Thursday, September 8, 2011

Pemergianmu..

Assalamualaikum wbt.. Tanggal 8 September 1998, satu peristiwa berlaku dalam keluarga ana dimana mengubah episod kehidupan ana dan keluarga.. Tarikh yg menyedihkan dan hanya air mata sahaja dpt menenangkan fikiran dan mengubat kerinduan ana dan keluarga kepada arwah ayah yg genap 13 tahun meniggalkan kami.. Pada hari tersebut, ana dan adik ana dipelawa mak sepupu ana untuk kerumahnya kerana mak sepupu ana ni xde anak. Jadi ana 8 tahun dan adik ana yg berumur 5 tahun pergi kerumahnya untuk bermalam di rumahnya.. Pada ptg tu, kami main di taman perumahan hospital berhampiran dgn rumah nenek ana di mana arwah abah terlantar sakit di situ.

Kami mengayuh basikal untuk kerumah mak sepupu, ana naik basikal sendiri dan mak sepupu naik dgn adik. Ana memanggil mak sepupu ana dgn pggilan cik ja.. Cik ja ni suka dgn kanak2 sebab tu dia bawa kami bersiar-siar. Kakak dan kak ngah keluar dgn nenek untuk membeli baranag manakala umi tercinta setia menjaga abah di sisi.. Apabila maghrib, adik ana tiba2 menangis nak balik. Ana kecil lg dan memujuk adik supaya jgn ngs. Tp adik ttp nangis sb xpernah trpisah ngn umi ana. Jadi puas dipujuk akhirnya cik ja ign menghantar pulang. Tangisan itu seperti satu petanda bahawa abah sudah semakin tenat. Dgn mengayuh basikal, kami bertga menempuh jalan yg agak gelap dan ditepi hanya hutan sahaja. Ana hanya kasihankan adik ana yg menangis..

Setibanya di rumah nenek, kakak dan kak Ngah pula duk bertengkar pasal apa pun ana xtahu. Ana pergi kpd umi ana yg kelihatan sayu dan sedih. Arwah abah dh nazak tp ana xtahu apa itu nazak. Lalu kakak ana tarik ana masuk lam bilik dan kak ngah pun masuk sekali.. Lalu kakak berkata, abah akan mati xlama lg.. Abah dah nazak dan xde harapan dah.. Kami menangis sekuat hati di dalam bilik.. Ana dipanggil oleh atuk ana utk mengajarkan abah mengucap. Ana tkt sgt tp ana mengajarkannya.. Kira2 pukul 11 malam, arwah abah menghembuskan nafas terakhir dimana terputuslah segala-segalanya kcuali 3 perkara, sedekah jariah, anak yg soleh dan ilmu yg bermanfaat.. Semasa dikafankan, ahli keluarga mncium dahi arwah abah, masa tu lah ana btl2 rasa khilangan arwah abah.. Kini, kubur yg menjadi tanda dan anak2 arwh abah lah yg mendoakan kesejahteraan abah disana.. Ana masih terkilan sb ana xsempat nk tunjukan result exam ana mase 2 sb ana cemerlang hasil didikan arwah abah..

Kini doalah yang kakak, kak ngah, ana, adik dan umi kirimkan agar abah sejhtera di sana.. Akan tiba satu masa ana akan bertemu abah di sana isyaAllah.. Al Fatihah untuk Arwah Wan Hassan Bin Wan Nawang (1958-1998).. Dalam kenangan anakmu wahai Abah yg dicintai.. Semoga Allah merahmati abah.. Amin.. Wallahualam bimurodih...

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...