Assalamuaikum wbt sahabat ana sekalian. Selawat serta salam pada nabi kita.. Alhamdulillah kita berada dalam fasa terakhir dan tgl 6 hari je lagi bulan ramadhan. Andai kita boleh undur masa, ana nk je duk di bulan ni selamanya.. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, tahun depan kita jumpa lg dgn ramadhan. Pada 10 akhir ramadhan 3 kejadian yg menyedihkan berlaku kepada orang yg ana sayang iaitu pak saudara ana, kak long ana dan sahabat ana.
Kejadian pertama melibatkan kak long ana. Dia sedang praktikal di aquaria KLCC selama 3 bulan. Bulan lalu kak ngah ana pergi melawat kak long dan dia ckp kak long kurus sgt mcm org xmakan dgn cekungnya muka, mata xcukup tido. Ana sedih mendengarnya. Baru2 ni dia kol ana n nangis2 kt ana dan dia ckp dia xtahan dgn supervisor dia yg selalu maki hamun dia dpn pekerja lain. Dia gtau ana dia nk tuntut di akhirat dgn supervisor tu atas apa yg diperlakukan, namun ana marah n salahkn dia. Mungkin supevisor dia btl, jadi ana ttp xbela Kak long ana. Ana tahu bukan salah kak long tp ana xbela dia sebab ana nk dia sabar. Kalau ana sokong dia, maka dia senang melihat org lain akan dihukum oleh Allah. Jadi ana cari jgk salah kak long ana supaya dia sabar. Semalam, umi ana cter yg kak long ana kena sepak kepala dgn supervisor dia. Ana pun hilang sbr mendengarnya. Tambahan pula supervisor 2 mengandung. kak long ana dh jd org yg xde perasaan dh. Macam dh redha dgn dia. 1 perkara ana nk sentuh, jika supervisor terus menerus mcm 2, kesannya nti adalah anak dia. Xmustahil ana dia akan jadi sejahat jahat manusia atas muka bumi ni. Nauzubillah.. Jadi mohon agr Allah kuatkan kak long ana. Sesungguhnya Allah bersama org yg sabar. Kepada pembaca, tlg jgn rasa marah pada supervisor sb mgkn ade hikmahnya.. Jadi doakan Kak long ana yee.. Untuk kak long, maafkan segala kesalahan dia sb nti dia nk lahirkan bayi susah jika kita berdendam..
Family ana yang Tercinta.. Ya Allah berkati kami Ya Allah..
Kejadian kedua belaku pada 21 ogos kepada sahabat baik ana iaitu cik amani. Dia kehilangan handphone kesayangannya semasa dalam komuter. Ana mengucapkan takziah kpada cik amani, sesungguhnya Allah nk menguji kita tidak mengira masa. Itu hak Allah sebab kita hamba Dia. Allah nk tgk sejauh mana pengharapan cik amani pada Allah apabila ditimpa musibah. Allah dh rncang semua ni daripada kita umur 4 bulan dalam kandungan lg. Jd siapa kita nk halang Allah. Jadi bykkan bersabar, dan insyaAllah Allah akan ganti dgn benda yg lagi baik..
Kejadian ketiga adalah berlaku semalam 22 Ogos 2011 pada 7.15 ptg. Masa ana sedang tgu untuk berbuka, 1 panggilan yg mengatakan pak saudara ana kemalangan melibatkan 4 buah kereta.. Subhanallah, Ana dan family yg bergegas ketempat kejadian. Sebuah kereta yg gagal ketika memotong menyebabkan 3 buah kereta lain turut kena musibah.. Mangsa terdiri daripada seorang anggota polis yang cedera di mata, seorang askar yg patag kaki dan seorang bomba (pak saudara ana) masuk kaca dalam mata dan telinga. Tp cedera ringan je.. Pemamdu yg bersalah hampir di belasah oleh org ramai sb mmg salah dia. Namun hanya Allah yg tahu kenapa kejadian tu berlaku. Banyak hikmahnya.. Jadi berhati hati di jalan raya.. Macam pemberita pulak kan.. Hehehe
Marilah kita sama2 berdoa agar mereka semua dan semua yg mendapat musibah di bulan ini dan bulan2 lain agar mereka bersabar dan tidak putus asa dgn rahmat Allah. Jadi kita sedekahkan Al Fatihah untuk seluruh umat islam menghadapi kesusahan, mungkin dgn sedekah kita ini, kita dipanjangkan umur dan mereka yg ditimpa musibah dapat hadapi dgn tabah. AL FATIHAH....
No comments:
Post a Comment