Gambar di dalam Istana Negeri Kelantan semasa Majlis berbuka puasa bersama sultan.
Assalamualaikum wbt sahabat yg ana kasihi.. Alhamdulillah, segala puji bg Allah yg masih memberikan nikmat pada kita semua untuk teruskan kehidupan.. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah kita sekarang berada di akhir ramadhan. Syawal akan tiba 2 hari lagi insyaAllah.. Sayu je hati bila fikirkan bahawa banyak lagi amalan2 yg ana belum buat atau pun sifat2 buruk ana yg belum ana ubah sepanjang bulan ramadhan. Ana harap ini bukan ramadhan terakhir buat ana sebab ana nekad nk tebus balik pada tahun hadapan..
Ana nk sentuh sedikit ttg tarbiah ramadhan yg byk mengubah hidup seseorg yg dipilih oleh Allah. Allah memilih hambanya untuk berubah ke arah yg lebih baik supaya hambanya menjadi orang beriman. Terdapat 3 golongan yg ada pada bulan ramadhan dimana golongan pertama adalah golongan yg rugi. Maksudnya puasa tahun ini adalah sama dgn tahun lepas yakni tiada perubahan. Sebagai cntoh kalau tahun lepas buat terawih 8, tahun ni pun buat 8 jgk maknanya tidak ada peningkatan.. Golongan kedua adalah golongan yg celaka. Maksudnya golongan yg dimana puasa tahun sebelumnya adalah lebih baik dari tahun ini. Sebagai contoh tahun lepas terawih tidak pernah tinggal tetapi tahun ni, jarang2 je pergi terawih. Maka golongan ini adalah golongan yg celaka..
Golongan ketiga adalah golongan yg beruntung iaitu puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas, sebagai contoh, tahun lepas jz buat 8 je terawih tetapi tahun ni sebulan buat terawih 20. Tahun akan dtg iktikaf pulak, tahun seterusnya tambah lg dgn sedekah dan begitulah seterusnya... Jadi kita nilai sendiri kita ni berada di golongan yg mana..
Seseorg yang ditarbiahkan oleh Allah melalui bulan ramadhan akan selamat pada 11 bulan akan dtg maknanya kesan daripada bulan ramadhan ni akan tebawa-bawa pada bulan akan dtg cntohnya, pada bulan ramadhan, solat jemaah kita jaga penuh, maka selepas ni, InsyaAllah kita akan menjaganya jua. Di bulan puasa, kita tahan diri dari mngumpat dan mendengar umpatan, maka 11 bulan akan dtg pun kita akan buat benda yg sama. Itu kehebatan tarbiah dari Allah..
Ana ingin berpesan pada diri ana dan sahabat2 semua, jangan kita kecundang pada hari pertama syaitan dan iblis dibebaskan. Jika ia berlaku, maka puasa kita adalah sekadar lapar dan dahaga sebab tidak meninggalkan kesan yg positif.. Jadi sama2 kita muhasabah diri supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah Taala.. Wallahualam bimurodih...
No comments:
Post a Comment