Assalamualaikum sahabat2 ana yg selalu menyokong blog yg naif ini. Selawat serta salam kpda Nabi Muhammad saw yg tercinta dan Al Fatihah kpada arwah abah ana yg amat dirindui.. Anakmu xkan putus2 membekalkan cahaya untuk abah disana. Amin.. Alhamdulillah, ana kembali selepas merawat ati yg duka selepas membuat luahan hati yg jujur ana rasa. Namun Alhamdulillah, ramai yg menyokong n memberi semangat.Terima kasih untuk sahabat2 ana. Jgn tkut untuk lawat blog ni, sb ana kgsi semua ilmu yg ana ada. Jd sahabat2 pn kena kgsi jgk. Untuk ruangan komen yg ana buang akibat kecewa, biarlah ia bersemadi dgn aman.Hehehe.. Ana xnk mengharap n memaksa org komen or bg pendapat. Ana harapkan Allah semata - mata untuk tlg ana. Ana kembali bersemangat...
Hehehe.. Pnjang pulak mamat poyo ni berceloteh.. Back to the topic cpt!!.. Baiklah, cuba tgk tajuk, ada dua kan? Pertama, ana dh ceritakan di perenggan atas. Haa ni ana nk menceritakan 3 ujian terbesar yg menanti umat manusia semasa di dunia, semasa menghampiri alam barzakh dan di padang mahsyar.. Walaupun banyak ujian diberikan oleh Allah di dunia, itu hanya ujian kecil dan itu adalah semata - mata untuk menguji keimanan dan kesabaran kita. Jika kita tidak beriman, nescaya akan gagal lah 3 ujian terbesar sebab ujian ni menentukan kita berada di jalan Allah or kufur pada Allah.. Nauzubillah Ya Allah..
Ujian Pertama
- Ujian pertama yg terbesar adalah semasa kita hidup di dunia ini iaitu pada zaman keluarnya Al Masih Dajjal. Ulama terdahulu selalu memohon agar tidak hidup di zaman dajjal sb keadaan pada masa itu amat teruk. Orang beriman akan diseksa, dan fitnah terbesar dalam sejarah manusia adalah fitnah dajjal yg mengaku dirinya Tuhan. Kuasa yg Allah kurniakan pada dajjal amat hebat. Tubuh dajjal amat besar hinggakan air laut hanya di buku lalinya sahaja. Tangan kanannya memegang syurga dan dikirinya neraka dan didahinya tertulis KAFIR dimana semua org boleh baca dan mata kanannya buta. Namun begitu ramai yg sujud padanya. Mungkin skrg kita boleh ckp, "alah, aku pun boleh kenal dajjal, xkan aku nk sembah dia." Sekarang ni boleh ckp cm2 walaupun xde iman di hati, tp pada zaman turunnya Dajjal, keimanan betul2 teruji. Masa 2 amat bernilai iman walaupun sebesar sebiji sawi. Mohon pada Allah agar kita terlindung dari fitnah dajjal dan hafallah 10 ayat pertama atau 10 ayat terakhir surah Al Kahfi..
Ujian Kedua
- Ujian pertama tadi mungkin xsemua dari kita berada pada zaman itu. Tp ujian kedua ni pasti dan pasti semua akan melaluinya iaitu semasa sakaratul maut. Syaitan akan cuba menyesatkan kita semua semasa di ambang kematian dengan menyerupai org yg kita sayang yg telah mati. Jika ana diambang sakaratul maut, maka akan dtg syaitan menyerupai arwah abah dan semua tok guru ana untuk mengajak ana untuk tinggalkan islam dan menganut agama lain. Maka di situ ujian yg berat jika semasa kita hidup kita tglkan agama islam, hukum hakam kita permainkan, aurat xjaga, solat n puasa kita tinggal dgn sengaja, syirik pada Allah, pergaulan bebas masa di dunia,pemimpin yg zalim dan banyak lagi, semua itu akan Allah paparkan semasa menghadapi sakaratul maut. Jika kita kita xberiman maka kita akan ikut syaitan untuk keluar agama disaat akhir kita. Nauzubillah... Jika baik amalan kita, semua syariat Allah kita jaga, godaan ttp dtg namun Kalimah Lailahaillah yg kita lafazkan ataupun iktikad kita ttp pada Allah dan agama islam. Moga2 semua pembaca termasuk ana mati dalam husnul khatimah. Doa ikhlas dari ana untuk semua pembaca. Sama2 kita aminkan ye.. Amin Ya Rabb...
Ujian Ketiga
- Setelah dibangkitkan dari kubur, maka kita semua dikumpulkan di padang Mahsyar untuk dihisab dan diadili dgn seadil adilnya. Namun sebelum itu, Allah menguji hambaNya disaat semua manusia dalam keadaan ketakutan, lalu Allah menyuruh satu malaikat yang teramat besar mengaku sebagai Tuhan. Ini adalah ujian terakhir seba Allah nk tgk jln yg dipilh oleh manusia.. Besarnya malaikat yg disuruh mengaku tuhan untuk menguji manusai adalah, jika seluruh air laut didunia ni yg kita sangka besar dan luas, itu belum cukup untuk penuhkan kuku malaikat tersebut. Subhanallah.. Mmg besar sgt malaikat ni. Xdpt nk digambarkan. Namun begitu, ramai jugak yg sujud dan mengakui dia adalah tuhan. Maka binasalah mereka yg mengaku begitu. Ada golongan yg tidak sujud kerana amalan didunia sudah cukup untuk mereka survive. Lalu malaikat yg besar td bertanya mengapa kamu tidak bersujud padaku, maka jawab mereka, Allah tidak sama dgn makhluk, kamu bercahaya maka kamu adalah makhluk Allah sedang Allah sama sekali xsama dgn makhluknya. Zat Allah tidak dapt dgmbarkan dgn hati dan fikiran, selagi mana boleh digambarkn, maka itu bukan Allah. Jadi sebab tu ana suruh sahabat semua belajar kenal Allah, cari ilmu Allah bukan ilmu akademik semata-mata.
Pada entry Kenal Allah Vs Tahu Tentang Allah, ana telah nyatakan cari ilmu Allah, kita kenal Allah maka kita terselamat disana nanti. Bila ilmu kita dapat, maka amalkan lalu sebarkan. Belajar sifat 20 Allah sb itu WAJIB kita belajar. Jika kita tgl, 3 ujian td kita xkan lepas. Ana mmg berniat nk ajar dlam blog ttg sifat 20 tp xboleh sb ia kena btl2 difahami. Kena berguru n ada kitab. Jadi sama2 kita mohon pada Allah supaya diberikan kesempatan untuk belajar ilmu tauhid. Dipetik dari kitab Zahratul Murid.. Moga2 semua mendapat manfaat. Wallahualam bimurodih
No comments:
Post a Comment