadi cahaya dikala kami dalam kegelapan. Berikan kami sebaik baik pasangan Ya Allah. Amin Ya Allah... Wallahualam bimurodih...

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...