Thursday, August 4, 2011

Etika Puasa

Assalamualikum wbt. Selawat serta salam keatas jujungan besar nabi Muhammad saw. Alhamdulillah dgn izin Allah ana dpt meneruskan entry yg serterusnya sempena bulan ramadan ini iaitu etika puasa. Baik, sebut pasal etika ni, setiap pekerjaan, setiap apa- apa yg kita lakukan mempunyai etika. Mcm nk jd cikgu, etika pakaian xleh bju ketat, seluar jeans, rambut pnjg, begitu jgk dgn puasa.

Antara etika puasa yg digariskan dalam syarak adalah... calon2 nya.. jeng jeng jeng
  1. Tidak meninggalkan puasa tanpa uzur syarie  
  2.  Mengetahui rukun dan syarat puasa 
  3. Menjauhi perkara yg mengurangkan atau menggugurkan pahala puasa ( ada 5 perkara)
  4. Melewatkan sahur dan bersegera berbuka
  5. khusyuk dan tekun menepati segala peraturannya.


Baik, etika kita dh tahu, sekarang ana nk kgsi ttg 5 perkara yang mengurangkan pahala puasa
  1. Berdusta (menipu)
  2. Mengumpat
  3. Melaga-lagakan orang
  4. Melihat dengan nafsu syahwat
  5. Sumpah dusta



Disini ana nk tambah untuk perkara keempat iaitu melihat dgn nafsu syahwat. Mksudnya disini, kita melakukan maksiat dengan melihat aurat wanita bagi kaum lelaki dan kaum wanita yg membuka aurat di khalayak ramai. Sabda Nabi saw, ramai dikalangan umatku yg berpuasa hanya sekadar lapar dan dahaga. Ini kerana mereka tidak menjaga adab ketika berpuasa. Maka di mahsyar kelak, mereka akn bertanya pada Allah di mana pahala puasa aku yg terdahulu? Maka jawab Allah, pahala puasa mu gugur kerana kejahatan mu sendiri. 

Jadi kita renungkan, sebelum nk p bazar ramadhan, check pakain dlu tkut terdedah sini sana, jd sama2 kita jga pahala puasa kita agar diterima oleh Allah.. Wallahualam bimurodih..

1 comment:

azwa amani said...

nice info..amani tercari-cari juga perkara yang mengurangkan pahala puasa...kalau perkara yang makruh tu sama ke dengan yang mengurangkan pahala ??..tadi kawan tanya, kalau menangis masa puasa hukumnya makruh..betul ke??

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...