Tuesday, September 6, 2011
Kemenanganku... Kelahiranku...
Assalamualaikum wbt kepada sahabat2 ana yg dirindui.. Semoga sihat sejahtera semuanya.. Alhamdulillah kita sekarang berada di bulan syawal bg menyambut hari kemenangan umat islam selepas menahan diri dari lapar dan dahaga serta melawan nafsu yg selalu membuat kita terjerumus ke lemabah kemurkaan Allah.. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad saw.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada yg mengenali diri ana sama ada semasa sekolah, matrikulasi, upsi mahupun dalam blog tercinta ni.. Semoga semua selamat dan berada di bawah perlindungan Allah... Ana mohon maaf, ana lama xupdate blog sebab sibuk duk beeraya.. Sahabat2 pun sama kn? Hehehehe... Bagaimana iman kita selepas ramadhan meninggalkan kita?
Alhamdulillah, ana diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat entry kali ni. Hari raya juga disebut sebagai hari kemenangan kerana kemenangan yg dijanjikan adalah kemenangan kita melawan nafsu kita dan kemenangan kita terhadap syaitan kerana apabila mereka dilepaskan, syaitan dan iblis amat marah kerana umat islam telah diampunkan dosa2nya. Haa rugila kita sb xberibadat betul2. Akan tetapi, jika kita hanya beribadat dgn kuat pada bulan ramadhan sahaja, itu bukan yg Allah mahukan. Allah mahu bulan ramadhan pencetus perubahan kita ke arah kebaikan dalam 11 bulan yg lain.. Dalam khutbah jumaat minggu lepas ada menyebut, " Jika kita menyembah ramadhan, Ramadhan telah pergi. Jika kita menyembah Allah, Allah maha kekal dan abadi.." Jadi kita perlu perbaiki niat kita, biar kita beribadat bukan kerana bulan tetapi kerana Allah barulah kita dapat kekalkan tarbiah ramadhan dan itulah kemenangan hakiki..
Emm sebut pasal kelahiran apa kena mengena pulak wahai ibnu hassan? Haa.. Ana dilahirkan pada malam raya iatu pada 30 ramadhan 1411 hijrah. Mase 2 orang dh takbir raya dah n nurse yg sambut ana 2 beri nama kepada ana "Syawal Fitri".. Best x nama 2? Tp arwah abah xsuka lalu dia nk letak nama Wan Muhammad Haidar ( Harimau Allah kalau xsilap ana la..) Tp umi ckp nanti budak ni (ana) jadi panas baran. Lalu dipilih Wan Muhammad 'Ammar Wan Hassan yg bermaksud (Yang kuat iman, yg lemah lembut apabila berkata-kata dan yang memerintah).. Lahirlah seorang hamba Allah yg sempurna sifatnya tetapi banyak dosa dan noda apabila dah besar ni. Adoiii... Ana harap ana sempat bertaubat dan taubat ana diterima sebelum ana tutup mata.. Amin Ya Rabb..
Baik sebelum ana mengundur diri, ana nk jawab pertanyaan ttg adakah ana pernah pergi umrah sb gmbar pada entry tarbiah ramadhan ana bgitau yg ana p umrah.. Sebenarnya itu gambar masa majlis berbuka puasa dgn sultan Kelantan di Istana Kota Bharu.. Ana dh pergi umrah tetapi dalam mimpi la, mase 2 ana igt lg ana solat depan ka'bah.. Itu saja.. Ana bergurau saja supaya nak sahabat semua minat n bercita cita kesana.. Allahumma Balighna Makkah wa Madinah... Amin Ya Allah..
Jadi sahabat sekalian, di bulan syawal ni jgn lupa puasa 6 beserta qada bagi yg tgl.. Untuk kaum Adam pun sama, mgkin mase dulu2 pernah tgl, jadi niat qada dan puasa 6, maka kita dapat kedua duanya.. Bestkan agama Islam ni kan? Xmenyusahkan kita pun sebab inilah bekalan kita untuk akhirat nanti.. Wallahualam bimuradih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment