Monday, September 26, 2011

21 hari bermujahadah


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menaip entry ini. selawat serta salam keatas nabi Muhammad saw. Ana ign berkongsi satu tips untuk berubah mencari Allah taala. Saintis membuat kajian tentang otak. Sesuatu pekara akan menjadi tabiat seseorang jika melakukan perkara tersebut setiap hari hingga ke hari 21. Sebab itu ana memilih tajuk 21 hari bermujahadah. Mujahadah bermaksud kita menyerah diri dan berkorban diri hanya untuk Allah.

Ana betul2 sedih akhir2 ni tidak tahu kenapa. Ana mohon maaf jika ada membuat silap dengan sesiapa sahaja. Hati ni xkan tenang tanpa kemaafan kalian semua. Ada sahabat ana menegur ana ni asyik salahkan diri je tentang sesuatu perkara. Bagi ana lebih baik kita sentiasa letak diri kita dalam keaadan lemah dan sentiasa salah sebab itu hakikat manusia. Hanya Allah sahaja yg betul dan kuat dari sekalian makhluk. Kita akan rasa dekat dengan Allah jika kita berasa lemah. Cuba sahabat semua fikir diri sahabat hebat, nescaya kita lupakan Allah.

Sahabat ana ada sebut dalam kuliah maghribnya, sentiasalah rasa hina dan berdosa apabila kamu melihat orang yg lebih tua kerana amal ibadahnya lagi banyak dari kita sedang kita masih banyak buat maksiat. Kemudian apabila kita nampak orang yang baik, maka berkatalah untungnya dia dekat dengan Allah sedangkan aku masih jauh dari Allah. Kemudian apabila nampak kanak2 yg beribadat (baik), maka berkatalah alangkah untungnya budak ini kerana umur yg begitu muda telah kenal Allah sedang aku masih tercari-cari. Kemudian jika kita melihat orang yg berbuat maksiat, maka berkatalah Ya Allah, mereka membuat maksiat dalam keadaan mereka jahil, sedangkan aku membuat jahat dan maksiat dalam keadaan aku tahu. Maka aku lebih berdosa Ya Allah. Jika kita sentiasa mendidik hati kita dgn memandang kelemahan kita, maka kita akan sentiasa bersama Allah sebab itulah hakikat seorang hamba. 

Ana belum cukup baik untuk menasihati sahabat sebab tu ana takut nak buat entry sebab ana takut ana xamalkan apa yang ana tulis. Ana harap perkongsian  yg sedikit ni mampu selamatkan ana dari sifat takbur dan riak.. Pasanglah niat untuk berubah kerana Allah, pasti Allah akan bantu. Jumlah hari yg ana letak itu adalah bagi diri ana. Jika sahabat nak bermujahadah dalam masa sehari pun xde masalah. Itu hanyalah didikan otak kita supaya menjadi tabiat. Ana doakan semua pembaca yg sedang membaca mendapat hidayah dari Allah dan sentiasa dalam rahmatNya. Wallahualam bimurodih..

No comments:

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...