Assalamualaikum sahabat2 ku, semoga semua berada dalam rahmat Allah. Entry kali ni adalah soalan yg ditanya oleh sahabat2 ana. Jadi same2 ambil manfaat, dan jika salah sila betulkan yee..
Hukumnya dibolehkan sebabnya kita yg membuat pilihan. Memilih pasangan ni mesti memilih yang sekufu, yg memahami, yg baik, yg beriman. Tidak salah jika menolak jika kita rase dia xsesuai dgn kita. Anda harus menolak dgn berhikamah takut nanti terjadi permusuhan dan hasad dengki. Kemungkinan takdir Allah yg menyebabkan anda menolak lelaki tersebut. Jika lelaki itu seorang yang beriman kenapa harus ditolak sedangkn untuk menuju jalan Allah adalah wajib mencari pasangan yg beriman. Tetapi jarang org yg menolak seorang yg baik. Jika kita menunggu pasangan yg lagi baik, kita trlebih dahulu kena jadi baik. Dalam memilih pasangan, adalah diharuskan membuat istiqarah sebelum membuat keputusan. Entry solat istiqarah ana dh post beberapa hari lepas. Wallahualam..
2) Assalamualaikum, ana nak tanye 2 soalan, apakah hukum kita solat sambil tutup mata dan yg ke 2 adakah kita perlu memakai stokin semasa berada dirumah jika ipar or bukan muhrim ada dirumah kita?
Waalaikumussalam, untuk soalan pertama, tidak digalakkan kita untuk menutup mata. Ini kerana dalam solat kita ada 3 kiblat ( arah ). yg pertama, mata kita mesti mengadap tempat sujud, kedua dada kita mengadap ka'abah dan ketiga hati kita mengadap Allah. Tetapi solat tetap sah cuma tidak digalakkan. Soalan kedua, wajib memakai stokin dan aurat perempuan dgn ipar adalah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka sahaja. Namun ramai yg mengabaikan aurat bersama ipar, sb itu nabi bersabda, maksiat plg besar adalah dalam kalangan keluarga iaitu ipar kamu. Jd sama2 jaga. Yg lelaki jgn pkai seluar pendek depan kak ipar atau adik ipar perempuan. Jadikan aurat kita hanya untuk muhrim kita sahaja terutama pasangan kita.
Waalaikumussalam kepada sahabat yg bertanya. Berkenaan dgn suntikan dan masuk air adalah tidak membatalkan puasa. Yang membatalkan puasa adalah jika sesuatu yg dimasukkan ke dalam rongga terbuka sbgai cntoh, telinga, hidung, mulut, dubur dan juga faraj. Selain drpda itu adalah tidak batal. Wallahualam
3 comments:
thanks jawab 2 soalan saya
berkenaan stokin...cuba tgk balik you tube ustaz azhar..tq.
AS SALAM...
pendapat: Menurut pendapat jumhur ulama, disyaratkan menutup aurat sekiranya terdaya, sekalipun ketika bersendirian dalam gelap. Menurut pendapat Imam Hanafi, wajib menutup aurat ketika berada di khalayak ramai, begitu juga ketika berseorangan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai Asma', perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini.” (Baginda pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya)
ana rasa,ambil yg selamat..tutuplah semuanya kecuali apa yg dikatakan Rasulullah iaitu muka dan tapak tgn..seperti ibadat yg lain,kita akan ambil yg mana lbih baik..wallahua'lam..kekurangan itu dr saya dan segala ilmu adalah milik Allah..sama2 mndpt mnfaat...wallahua'lam...as salam..
Post a Comment