Thursday, September 15, 2011
Tarbiah Dari Allah
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memberi keizinan kpda ana untuk update blog ni.. Selawat serta salam kepada nabi Muhammad saw.. Lama betul ana tgl blog ni. Hampir seminggu ana mendiamkan diri kerana sedang ditarbiahkan oleh Allah.. Alhamdulillah segalanya telah ana terima dgn redha dan ana harap ana kuat untuk menghadapinya..
Bercakap ttg tarbiah dari Allah sama maksud dgn diuji oleh Allah cuma penggunaan perkataan tarbiah ni lebih sesuai jika didalam ujian yg Allah beri, kita menemukan hikmah disebalik ujian tersebut. Jadi maksud tarbiah ini adalah mengajar.. Ana bersyukur atas apa yg terjadi walaupun pahit pada awalnya masuk ke Upsi, tetapi dgn izin Allah ana mampu tuk hadapinya malah ana mendapat kemanisannya.. Jangan sesekali bersangka buruk dgn Allah sebab Dia Maha mengetahui apa yg kita xtahu. Sahabat2 ana pun banyak diuji namun apa yg boleh ana lakukan berpesan pada mereka dan jgn putus asa dgn rahmat Allah.. InsyaAllah, lagi banyak entry yg ana akan cuba tulis selepas ini.
Tp sebelum itu, ana ign menjawab soalan yg ditanyakan oleh sahabat ana, apakah akibatnya seseorang itu tidak dapat melunaskan hutangnya semasa dia hidup?.. Jawapannya adalah, apabila dia mati, roh si mati itu tadi tergantung antara langit dan bumi.. Tidak dapat pergi ke alam barzakh hingga hari kiamat ataupun hingga hutangnya dijelaskan oleh waris si mati. Sebab itu, jika seseorng itu mati, waris perlu mengumumkan jika si mati ada berhutang dgn sesiapa, sila tuntut dgn si fulan bin si fulan.. Jika tiada waris, jiran-jiran lah yg bertggjawab utk melunaskannya. Itulah gunanya wasiat. Wasiat ni xsemestinya tglkan harta, wasiat ni adalah permintaan terakhir yg masih belum sempat si mati lakukan sebagai cntoh pembayaran hutang tadi. Semoga kita semua dapat manfaat dari entry kali ni.. Wallahualam bimurodih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment