Baik, yang pertama ucapan Maaf zahir dan batin dan nafkah zahir dan batin. Makna zahir ni adalah perbuatan yang kita dapat dilihat dgn mata kasar dan kita boleh menyatakan dengan jelas perkara tersebut. Akan tetapi, ade segelintir masyarakat jika mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir je.. Batin belum lg sb xkawin lg.. Ada pula jika seorg nk kawin dia akn ckp, nafkah batin beres, zahir je belum lg. Kedua-dua berfikiran sama tp situasi berbeza. Apa yg difikirkan adalah batin ini adalah "bersetubuh" sedangkan itu tidak benar kerana bersetubuh adalah benda boleh nampak. Maksud batin di sini adalah Akal, Hati dan Rohani. Jadi kena ubah tanggapan kita pada maksud Batin ye...
Sekarang kita pergi pada pemikiran orang kita ttg kubur. Kubur sebenarnya satu tempat di mana para sahabat nabi dahulu pergi untuk muhasabah diri dan meniginsafi diri. Apabila mereka berfikir ttg mati, mereka jadi takut untuk membuat dosa. Sebaliknya, orang kita ni takut akan kubur dengan mengatakan kubur itu brhantu. Itu sebenarnya dongeng atau rekaan org2 tua dahulu untuk tktkan anak2. Ditambag pula dgn filem2 melayu yg memaparkan adegan seram di kawasan kubur. Kesannya, Orang kita jadi takut mati dan mencintai dunia dan lupa akan mati. Ana pn takut jgk kalau lalu tepi kubur malam2.. Hehehehe
Qada solat adalah wajib untuk kita tunaikan dan tidak ada pengharaman waktu jika kita ingin qada sesuatu solat fardu. Akan tetapi, kita sekarang lebih berminat untuk melakukan amalan sunat berbanding yg wajib. Imam Ghazali menyatakan dalam kitabnya, sesiapa yg melakukan amalan sunat sedang dia masih berhutang amalan wajib, maka org itu adalah org yg mengikut hawa nafsu mereka. Haa.. ana pnye trkejut dgr cm2. Sebagai cntoh, kita berhutang dgn seseorang, apabila kita sudah ada duit, mana lg utama sama ada kita sedekah kepada fakir miskin atau membayar hutang? Begitu juga dgn qada solat, kita berhutang dgn Allah, tp kita duk buat amalan sunat sedangkan hutang xlangsai lg. Jadi amalan sunat kita akan jd sia2. Pahala 1000 rakaat solat sunat belum cukup untuk menandingi 1 rakaat pahala solat wajib.
Jadi, kita renungkan bersama agar kita muhasabah balik apa yg xkena dgn diri kita. Ustaz ana ckp, untuk qada solat subuh misalnya, kita buat masa terawih dgn niat qada subuh, maka pahala terwih jga kita dapat dan kita boleh brjemaah wlaupun imam solat terawih kerana solat subuh sama sifat dgn solat terawih.. Wallahulam bimurodih..
No comments:
Post a Comment