Tuesday, August 2, 2011

Promosi Ramadhan


Assalamualiakum Wbt sahabat2 ana yg sdang berpuasa. Alhmadulillah, segala puji bagi Allah dan selawat serta salam keatas Nabi Muhammad SAW. Haa.. cer tgk tajuk semua.. Promosi Ramadhan. Ni bukan courts mamouth, bkn tesco, tapi ni promosi dari Raja segala raja yang ada atas mukabumi. Ni promosi hebat dari Allah. Kalau kita dgr ada pasaraya buat "sale" berpusu - pusu org pergi. Allah menurunkan rahmat untuk manusia dgn membuat Megasale pahala yg berlipat kali ganda.. Xkan kita xnk rebut wahai sahabat2 sekalian.. Antara promosi yg Allah berikan adalah :

  1. Pahala puasa dimana pahala ni hanya Allah je yg tahu. Xde sape tahu Allah nk bg berapa. 
  2. Tiada pahala sunat kerana amalan sunat diberikan pahala amalan wajib..
  3. Amalan wajib pula digandakan dengan 70x ganda.. Subhanallah..
  4. Doa diperkenankan khususnya ( ketika berbuka dan sepertiga malam)
  5. Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka serta dibelengu syaitan
  6. Ditingkatkan darjat dan dimasukkan kedalam syurga Rayyan
  7. Dosa diampunkan dan merdeka dari api neraka.
Haa sahabat2, apa lagi tunggu, jom same2 kita tgkatkan ibadah kita di bulan ramadhan dan bulan2 yg akan dtg. Kita kena igt bahawa, bulan Ramadhan ni seolah2 bengkel untuk kita baiki diri untuk menempuh 11 bulan yg akn dtg. Pengkaji otak manusia mengatakan, otak manusia memerlukan tiga minggu ataupun 21 hari untuk menjadi tabiat dlm diri manusia. Jd 3 mggu yg cukup bermakna ni, kita rebut dan buat perkara2 yg baik InsyaAllah ia akan menjadi rutin untuk kita dan menjadi tabiat yg baik untuk kita jika kita didik diri kita kearah yg lebih baik. Wallahualam...

1 comment:

azwa amani said...

owhhh baru amani tahu tentang otak tuuu.. jadinya kalau kita buat amalan dengan konsisten, insyaAllah boleh jadi tabiat kan...mudah-mudahan amalan itu diterima Allah

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...