Di bulan mulia ni sepatutnya kita tidak melakukan maksiat pd Allah tp tetap juga ada. Apakah tidak sampai agama Allah pada mereka yg ingkar? Di bulan puasa kita disuruh untuk meminta supaya dimasukkan kedalam syurga dan dijauhkan neraka tiap kali sembahyang fardu dan sunat namun selepas itu pergi bazar ramadhan dgn memakai pakaian ahli neraka. Ana nk sentuh ttg pakaian wanita yg berpakaian tetapi bertelanjang tidak akan bau syurga dan dijamin neraka. Ada 3 jenis pakaian ahli neraka di dunia iaitu
- Nipis ( jarang hingga hinga menampakkan baju sebelah dalam)
- Ketat ( menampakkan susuk tubuh seolah olah seekor beruk masuk ke dalam kolam.. maksudnya apabila beruk masuk dalam air, bulunya akan rapat pada tubuhnya)
- Mempunyai banyak perhiasan ( Zaman sekarang tudung yg ada mcm kubah msjid kt tepi tudung, dahla xcukup syarat labuh hingga ke dada, ada perhiasan pula)
Seorang wanita yg mendedahkan auratnya perlu fikir untuk siapa dia nak tunjuk susuk tubuhnya? Suaminya nk tgk ape lg jika semua auratnya telah didedahkan? Di bulan puasa ni, tempat paling banyak mengurangkan pahala puasa adalah bazar ramadhan. Kalau berjalan biasa, semua benda nampak, jika tunduk pun nampak kaki-kaki wanita yg tidak berstokin. Semua itu aurat, apabila aurat wanita didedahkan, maka itulah makanan api neraka. Allahurabbi..
Ada satu kisah di sekolah pondok, seorg lelaki bangun bertahajjud pada Allah kemudian secara tiba2 dia menjerit, meraung bagai dirasuk, menangis dgn kuat hampir menghilangkn nyawanya. Setelah ditanya kenapa die menjadi sedemikian, dia menjawab dia melihat neraka yg Allah bukakan kepadanya. Subhanallah.. Bayangkan jika kita yg melihat, pasti dan pasti kita xkan melakukan maksiat.
Ustaz ana beritahu, 2 cecair yg tidak akan menyebabkan manusia dijilat oleh api neraka di akhirat nti, yang pertama DARAH Yang Gugur di Jalan Allah dan AIR MATA Keinsafan kerana Takut akan Allah.. Mungkin darah yg gugur di jalan Allah sukar untuk kita gapai, tetapi air mata yg gugur ni amat mudah wahai sahabat. Rebut la peluang ramadhan untuk menangis mohon keampuna pada Allah. Moga Allah melndungi kita dari api neraka. Kata tok guru kepada ustaz ana, kadar air mata yg akan menyelamatkan kita dari api neraka adalah sebesar kepala lalat. Walau sekecil itu pun, ia masih mampu memadamkan api neraka. Wallahualam bimurodih...
3 comments:
nice writing...harapnya amani dapat menjaga aurat dengan baik. Aminn
ape tu kubah masjid kat tepi tudung??
Raja Noraniza: Alaa hiasan pada tudung cm bntuk kubah. xtahu nama ape.
Post a Comment