Assalamualaikum wbt wahai sahabat2 ana yg diredhai oleh Allah.. Selawat serta salam keatas nabi yg dirindui iaitu Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah kita semua sudah tiba di fasa terakhir ramadhan. Malam yg dicari oleh orang2 yg dipilih oleh Allah berlumba lumba bgn untuk Qiamullai di masjid2. Ada yg qiam di rumah2 mereka. Alhamdulillah semua orang mendambakan malam tersebut. Tetapi. apakah keistimewaan malam tersebut dan apakah tanda2nya?
Banyak sangat keistimewaan malam lailatul qadar, ini kerana para malaikat akan turun dan pergi kepada setiap hamba Allah yg beribadat pada malam tersebut dan mencatat permintaaan kita semua. Di lauh mahfuz segala perancangan hidup kita telah tertulis namun malam lailatul qadar ni la akan mengubah ketentuan Allah jika hambaNya memohon. Jika kita tidak memohon, maka perancangan yg Allah dh tetapkan xkn berubah. Jadi amat rugilah di situ. Mungkin sahabat ada keliru namun ketentuan ( Qada) Allah ni ada dua iaitu
Qada Mubran - iaitu ketentuan Allah yg tidak akan berubah sebagai contoh semua makhluk akan mati dan hanya Allah sahaja yg Kekal.
Qada Mualat - iaitu ketentuan Allah yg berubah melalui usaha dan ikhtiar sebagai contoh, semua manusia akan mati namun tarikh yg berubah. Umur kita jadi panjg disebabkan usaha kita dgn doa, sedekah dan pelbagai amalan lagi.
Jadi malam lailatul qadar jgk akan menentukan perjalanan hidup kita sehingga berjumpa dgn malam lailatul qadar akan dtg. Senang citer malam lailatul qadar ni perancangan tahunan yg kita mohon pada Allah supaya kita sentiasa terpelihara.
Lailatul Qadar hanya diturunkan pada umat nabi Muhammad supaya amalan kita sama banyak dengan orang yg terdahulu sebab umat nabi lain umurnya panjg. Umat nabi kita mmg umur pendek, jadi amalan pn kurang. Maka, Allah yang Maha Adil menghadiahkan pada kita malam tersebut..
Tanda-tanda yg tercatat dalam hadis adalah:
Hari tersebut tidak panas dan tidak sejuk. Tidak hujan dan tidak panas terik dan harinya amat nyaman.. Pada keesokan hari sinaran matahari menjadi putih.. Dan nabi memberitahu bahawa setiap tahun, lailatul qadar adalah hari yg berbeza. Bagi pandangan ana, ana dapat rasakan tanda2 itu adalah sedang berlaku pada hari ini 20/8/2011 dan malam ni adalah malam ganjil iaitu malam 21 ramadan.. Cuba sahabat semua perhatikan semua.. Jika tidak hujan dan tidak panas, mungkin hari ini tetapi Allah lebih tahu.. Bacala doa (Allahumma rzukni lailatil qadr) Ya Allah, rezekikan aku malam qadr...
Lailatul Qadr ni akan berpasangan dengan iktikaf di masjid Jamek ( masjid yg dibuat solat jumaat). Jadi bangunlah qiamullai di masjid2 dan jgn lupa niat iktiqaf sb jika kita tidur dalam masjid dgn niat iktiqaf dan berwuduk, maka setiap saat pahala yg kita dpat walaupn kita xsolat sunat. Jika kita solat lagi banyak la pahala didarabkan dgn 1000 bulan. Subhanallah... Jadi untuk kaum lelaki terutamanya, rebut la peluang ni.. Org permpuan pn boleh beriktikaf slagi mana terpelihara dri ftnah.
Jika masjid ada qiamullai secara berjemaah, tetapi kita ada kekuatan sendiri untuk beribadat bersendirian maka itu lagi elok kerana lailatul qadar ni malam antara diri kita dgn Allah sahaja. Macam dating la kiranya.. Jika org cakap kita bodoh sebab xberjemaah semasa qiamullai, maka orang yg berkata itulah yg bodoh. Tetapi tidak ada salah jika berjemaah bagi org yg tidak ada kekuatan untuk beribadat bersendirian yee.. Ana mohon sgt2, cari la malam istimewa ini, ni lah masa kita bersama Allah. Ana merayu sangat2 pada sahabat2 semua. Iktikaf la di masjid yee semua. Mohon sgt2...
Antara tanda2 lain yg disebutkan oleh ulama adalah
- Terlalu mengantuk yg luar biasa
- Keadaan pokok agak condong xseperti biasa
- Tiada bunyi haiwan malam ( cengkerik)
- Tiada kilat
Ada banyak lagi tanda namun itu hanya sebagai persediaan ataupun signal sahaja. Sesungguhnya Allah lah yg Maha Mengetahui. Semoga kita semua mendapat Lailatul Qadar.. Amin Ya Rabb.. Wallahualam bimurodih..
No comments:
Post a Comment