Saturday, September 17, 2011

Pertanyaan


Assalamualaikum wbt.. Entry yg rgkas sb ana nk jwb soalan yg ditanya oleh 2 org sahabat ana. Terima kasih kerana sudi bertanya.. Soalan pertama berkenaan dgn Bernazar.. Apa sebenarnya bernazar dan kenapa orang ramai bernazar.. Baik, bernazar ni adalah perjanjian yg kita buat dgn Allah dimana kita wajib melakukannya dan berdosa jika kita tidak menunaikannya. Jika kita berjanji dgn manusia lalu kita mungkiri, kita tergolong dalam org munafik, apatah lg kita mungkiri jnji kita dgn Allah.. Perjanjian ni dibuat supaya Allah memakbulkan hajat kita dgn cepat sehingga kita sanggup membuat perjanjian. Itu dipanggil nazar.. Sebagai contoh, kita bernazar jika dapat masuk Universiti aku bernazar nk puasa 3 hari. Maka puasa itu menjadi wajib kita laksanakan jika permintaan dimakbulkan. Jika tidak dimakbulkan, adalah lebih elok kita tetap melakukan puasa tersebut supaya kita tidak salah sangka dgn Allah walaupun tidak wajib dilakukan atas sebab permintaan  kita tidak dimakbulkan. Satu lagi contoh, Kalau aku dapat 10 A dalam SPM aku nk puasa sebulan. Tiba-tiba dia dapat 9A je. Maka apa yang dinazarkannya terbatal ataupun tidak perlu untuk membuat nazar tersebut. Jika sahabat nak bernazar, jangan lupa untuk mencatatkannya supaya tidak lupa..


Soalan kedua tentang larangan nabi terhadap minum berdiri tetapi ada beberapa kisah yang menyatakan nabi minum berdiri. Baik dalam hadis ada menyebut tentang larangan minum berdiri kerana ia umpama kita minum bersama syaitan. Jika kisah yg sahabat ana nyatakan mungkin bergantung kepada keadaan. Sbgai contoh Nabi Muhammad minum berdiri kerana ingin mengajar para sahabat berkenaan dgn adab minum air yg betul dan makhruh. Namun begitu, minum berdiri juga menjadi harus bergantung kepada keadaan. Sbgai contoh, kita terlalu dahaga lalu kita nk minum air, akan tetapi tidak ada tempat untuk kita duduk, maka harus kita minum berdiri. Jika kita saja2 minum berdiri sedangkan ada tempat yg boleh kita duduk, maka kita minum bersama syaitan. Wallahualam bimurodih..

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...