Friday, September 16, 2011
Secebis Pandangan Ibnu Hassan (Episod 3)
Assalamualaikum wbt.. Segala puji bagi Allah Yg Maha Memberi rezeki dgn luasnya.. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad yg Tercinta.. Alhamdulillah ana diberi peluang oleh Tuan punya dunia ni untuk menulis pandangan ana terhadap beberapa perkara.. Kali ni ana nk memberi pandangan ttg yg pertama, Bangsa Atau Agama perlu dipelihara? Yang kedua ttg makanan yg baik dan ketiga adalah persahabatan kerana Allah..Di harap, pandangan ana ini dapat memberikan impak positif kpada pembaca semua..
Hari ini kita menyambut Hari Malaysia dimana kita menyambutnya sempena pembentukan negara Malaysia.. Alhamdulillah sudah 54 tahun kita telah merdeka dari penjajah. Namun itu hanya hanyalah kebebasan dari segi fizikal. Namun hakikatnya kita dijajah teruk dari segi mental sejak dari dulu, sekarang dan selamanya jika kita tidak meletakkan agama sebagai panduan hidup. Sejak kita merdeka, kerajaan telah membuat segala macam usaha untuk melindungi Bangsa kita. Namun kita lupa untuk melindungi agama kita. Allah telah berfirman ( Inna dinna indallahi islam) Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam. Allah xberfirman Sesungguhnya bangsa disisi Allah adalah bangsa melayu, arab or bangsa lain. Allah berfirman ttg agama. Tp kenapa kita pentgkan bnda yg xsepatutnya? Dalam ceramah ustaz Azhar ada menyebut, Bangsa tidak akan pupus atau luput walaupun ditelan zaman. Mksudnya jika kita xjaga pun bangsa melayu xkan pupus atas muka bumi ni sebab itu adalah keturunan kita. Ke ade org melayu melahirkan bayi, tiba2 dia nk tukar bangsa anaknya menjadi bangsa lain? Tetapi bangsa melayu jgk melahirkan seorng bayi lalu menukarkan agama anaknya menjadi yahudi, nasrani dan majusi. Mmg ada. Buktinya, ibu bapa yg jahil agama tidak berusaha untuk mencari agama dan mendidik anak2 supaya menjadi org beriman. Ini hakikat org sekarang. Dimana sensitiviti kita ttg agama islam? Oleh kerana kita sibuk mempertahankan bangsa tetapi agama kita tinggal, maka kita semua akan disoal di padang Mahsyar kelak oleh sebab kekhilafan kita didunia..
Pandangan kedua pula ttg makanan yg baik. Ada beberapa makanan yg disebut di dalam Al Quran antaranya adalah buah tin, buah zaitun, buah kurma, madu lebah, dalam hadis pula ada menyebut, gandum, daging kambing dan banyak lagi. Tetapi umat islam hari ini tidak berminat untk makan makanan islam tetapi lebih berminat makan Kfc, mcd, pizza, junkfood, dan banyak lagi. Siapa yg amalkan permakanan yg tertulis dalam Al Quran? Jawapannya golongan Yahudi yg mengamalkannya sebab itu org yahudi org paling bijak atas muka bumi ini sebab diorang amalkan Al Quran. Apa yg tertulis dalam Al Quran semua mereka amalkan dan apa yg Allah larang dlm Al quran, mereka ambil dan ciptakan sesuatu supaya umat islam lalai dan lemah sebagai contoh, arak, mereka yg mencipta ttp mereka tidak meminumnya. Siapa yg minum? Umat islam jgk yg minum.. Makanan ringan yg ada sekarang semuanya ciptaan mereka ttp mereka tidak memakanya, Apa yg ada dlm Al quran, itulah mkanan mereka. Antara makanan atau minuman yg haram dimakan tetapi ada logo halal adalah, air RIBENA, COCA COLA, APOLLO, semua jenis makanan kt Starbucks dan banyak lagi.. Jadi tlg hati2 dgn semua ni sebab golongan yahudi mmg akan musnahkan umat islam sepenuhnya sehingga kedatangan penyelamat agama kita iaitu imam Mahdi dan nabi Isa a.s..
Yang ketiga adalah persahabatan kerana Allah.. Sahabat adalah seorang insan yg amat diperlukan ketika kita susah dan senang namun kita hndaklah memilih sahabat yg boleh membawa kita ke jalan Allah. Yang boleh membimbing kita menuju Allah. Jangan kita sia-siakan sahabat kita hanya kerana berbeza pendapat atau jantina. Tidak ada salah jika sahabat kita berlainan jantina cuma kita kena pandai jaga pergaulan dan tidak lalai dalam persahabatan. " Seseorang insan akan terikut ikut dgn adat kebiasaan ( perangai) sahabatnya. Maka hendaklah kamu lihat dgn siapa kamu bersahabat" Hadis riwayat Tarmizi.. Jika kita berkawan dgn org yg suka bersukan dan berhibur maka pasti kita akan terikut akan perangainya. Jika kita berkawan dgn org yg sentiasa mengingati Allah maka pasti dan pasti kita juga turut mengingati Allah. Jadi pilih dan tgk blk dgn siapa kita berkawan. Jika kawan kita kurang baik, jgn putuskan silaturahim, tp nasihatlah mereka agar sama2 dpat redha Allah.. Dalam bersahabat, ana juga pernah disisih, dibuang dan dipulau namun ana ade Allah yg tidak pernah berbuat demikian malah Allah lah yg selalu menemani ana disaat ana perlukan sahabat.. Akhirnya, Allah tunjuk siapa yg benar dan siapa yg salah.. Alhamdulillah...
Alhamdulillah, di harap pandangan yg ana berikan ini boleh diterima mana yg baik dan buanglah mana yg buruk.. Wallahualam bimurodih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment