Thursday, September 29, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T


Assalamualaikum wbt. sedikit perkongsian yang dapat ana tulis sebagai pedoman untuk kita semua iaitu 10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah S.W.T. Nauzubillah Ya Allah..
Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." Jadi sama-sama kita renungkan kembali, kerana kita sentiasa melakukan kesalahan dgn Allah. Dan igtlah, Allah sentiasa ada dgn kita semua. Wallahualam bimurodih..

12 barisan manusia bangkit dari kubur


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Monday, September 26, 2011

21 hari bermujahadah


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menaip entry ini. selawat serta salam keatas nabi Muhammad saw. Ana ign berkongsi satu tips untuk berubah mencari Allah taala. Saintis membuat kajian tentang otak. Sesuatu pekara akan menjadi tabiat seseorang jika melakukan perkara tersebut setiap hari hingga ke hari 21. Sebab itu ana memilih tajuk 21 hari bermujahadah. Mujahadah bermaksud kita menyerah diri dan berkorban diri hanya untuk Allah.

Ana betul2 sedih akhir2 ni tidak tahu kenapa. Ana mohon maaf jika ada membuat silap dengan sesiapa sahaja. Hati ni xkan tenang tanpa kemaafan kalian semua. Ada sahabat ana menegur ana ni asyik salahkan diri je tentang sesuatu perkara. Bagi ana lebih baik kita sentiasa letak diri kita dalam keaadan lemah dan sentiasa salah sebab itu hakikat manusia. Hanya Allah sahaja yg betul dan kuat dari sekalian makhluk. Kita akan rasa dekat dengan Allah jika kita berasa lemah. Cuba sahabat semua fikir diri sahabat hebat, nescaya kita lupakan Allah.

Sahabat ana ada sebut dalam kuliah maghribnya, sentiasalah rasa hina dan berdosa apabila kamu melihat orang yg lebih tua kerana amal ibadahnya lagi banyak dari kita sedang kita masih banyak buat maksiat. Kemudian apabila kita nampak orang yang baik, maka berkatalah untungnya dia dekat dengan Allah sedangkan aku masih jauh dari Allah. Kemudian apabila nampak kanak2 yg beribadat (baik), maka berkatalah alangkah untungnya budak ini kerana umur yg begitu muda telah kenal Allah sedang aku masih tercari-cari. Kemudian jika kita melihat orang yg berbuat maksiat, maka berkatalah Ya Allah, mereka membuat maksiat dalam keadaan mereka jahil, sedangkan aku membuat jahat dan maksiat dalam keadaan aku tahu. Maka aku lebih berdosa Ya Allah. Jika kita sentiasa mendidik hati kita dgn memandang kelemahan kita, maka kita akan sentiasa bersama Allah sebab itulah hakikat seorang hamba. 

Ana belum cukup baik untuk menasihati sahabat sebab tu ana takut nak buat entry sebab ana takut ana xamalkan apa yang ana tulis. Ana harap perkongsian  yg sedikit ni mampu selamatkan ana dari sifat takbur dan riak.. Pasanglah niat untuk berubah kerana Allah, pasti Allah akan bantu. Jumlah hari yg ana letak itu adalah bagi diri ana. Jika sahabat nak bermujahadah dalam masa sehari pun xde masalah. Itu hanyalah didikan otak kita supaya menjadi tabiat. Ana doakan semua pembaca yg sedang membaca mendapat hidayah dari Allah dan sentiasa dalam rahmatNya. Wallahualam bimurodih..

Thursday, September 22, 2011

Muhasabah Diri


Assalamualaikum wbt, ana harap sahabat dalam keadaan sihat sejahtera. Ana mohon maaf atas sebab ana  xdapat nk update blog untuk sementara waktu kerana sedang diuji hebat oleh Allah.. Ana harap sahabat2 doakan agar ana dapat menyelesaikan masalah ni dgn cpt. Semoga tarbiah dari Allah kali ni meningkatkan lagi keimananku terhadap Mu Ya Rabb..

Sunday, September 18, 2011

Saturday, September 17, 2011

Pertanyaan


Assalamualaikum wbt.. Entry yg rgkas sb ana nk jwb soalan yg ditanya oleh 2 org sahabat ana. Terima kasih kerana sudi bertanya.. Soalan pertama berkenaan dgn Bernazar.. Apa sebenarnya bernazar dan kenapa orang ramai bernazar.. Baik, bernazar ni adalah perjanjian yg kita buat dgn Allah dimana kita wajib melakukannya dan berdosa jika kita tidak menunaikannya. Jika kita berjanji dgn manusia lalu kita mungkiri, kita tergolong dalam org munafik, apatah lg kita mungkiri jnji kita dgn Allah.. Perjanjian ni dibuat supaya Allah memakbulkan hajat kita dgn cepat sehingga kita sanggup membuat perjanjian. Itu dipanggil nazar.. Sebagai contoh, kita bernazar jika dapat masuk Universiti aku bernazar nk puasa 3 hari. Maka puasa itu menjadi wajib kita laksanakan jika permintaan dimakbulkan. Jika tidak dimakbulkan, adalah lebih elok kita tetap melakukan puasa tersebut supaya kita tidak salah sangka dgn Allah walaupun tidak wajib dilakukan atas sebab permintaan  kita tidak dimakbulkan. Satu lagi contoh, Kalau aku dapat 10 A dalam SPM aku nk puasa sebulan. Tiba-tiba dia dapat 9A je. Maka apa yang dinazarkannya terbatal ataupun tidak perlu untuk membuat nazar tersebut. Jika sahabat nak bernazar, jangan lupa untuk mencatatkannya supaya tidak lupa..


Soalan kedua tentang larangan nabi terhadap minum berdiri tetapi ada beberapa kisah yang menyatakan nabi minum berdiri. Baik dalam hadis ada menyebut tentang larangan minum berdiri kerana ia umpama kita minum bersama syaitan. Jika kisah yg sahabat ana nyatakan mungkin bergantung kepada keadaan. Sbgai contoh Nabi Muhammad minum berdiri kerana ingin mengajar para sahabat berkenaan dgn adab minum air yg betul dan makhruh. Namun begitu, minum berdiri juga menjadi harus bergantung kepada keadaan. Sbgai contoh, kita terlalu dahaga lalu kita nk minum air, akan tetapi tidak ada tempat untuk kita duduk, maka harus kita minum berdiri. Jika kita saja2 minum berdiri sedangkan ada tempat yg boleh kita duduk, maka kita minum bersama syaitan. Wallahualam bimurodih..

Friday, September 16, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (Episod 3)


Assalamualaikum wbt.. Segala puji bagi Allah Yg Maha Memberi rezeki dgn luasnya.. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad yg Tercinta.. Alhamdulillah ana diberi peluang oleh Tuan punya dunia ni untuk menulis pandangan ana terhadap beberapa perkara.. Kali ni ana nk memberi pandangan ttg yg pertama, Bangsa Atau Agama perlu dipelihara? Yang kedua ttg makanan yg baik dan ketiga adalah persahabatan kerana Allah..Di harap, pandangan ana ini dapat memberikan impak positif kpada pembaca semua..


Hari ini kita menyambut Hari Malaysia dimana kita menyambutnya sempena pembentukan negara Malaysia.. Alhamdulillah sudah 54 tahun kita telah merdeka dari penjajah. Namun itu hanya hanyalah kebebasan dari segi fizikal. Namun hakikatnya kita dijajah teruk dari segi mental sejak dari dulu, sekarang dan selamanya jika kita tidak meletakkan agama sebagai panduan hidup. Sejak kita merdeka, kerajaan telah membuat segala macam usaha untuk melindungi Bangsa kita. Namun kita lupa untuk melindungi agama kita. Allah telah berfirman ( Inna dinna indallahi islam) Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam. Allah xberfirman Sesungguhnya bangsa disisi Allah adalah bangsa melayu, arab or bangsa lain. Allah berfirman ttg agama. Tp kenapa kita pentgkan bnda yg xsepatutnya? Dalam ceramah ustaz Azhar ada menyebut,  Bangsa tidak akan pupus atau luput walaupun ditelan zaman. Mksudnya jika kita xjaga pun bangsa melayu xkan pupus atas muka bumi ni sebab itu adalah keturunan kita. Ke ade org melayu melahirkan bayi, tiba2 dia nk tukar bangsa anaknya menjadi bangsa lain? Tetapi bangsa melayu jgk melahirkan seorng bayi lalu menukarkan agama anaknya menjadi yahudi, nasrani dan majusi. Mmg ada. Buktinya, ibu bapa yg jahil agama tidak berusaha untuk mencari agama dan mendidik anak2 supaya menjadi org beriman. Ini hakikat org sekarang. Dimana sensitiviti kita ttg agama islam? Oleh kerana kita sibuk mempertahankan bangsa tetapi agama kita tinggal, maka kita semua akan disoal di padang Mahsyar kelak oleh sebab kekhilafan kita didunia..



Pandangan kedua pula ttg makanan yg baik. Ada beberapa makanan yg disebut di dalam Al Quran antaranya adalah buah tin, buah zaitun, buah kurma, madu lebah, dalam hadis  pula ada menyebut, gandum, daging kambing dan banyak lagi. Tetapi umat islam hari ini tidak berminat untk makan makanan islam tetapi lebih berminat makan  Kfc, mcd, pizza, junkfood, dan banyak lagi. Siapa yg amalkan permakanan yg tertulis dalam Al Quran? Jawapannya golongan Yahudi yg mengamalkannya sebab itu org yahudi org paling bijak atas muka bumi ini sebab diorang amalkan Al Quran. Apa yg tertulis dalam Al Quran semua mereka amalkan dan apa yg Allah larang dlm Al quran, mereka ambil dan ciptakan sesuatu supaya umat islam lalai dan lemah sebagai contoh, arak, mereka yg mencipta ttp mereka tidak meminumnya. Siapa yg minum? Umat islam jgk yg minum.. Makanan ringan yg ada sekarang semuanya ciptaan mereka ttp mereka tidak memakanya, Apa yg ada dlm Al quran, itulah mkanan mereka. Antara makanan atau minuman yg haram dimakan tetapi ada logo halal adalah, air RIBENA, COCA COLA, APOLLO, semua jenis makanan kt Starbucks dan banyak lagi.. Jadi tlg hati2 dgn semua ni sebab golongan yahudi mmg akan musnahkan umat islam sepenuhnya sehingga kedatangan penyelamat agama kita iaitu imam Mahdi dan nabi Isa a.s..


Yang ketiga adalah persahabatan kerana Allah.. Sahabat adalah seorang insan yg amat diperlukan ketika kita susah dan senang namun kita hndaklah memilih sahabat yg boleh membawa kita ke jalan Allah. Yang boleh membimbing kita menuju Allah. Jangan kita sia-siakan sahabat kita hanya kerana berbeza pendapat atau jantina. Tidak ada salah jika sahabat kita berlainan jantina cuma kita kena pandai jaga pergaulan dan tidak lalai dalam persahabatan. " Seseorang insan akan terikut ikut dgn adat kebiasaan ( perangai) sahabatnya. Maka hendaklah kamu lihat dgn siapa kamu bersahabat" Hadis riwayat Tarmizi.. Jika kita berkawan dgn org yg suka bersukan dan berhibur maka pasti kita akan terikut akan perangainya. Jika kita berkawan dgn org yg sentiasa mengingati Allah maka pasti dan pasti kita juga turut mengingati Allah. Jadi pilih dan tgk blk dgn siapa kita berkawan. Jika kawan kita kurang baik, jgn putuskan silaturahim, tp nasihatlah mereka agar sama2 dpat redha Allah.. Dalam bersahabat, ana juga pernah disisih, dibuang dan dipulau namun ana ade  Allah yg tidak pernah berbuat demikian malah Allah lah yg selalu menemani ana disaat ana perlukan sahabat.. Akhirnya, Allah tunjuk siapa yg benar dan siapa yg salah.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, di harap pandangan yg ana berikan ini boleh diterima mana yg baik dan buanglah mana yg buruk.. Wallahualam bimurodih..

Thursday, September 15, 2011

Tarbiah Dari Allah


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memberi keizinan kpda ana untuk update blog ni.. Selawat serta salam kepada nabi Muhammad saw.. Lama betul ana tgl blog ni. Hampir seminggu ana mendiamkan diri kerana sedang ditarbiahkan oleh Allah.. Alhamdulillah segalanya telah ana terima dgn redha dan ana harap ana kuat untuk menghadapinya..

Bercakap ttg tarbiah dari Allah sama maksud dgn diuji oleh Allah cuma penggunaan perkataan tarbiah ni lebih sesuai jika didalam ujian yg Allah beri, kita menemukan hikmah disebalik ujian tersebut. Jadi maksud tarbiah ini adalah mengajar.. Ana bersyukur atas apa yg terjadi walaupun pahit pada awalnya masuk ke Upsi, tetapi dgn izin Allah ana mampu tuk hadapinya malah ana mendapat kemanisannya.. Jangan sesekali bersangka buruk dgn Allah sebab Dia Maha mengetahui apa yg kita xtahu. Sahabat2 ana pun banyak diuji namun apa yg boleh ana lakukan berpesan pada mereka dan jgn putus asa dgn rahmat Allah.. InsyaAllah, lagi banyak entry yg ana akan cuba tulis selepas ini.



Tp sebelum itu, ana ign menjawab soalan yg ditanyakan oleh sahabat ana, apakah akibatnya seseorang itu tidak dapat melunaskan hutangnya semasa dia hidup?.. Jawapannya adalah, apabila dia mati, roh si mati itu tadi tergantung antara langit dan bumi.. Tidak dapat pergi ke alam barzakh hingga hari kiamat ataupun hingga hutangnya dijelaskan oleh waris si mati. Sebab itu, jika seseorng itu mati, waris perlu mengumumkan jika si mati ada berhutang dgn sesiapa, sila tuntut dgn si fulan bin si fulan.. Jika tiada waris, jiran-jiran lah yg bertggjawab utk melunaskannya. Itulah gunanya wasiat. Wasiat ni xsemestinya tglkan harta, wasiat ni adalah permintaan terakhir yg masih belum sempat si mati lakukan  sebagai cntoh pembayaran hutang tadi. Semoga kita semua dapat manfaat dari entry kali ni.. Wallahualam bimurodih..

Thursday, September 8, 2011

Pemergianmu..

Assalamualaikum wbt.. Tanggal 8 September 1998, satu peristiwa berlaku dalam keluarga ana dimana mengubah episod kehidupan ana dan keluarga.. Tarikh yg menyedihkan dan hanya air mata sahaja dpt menenangkan fikiran dan mengubat kerinduan ana dan keluarga kepada arwah ayah yg genap 13 tahun meniggalkan kami.. Pada hari tersebut, ana dan adik ana dipelawa mak sepupu ana untuk kerumahnya kerana mak sepupu ana ni xde anak. Jadi ana 8 tahun dan adik ana yg berumur 5 tahun pergi kerumahnya untuk bermalam di rumahnya.. Pada ptg tu, kami main di taman perumahan hospital berhampiran dgn rumah nenek ana di mana arwah abah terlantar sakit di situ.

Kami mengayuh basikal untuk kerumah mak sepupu, ana naik basikal sendiri dan mak sepupu naik dgn adik. Ana memanggil mak sepupu ana dgn pggilan cik ja.. Cik ja ni suka dgn kanak2 sebab tu dia bawa kami bersiar-siar. Kakak dan kak ngah keluar dgn nenek untuk membeli baranag manakala umi tercinta setia menjaga abah di sisi.. Apabila maghrib, adik ana tiba2 menangis nak balik. Ana kecil lg dan memujuk adik supaya jgn ngs. Tp adik ttp nangis sb xpernah trpisah ngn umi ana. Jadi puas dipujuk akhirnya cik ja ign menghantar pulang. Tangisan itu seperti satu petanda bahawa abah sudah semakin tenat. Dgn mengayuh basikal, kami bertga menempuh jalan yg agak gelap dan ditepi hanya hutan sahaja. Ana hanya kasihankan adik ana yg menangis..

Setibanya di rumah nenek, kakak dan kak Ngah pula duk bertengkar pasal apa pun ana xtahu. Ana pergi kpd umi ana yg kelihatan sayu dan sedih. Arwah abah dh nazak tp ana xtahu apa itu nazak. Lalu kakak ana tarik ana masuk lam bilik dan kak ngah pun masuk sekali.. Lalu kakak berkata, abah akan mati xlama lg.. Abah dah nazak dan xde harapan dah.. Kami menangis sekuat hati di dalam bilik.. Ana dipanggil oleh atuk ana utk mengajarkan abah mengucap. Ana tkt sgt tp ana mengajarkannya.. Kira2 pukul 11 malam, arwah abah menghembuskan nafas terakhir dimana terputuslah segala-segalanya kcuali 3 perkara, sedekah jariah, anak yg soleh dan ilmu yg bermanfaat.. Semasa dikafankan, ahli keluarga mncium dahi arwah abah, masa tu lah ana btl2 rasa khilangan arwah abah.. Kini, kubur yg menjadi tanda dan anak2 arwh abah lah yg mendoakan kesejahteraan abah disana.. Ana masih terkilan sb ana xsempat nk tunjukan result exam ana mase 2 sb ana cemerlang hasil didikan arwah abah..

Kini doalah yang kakak, kak ngah, ana, adik dan umi kirimkan agar abah sejhtera di sana.. Akan tiba satu masa ana akan bertemu abah di sana isyaAllah.. Al Fatihah untuk Arwah Wan Hassan Bin Wan Nawang (1958-1998).. Dalam kenangan anakmu wahai Abah yg dicintai.. Semoga Allah merahmati abah.. Amin.. Wallahualam bimurodih...

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt.. Entry yg rngkas sahaja sb ana nk jwb 2 soalan yg diberikan oleh sahabat ana. Yang pertama berkenaan dgn seseorang yg berjantina dgn dua jantina iaitu khunsa. Bolehkah seseorg khunsa berkahwin.. Baik, seperti kita tahu khunsa ni adalah 1 manusia yg mempunyai 2 jantina iatu zakar dan faraj. Bagaimana keadaannya, wallahualam sb ana xpernah tgk. Keistimewaan khunsa adalah dia boleh memilih sama ada dia nk jadi lelaki atau perempuan mengikut kecenderungan seseorang itu. Jika perwatakan dan gaya hidup dia sebagai contoh, pakaian, cara bercakap seperti seorg lelaki, maka dia memilih untuk jadi lelaki. Jika bersentuhan dgn lelaki lain, maka tidak membatalkan wudhuk. Jika perwatakannya seperti wanita, pakaianya, sifat lemah lembutnya sama cam wanita dan dia memilih untuk jadi wanita, maka haram bg org lelaki menyentuhnya.. Apabila berkahwin, dia boleh membuat pembedahan untuk membuang salah satu kemaluan supaya mereka lebih yakin dan ini untuk kebaikan pasangannya nanti.. Sama juga dgn ibadah lain, mereka perlu melakukan ibadat mengikut ape jantina yg dia pilih..

Soalan kedua mengenai tips untuk khusyuk dalam solat dan doa sebelum solat supaya xdganggu oleh syaitan.. Baik, soala ni susah sikit sb ana sendiri pun kdg2 xkhusyuk dalam solat. Banyak sgt gangguan,, Tp ana jz bg tips ye.. Banyak kaedah kita boleh buat untuk khusyuk dalam solat. Antaranya adalah kita cuba untuk menghayati bacaan kita sendiri, kemudian fahami makna ayat supaya kita btul2 fokus dalam solat. seterusnya, tglkan perkara dunia semasa kita hendak solat. Biar kita btul2 ready nk jmpe Allah. Lau nk jumpe pakwe or makwe kita berhias habis habisan tkt pasangan kita cari lain. Begitu juga Allah, jika kita tidak khusyuk, maka Allah xpandang kita. Cuba kita renungkan sejenak jika kita cakap ngn seseorang tp org xbg perhatian pd kita dan dia memikirkan benda lain, mesti kita marah. Sama juga dgn Allah, jika kita khusyuk, maka Allah marah lalu Allah xpandang pun kita. Nauzubillah.. Untuk doa supaya tidak dingganggu syaitan, ada empat doa dan doa ni boleh diamalkan dimana sahaja..

  1. Surah Al Ikhlas
  2. Wal awwalu wal akhiru, wa zahiru wa batilu wa hwa ala kullishain qadir
  3. Laisakamislihi syai'
  4. Aman tubillahi wa rasulih...
Moga2 kita semua dapat amalkan supaya kita terlindung dari godaan syaitan dan menjadi insan yg sentiasa taat pada Allah.. Wallahualam bimurodih..

Tuesday, September 6, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan ( Episod 2)


Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dirahmati oleh Allah.. Alhamdulillah, ana diberi keizinan untuk post entry ttg pandangan ana tehadap beberapa perkara.. Ana ulangi sekali lagi, entry ni dikeluarkan setelah ana mendapat kata sepakat oleh Guru2 ana untuk ana memberi pandangan ttg apa yg ana pk.. Setelah itu, sahabat boleh nilai dan komen dalam ruangan soalan jika tidak berpuas hati dgn pandangan ana.. Baik, ana nk sebut berkenaan dgn ilmu dunia dan akhirat, lelaki sejati dan rancangan tv.. Haa.. xmenarik lgsg tajuk ana pilih.. Ana xpaksa pun sape nk baca or x. Yg baca dpt somethg, yg xbaca nothing..


Baik isu pertama berkenaan dgn Ilmu dunia dan Ilmu akhirat.. Pada awal entry ana dlu ana pernah menyebut dimana kita diwajibkan untuk belajar fardu ain (bukan kelas fardu ain masa sekolah rendah tuu), tp e2 salah satu fardu ain yg hanya sedikit sja pendedahannya. Baik cuba kita pk balik, ilmu apa yg akan disoal oleh malaikat nanti semasa di barzakh? Jawapannya adalah Ilmu tauhid yg akan disoal." Ma Rabbuka (siapa tuhan kamu)? " Adakah ilmu yg kita pelajari sekarang ni boleh menjawab sbgai cntoh ana ambil course pendidikan kimia, nescaya xkan dpt jawab nnti.. Kita belajar ilmu dunia adalah harus tp jgn kita tgl yg wajib.. Allah dh bg soalan bocor tp jgn igt senang2 nk jwb. Kat dunia boleh kita jawab tp di alam sana, iman kita yg akan jawab. Jika org kafir mati, dgn siapakah yg mereka Bertuhan? Mereka bertuhankan nafsu dan syaitan, maka itulah jawapan akan diberi walaupun mereka arif ttg Al Quran.. Jika kita bertuhankan Allah tetapi tidak mengenal Allah, maka dgn siapa kita bertuhan? Jawapannya tanya diri masing2.. Sementara masih ada lagi peluang untuk belajar agama, ambilah masa semasa cuti sem ke, nk tgu result ke, pergi masuk sekolah pondok.. Jangan risau, bukan nk jadi pengganas jika masuk sana.. Nk kenal Allah semata mata barulah kita beribadat pada Allah sebenar-benarnya..


Pandangan kedua adalah ttg lelaki sejati.. Orang kafir mentafsirkan lelaki sejati ni adalah seorang yg kuat dari segi fizikal, mampu mengawal perempuan atau mampu tackle permpuan, mampu dari segi seksual, berani menghadapi cabaran dan macam2 lg.. Tetapi Islam mentafsirkan lelaki sejati adalah hatinya sentiasa terikat dgn masjid, sentiasa beriktikaf di masjid adalah pendapat paling mahsyur ttg lelaki sejati, mempunyai ilmu agama yg cukup untuk diamalkan dan disebarkan. Jd tanya diri masing2 bg kaum Adam, dan tnya diri pasangan anda bg kaum hawa, cukup sejatikah diri kita ini? Jika kita mngikut tafsiran org kafir, maka kita adalah sama dgn mereka. dlm hadis ada sebut, Ar redha fi maksiatin, maksiatun, ar redha fi kufrin, kufrun. Barangsiapa yg redha dgn org berbuat maksiat, maka dia adlh ahli maksiat jua, barangsiapa redha dgn kekufuran, maka mereka juga kufur.. Nauzubillah.. Jika kaum hawa nk pilih jodoh. pilihlah yg suka ke masjid, hatinya sentiasa nk pergi ke masjid ini kerana suami yg suka pergi masjid kerna Allah, maka ia termasuk dlm 7 golngan yg mendpat perlindungan Araysh Allah. Jika kaum hawa berkawin dgn lelaki tersebut dgn syarat kena taat, maka mereka juga mendpt perlindungan yg sama. Inilah lelaki sejati yg sebenarnya.. Di sisi Allah darjatnya diangkat, maka beruntunglah sesiapa yg memilih lelaki sejati pilihan Allah..


Pandangan ketiga adalah ttg rancangan tv yg semakin lama semakin teruk. Ana mmg xpuas hati dgn rancangan tv ini kerana pd raya tahun ni semua channel duk tayang cerita hantu. Ana nk p solat pun mcm tkt sb rumah dalam hutan. Seolah olah nk balas dendam sb sebulan syaitan n iblis kena rantai, tiba time raya semua duk tayang cerita hantu. Adoii... Ni masalah dgn tv mmg xboleh nk ckp apa dh. Buka tv je msti cerita hantu. Kesannya, budak2 lebih tkt pada hantu berbanding tkt pada Allah. Lau nk keluar rmh wktu malam kanak2 rase tkt, tp jika tgl solat xde rase pape pun. Ni kesan dari didikan tv la ni.. Jadi jika sahabat2 ana yg kuat tgk tv atau adik2 sahabt semua kuat tgk tv, maka beri sedikit nasihat, jgn pulak kita tumpang tgk sama. Tp xde maslah lau nk tgk sekadar hiburan setelah byk beribadat. Kita ni terbalik, ibadat sikit hiburan bnyak. Maka bykkan ibadat agar Allah meredhai kehidupan kita..

Haa mcm mane sahabat2 ku, pandangan ana ni tulus ikhlas dr hati ana, jz nk mengingatkan masyarakat yg makin hanyut dibuai maksiat sahaja.. Jd sama2 kita amalkan dan sebarkan ilmu yg ana kgsikan ini.. Wallahualam bimurodih..

Kemenanganku... Kelahiranku...



Assalamualaikum wbt kepada sahabat2 ana yg dirindui.. Semoga sihat sejahtera semuanya.. Alhamdulillah kita sekarang berada di bulan syawal bg menyambut hari kemenangan umat islam selepas menahan diri dari lapar dan dahaga serta melawan nafsu yg selalu membuat kita terjerumus ke lemabah kemurkaan Allah.. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad saw.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada yg mengenali diri ana sama ada semasa sekolah, matrikulasi, upsi mahupun dalam blog tercinta ni.. Semoga semua selamat dan berada di bawah perlindungan Allah... Ana mohon maaf, ana lama xupdate blog sebab sibuk duk beeraya.. Sahabat2 pun sama kn? Hehehehe... Bagaimana iman kita selepas ramadhan meninggalkan kita?

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat entry kali ni. Hari raya juga disebut sebagai hari kemenangan kerana kemenangan yg dijanjikan adalah kemenangan kita melawan nafsu kita dan kemenangan kita  terhadap syaitan kerana apabila mereka dilepaskan, syaitan dan iblis amat marah kerana umat islam telah diampunkan dosa2nya. Haa rugila kita sb xberibadat betul2. Akan tetapi, jika kita hanya beribadat dgn kuat pada bulan ramadhan sahaja, itu bukan yg Allah mahukan. Allah mahu bulan ramadhan pencetus perubahan kita ke arah kebaikan dalam 11 bulan yg lain.. Dalam khutbah jumaat minggu lepas ada menyebut, " Jika kita menyembah ramadhan, Ramadhan telah pergi. Jika kita menyembah Allah, Allah maha kekal dan abadi.." Jadi kita perlu perbaiki niat kita, biar kita beribadat bukan kerana bulan tetapi kerana Allah barulah kita dapat kekalkan tarbiah ramadhan dan itulah kemenangan hakiki..



Emm sebut pasal kelahiran apa kena mengena pulak wahai ibnu hassan? Haa.. Ana dilahirkan pada malam raya iatu pada 30 ramadhan 1411 hijrah. Mase 2 orang dh takbir raya dah n nurse yg sambut ana 2 beri nama kepada ana "Syawal Fitri".. Best x nama 2? Tp arwah abah xsuka lalu dia nk letak nama Wan Muhammad Haidar ( Harimau Allah kalau xsilap ana la..) Tp umi ckp nanti budak ni (ana) jadi panas baran. Lalu dipilih Wan Muhammad 'Ammar Wan Hassan yg bermaksud (Yang kuat iman, yg lemah lembut apabila berkata-kata dan yang memerintah).. Lahirlah seorang hamba Allah yg sempurna sifatnya tetapi banyak dosa dan noda apabila dah besar ni. Adoiii... Ana harap ana sempat bertaubat dan taubat ana diterima sebelum ana tutup mata.. Amin Ya Rabb..

Baik sebelum ana mengundur diri, ana nk jawab pertanyaan ttg adakah ana pernah pergi umrah sb gmbar pada entry tarbiah ramadhan ana bgitau yg ana p umrah.. Sebenarnya itu gambar masa majlis berbuka puasa dgn sultan Kelantan di Istana Kota Bharu.. Ana dh pergi umrah tetapi dalam mimpi la, mase 2 ana igt lg ana solat depan ka'bah.. Itu saja.. Ana bergurau saja supaya nak sahabat semua minat n bercita cita kesana.. Allahumma Balighna Makkah wa Madinah... Amin Ya Allah..

Jadi sahabat sekalian, di bulan syawal ni jgn lupa puasa 6 beserta qada bagi yg tgl.. Untuk kaum Adam pun sama, mgkin mase dulu2 pernah tgl, jadi niat qada dan puasa 6, maka kita dapat kedua duanya.. Bestkan agama Islam ni kan? Xmenyusahkan kita pun sebab inilah bekalan kita untuk akhirat nanti.. Wallahualam bimuradih..

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...