Tuesday, September 6, 2011
Secebis Pandangan Ibnu Hassan ( Episod 2)
Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dirahmati oleh Allah.. Alhamdulillah, ana diberi keizinan untuk post entry ttg pandangan ana tehadap beberapa perkara.. Ana ulangi sekali lagi, entry ni dikeluarkan setelah ana mendapat kata sepakat oleh Guru2 ana untuk ana memberi pandangan ttg apa yg ana pk.. Setelah itu, sahabat boleh nilai dan komen dalam ruangan soalan jika tidak berpuas hati dgn pandangan ana.. Baik, ana nk sebut berkenaan dgn ilmu dunia dan akhirat, lelaki sejati dan rancangan tv.. Haa.. xmenarik lgsg tajuk ana pilih.. Ana xpaksa pun sape nk baca or x. Yg baca dpt somethg, yg xbaca nothing..
Baik isu pertama berkenaan dgn Ilmu dunia dan Ilmu akhirat.. Pada awal entry ana dlu ana pernah menyebut dimana kita diwajibkan untuk belajar fardu ain (bukan kelas fardu ain masa sekolah rendah tuu), tp e2 salah satu fardu ain yg hanya sedikit sja pendedahannya. Baik cuba kita pk balik, ilmu apa yg akan disoal oleh malaikat nanti semasa di barzakh? Jawapannya adalah Ilmu tauhid yg akan disoal." Ma Rabbuka (siapa tuhan kamu)? " Adakah ilmu yg kita pelajari sekarang ni boleh menjawab sbgai cntoh ana ambil course pendidikan kimia, nescaya xkan dpt jawab nnti.. Kita belajar ilmu dunia adalah harus tp jgn kita tgl yg wajib.. Allah dh bg soalan bocor tp jgn igt senang2 nk jwb. Kat dunia boleh kita jawab tp di alam sana, iman kita yg akan jawab. Jika org kafir mati, dgn siapakah yg mereka Bertuhan? Mereka bertuhankan nafsu dan syaitan, maka itulah jawapan akan diberi walaupun mereka arif ttg Al Quran.. Jika kita bertuhankan Allah tetapi tidak mengenal Allah, maka dgn siapa kita bertuhan? Jawapannya tanya diri masing2.. Sementara masih ada lagi peluang untuk belajar agama, ambilah masa semasa cuti sem ke, nk tgu result ke, pergi masuk sekolah pondok.. Jangan risau, bukan nk jadi pengganas jika masuk sana.. Nk kenal Allah semata mata barulah kita beribadat pada Allah sebenar-benarnya..
Pandangan kedua adalah ttg lelaki sejati.. Orang kafir mentafsirkan lelaki sejati ni adalah seorang yg kuat dari segi fizikal, mampu mengawal perempuan atau mampu tackle permpuan, mampu dari segi seksual, berani menghadapi cabaran dan macam2 lg.. Tetapi Islam mentafsirkan lelaki sejati adalah hatinya sentiasa terikat dgn masjid, sentiasa beriktikaf di masjid adalah pendapat paling mahsyur ttg lelaki sejati, mempunyai ilmu agama yg cukup untuk diamalkan dan disebarkan. Jd tanya diri masing2 bg kaum Adam, dan tnya diri pasangan anda bg kaum hawa, cukup sejatikah diri kita ini? Jika kita mngikut tafsiran org kafir, maka kita adalah sama dgn mereka. dlm hadis ada sebut, Ar redha fi maksiatin, maksiatun, ar redha fi kufrin, kufrun. Barangsiapa yg redha dgn org berbuat maksiat, maka dia adlh ahli maksiat jua, barangsiapa redha dgn kekufuran, maka mereka juga kufur.. Nauzubillah.. Jika kaum hawa nk pilih jodoh. pilihlah yg suka ke masjid, hatinya sentiasa nk pergi ke masjid ini kerana suami yg suka pergi masjid kerna Allah, maka ia termasuk dlm 7 golngan yg mendpat perlindungan Araysh Allah. Jika kaum hawa berkawin dgn lelaki tersebut dgn syarat kena taat, maka mereka juga mendpt perlindungan yg sama. Inilah lelaki sejati yg sebenarnya.. Di sisi Allah darjatnya diangkat, maka beruntunglah sesiapa yg memilih lelaki sejati pilihan Allah..
Pandangan ketiga adalah ttg rancangan tv yg semakin lama semakin teruk. Ana mmg xpuas hati dgn rancangan tv ini kerana pd raya tahun ni semua channel duk tayang cerita hantu. Ana nk p solat pun mcm tkt sb rumah dalam hutan. Seolah olah nk balas dendam sb sebulan syaitan n iblis kena rantai, tiba time raya semua duk tayang cerita hantu. Adoii... Ni masalah dgn tv mmg xboleh nk ckp apa dh. Buka tv je msti cerita hantu. Kesannya, budak2 lebih tkt pada hantu berbanding tkt pada Allah. Lau nk keluar rmh wktu malam kanak2 rase tkt, tp jika tgl solat xde rase pape pun. Ni kesan dari didikan tv la ni.. Jadi jika sahabat2 ana yg kuat tgk tv atau adik2 sahabt semua kuat tgk tv, maka beri sedikit nasihat, jgn pulak kita tumpang tgk sama. Tp xde maslah lau nk tgk sekadar hiburan setelah byk beribadat. Kita ni terbalik, ibadat sikit hiburan bnyak. Maka bykkan ibadat agar Allah meredhai kehidupan kita..
Haa mcm mane sahabat2 ku, pandangan ana ni tulus ikhlas dr hati ana, jz nk mengingatkan masyarakat yg makin hanyut dibuai maksiat sahaja.. Jd sama2 kita amalkan dan sebarkan ilmu yg ana kgsikan ini.. Wallahualam bimurodih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment