Friday, July 29, 2011

Martabat Tertinggi Manusia

Assalamualaikum wbt. sahabat2 ana yg dirahmati Allah sekalian. Selawat serta salam keatas junjungn besar Nabi Muhammad SAW.. Apa khabar sahabt2 semua? Ana mohon maaf kerana lame xpost entry. Ana sibuk dgn urusan untuk menyambut Ramadan yg mulia ni. Alhamdulillah, ana diberi keizinan oleh Pencipta ana untuk membuat entry tentang martabat atau pangkat tertinggi manusia di sisi Allah.

Kalau kita tengok pada masa kini, manusia mengejar pangkat dan nama atas dunia ini sedang dia leka pangkatnya di sisi Allah. Kita bimbang jika Allah tidak meredhai apa yg kita cari, maka neraka lah tmpat kita.. Nauzubillah.. Allah xpandang jika kita bergelar Tun, Tan Sri, Datuk seri dan macam2 seri lagi, tetapi Allah memandang kita yang bergelar sebagai HAMBA.. Kenapa Allah berbuat demikian, ini kerana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya perlu ada empat ciri. jika tiada salah satu dripadanya maka kita hnya bergelar Hamba pada zahir saja. Hakikatnya kita hamba yg derhaka pada Allah..

Ciri - ciri Hamba yang sebenarnya adalah
1) FAKIR - Maksudnya kita ni sentiasa berhajat kpda Allah xkira kita senang atau susah
2) DAIF - Maksudnya kita tidak punyai apa2 yg boleh dibanggakan kerana semuanya dtg dr   Allah
3) JAHIL - Maksudnya tidak tahu apa2 jika Allah tidak kurniakan ilmu pengetahuan pada kita
4) HINA - Maksudnya kita datang dr setitis air mani yg hina kerana jika ia terkena pada kain seseorang, pasti seseorng itu dicemuh dan dihina oleh org lain.

Jadi  sahabat sekalian, dimana rase kehambaan kita pada Allah? Adakah kita mempunyai semua ciri2 diatas? Jika sudah ada Alhamdulillah, jika tidak ada, maka kembalilah kejalan Allah sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas lebih2 lagi di bulan Ramadan yg nk tiba xlama lagi. Jika kita mempunyai semua ciri ciri diatas, akhir sekali, martabat hamba yg paling dicintai oleh Allah adalah REDHA dgn ketentuan Allah. Jika seseorg itu redha dgn apa yg Allah aturkan, maka berbahagialah dia di sana nnti. Jika kita tidak redha, maka ada sesuatu tidak kena pada ciri-ciri seorg hamba yg kita miliki. Wallahualam..


2 comments:

azwa amani said...

Alhamdullilah, ilmu yang baik untuk dikongsi bersama...

Muslimin Ibnu Hassan said...

Jadikan ilmu ni sbagai panduan untuk lebih dkat dangn Allah yee

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...