Monday, July 25, 2011

Nama - nama Allah

Assalamualaikum sahabat2 ana semua. Jgn lupa selawat dulu yee.. Alhamdulillah, Allah masih bagi keizinan untuk ana berkongsi ilmu agama dgn kalian semua. kita kena igt bhwa hati kita ni dahagakan agama namun ditutupi oleh nafsu dunia yang selalu membinasakan diri kita ni. Sabda nabi saw. semua org adalah celaka kecuali 2 orang iaitu orang yang belajar dan mengajar. Tp maksud belajar dan mengajar disini bukan ilmu dunia tetapi ilmu akhirat. Semalam ana post ttg bagaimana kita nk kenal Allah. Mahu tidak mahu, wajib atas diri kita semua belajar ilmu agama. Wajib kita belajar, apabila wajib, maka berdosa kita tinggalkan dan semua amalan kita tidak diterima.

Back to the topic, seperti kita tahu, nama - nama Allah ( Asma Ul Husna ) yg Maha Indah ada 99 nama yang dirakamkan dalam Al Quran, namun begitu, nama Allah yang sebenarnya ada 3000 nama.. Dalam kitab Zahratul Murid karanagan Sheikh Wan Muhammad Ali Khutan ( kitab Tauhid ) ada menyebut ttg 3000 nama Allah. dan kitab2 Tauhid yg lain pn ada menyebutnya.. Pembahagian nama tebahagi kepada

1000 nama Allah dibukakan kepada Para Malaiokat
1000 nama Allah dibukakan kepada Rasul dan Nabi
300 nama Allah ada dalam kitab Zabur
300 nama Allah ada dalam kitab Taurat
300 nama Allah ada dalam kitab Injil
99 nama Allah ada dalam kitab Al Quran
1 nama Allah ada pada Allah sendiri ( Hanya Allah yg tahu, Allah tidak buka pada sesiapa 1 namaNya)

Jadi yang wajib kita tahu hanyalah 99 nama Allah dan 20 sifat Allah. Jangan keliru nama dan sifat Allah yee.. 99 nama Allah itu berada dalam sifat 20. InyaAllah untuk entry seterusnya ana akan jelaskan sifat seorang hamba dan banyak lagi ilmu untuk mengenal Allah. Wallahualam..

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...