Assalamualaikum wbt.. Haa.. nampak lain x blog? heheheh.. Thanks kepada sahabat yg membuatnya.. Hanya Allah mampu membalasnya. Baik, kali ni simple je entry sb ana jz menjawab pertanyaan sahabat sahaja. Soalan pertama mengenai jin dan manusia yang manakah dijadikan terlebih dahulu dan adakah jin akan berada di mahsyar dan di masukkan ke dalam syurga jugak? Baik, jawapannya adalah jin dijadikan terlebih dahulu sebelum manusia namun begitu Allah telah berfirman untuk jadikan manusia sebagai khalifah disebabkan jin ni membuat terlalu banyak kerosakan di bumi. Lalu Allah ganti khalifah di bumi ni ialah manusia. Maka golongan jin ni berdendam dgn manusia sebab 2 jin kafir akan cuba menyesatkan manusia sehabis mungkin. Untuk di Mahsyar juga jin akan dihisab mengikut amalan mereka semasa di dunia. Bagi jin yg beriman, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga kerana Allah telah berfirman, Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. Maka jin dan manusia yg menyembah( beriman) pada Allah maka syurga la tempatnya.
Untuk soalan kedua, Adakah wanita boleh beriktikaf di masjid dan bagaimana caranya.. Seperti yg kita tahu wanita tidak diwajibkan pergi ke masjid kerana untuk menjaga pandangan org lelaki. Jika menimbulkan fitnah maka haram mereka pergi ke masjid apatah lagi beriktikaf di malam hari. Jika di siang mungkin tidak menimbulkan fitnah tetapi di malam hari akan ada fitnah yg berlaku. Jadi jika hndak beriktikaf, di dalam masjid itu mesti ada ruangan khas di mana orang lelaki tidak mengetahui bahawa org perempuan berada di dalamnya ( tidak nampak ). Macam masjid di Pondok Pasir Tumboh, wanita kt sana solat jumaat jgk tau sebab kawasan wanita mmg xnampak sebab ada bilik khas. Bukan sekadar tutup dgn tirai kain je.. Wallahualam Bimurodih
No comments:
Post a Comment