Saturday, September 22, 2012

Teguran itu dari Allah


sesi ceramah perdana untuk pelajar asrama smk telok datok
Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Alhamdulillah ana masih lagi diberi kekuatan untuk terus berdakwah kepada sekalian  manusia yang diberikan akal dan fikiran. Teguran itu sebenarnya daripada Allah. Itu tajuk entry kali ini. Semoga apa yang disampaikan ni dapat memuaskan hati semua pihak.

Sekarang ini Nabi kita dihina sewenang wenangnya oleh orang kafir secara terang-terangan. Semua umat islam sedang marah pada ketika ini. Alhamdulillah, ramai yang turun berdemonstrasi di merata-rata tempat. Memang betul tindakan kita cumanya kita ni sedang diketawakan oleh orang kafir sebabnya kita tinggalkan sunnah nabi, ajaran nabi kita jauh sebab itu lah Allah memberi teguran melalui penghinaan terhadap nabi kita. Itu tandanya kita telah jauh daripada Rasulullah. Nabi kita xsuruh kamu semua bangkitkan kemarahan kamu sebab orang kafir ni daripada dulu sampai kiamat akan menghina nabi kita. Kita ni yang perlu tengok diri kita ni sebab kita ni umat nabi. Nabi suruh kita amalkan sunnah kita duk menari Oppa Gangnam style.

sesi soal jawab bersama pelajar

Ana cukup terkejut, ada satu parti politik yang selama ni duk menentang hudud tiba2 keluar menyuarakan kemarahan tentang filem Innocent Of Muslim. Sepatutnya, kamu marah diri kamu terlebih dahulu, orang buat demo, kita berdemo, bila nak laksana hudud, haramkan arak, buat tak tahu je. Jika macam ni umat nabi, maka tunggulah balasan Allah apabila dibangkitkan kelak. Allahurabbi. Sebab tu apabila keluar penghinaan pada nabi kita, marahkan diri kita terlebih dahulu, sebab kita yang xkenal nabi, kita xikut cara nabi, kita tinggalkan ajaran nabi. kita xselawat pada nabi, sebab tu musuh islam ambil peluang untuk memecahbelahkan umat islam. Ni yang kita perlu renungkan kembali. Tentang penghinaan tentang nabi itu sebenarnya daripada mula2 nabi dilantik menjadi rasul lg. Jadi kita doakan agar kita dibukakan pintu hati untuk menyayangi nabi kita. InsyaAllah, umat nabi Muhammad akan jadi kuat. Percayalah, islam akan menang dangan kemenangan yang hakiki.

Di kesempatan ini, ana ingin mohon maaf sekiranya sebelum ini ana banyak post tentang cinta ana kepada tunang ana. Allahurabbi, ada yang menegur ana dan insyaAllah tidak ada lg entry melibatkan perasaan sebaliknya ana akan sebarkan dakwah ini samapai mati. Terima kasih Ya Allah kerana menghantar seorang hamba untuk menegur kesilapanku. Wallahualam bimurodih...

Pendakwah bebas pejuang agama kepada geng anak muda.. InsyaAllah

2 comments:

Aina Mardiah Basri said...

insyaAllah..moga Allah merahmati kamu..sampaikanlah walaupun satu ayat..

fatinshazlin said...

terima kasih cikgu :)
Alhamdulillah.. butir bicara cikgu sampai dlm hati kami semua..
habis praktikal,jgn lupakan kiteorg keh? haha. :D

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...