Wednesday, September 5, 2012

Entry Khas: Buatmu Zaujah

Tidak pernah terdetik dihati ini bahawa 
kamu adalah pilihan Allah untukku,
disaat aku alpa dalam percintaan yang sia-sia
kau hadir dalam istiqarahku 
walaupun aku tidak memilihmu.

Aku terus menerus mencari kepastian, namun 
kau jua yang hadir dalam segenap mimpiku.
Lalu digerakkan hati untuk bertanya tentang dirimu,
rupanya kamu juga mimpikan yang sama.
Allahurabbi, percaturan yang tidak pernah aku duga,
dalam diam, kau menyimpan rapi perasaanmu.
sedikit pun kau tidak luahkan kerana
kau fikir aku milik orang lain.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan,
hubungan kita dikuatkan dengan tali pertunangan,
semua menjadi mudah dan tidak ada resah dihatiku..
Kehadiranmu bagai melengkapkan diriku,
walaupun aku akan dikecam hebat, namun kau tetap bersamaku.
Kenangan aku dengan mu hanyalah setitik air di lautan luas
kerana aku yakin kau persiapkan diri untuk melayari 
bahtera bersamaku. Ramai yang bertanya gerangan dirimu
namun ia masih tersimpan rapi kerana aku takut
untuk hebahkan. Kerana aku takut kehilangan dirimu.

Restu keluarga telah dicapai bersama,
tinggal sudah menunggu saat bahagia apabila
kita diijabqabulkan dalam gerbang perkawinan
maka terlerai sudah yang haram menjadi halal untukku.
Semoga kamu menjadi muslimah sejati pilihan Allah 
yang paling sempurna untukku..
Khas buatmu wahai bakal isteriku..

nukilan Ibnu Hassan

Bakal Zaujah Ibnu Hassan

9 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

semoga hubungan kalian berdua akan berkekalan hingga akhir hayat...semoga beroleh zuriat yg soleh & solehah, serta berbakti buat agama dan negara...

semga majlis pernikahan akan berlangsung dgn lancar..(^__^)

Muslimin Ibnu Hassan said...

Amin.. jemput dtg rumah nti ye.. terima kasih kerana mendoakan..

Unknown said...

amboi.. xajak aku pon amamr??bila tarikh...

Muslimin Ibnu Hassan said...

Tarikh dh tetap tp lum confirmkan. Nti siap kad, bleh la aku bg..

Anonymous said...

tahniah cikgu.. moga dipermudah segala urusan dan perancangan ^_^

*moga berkekalan dunia akhirat

p/s: kami anak murid cikgu pastinya doakan yang terbaik buat cikgu dengan pilihan hati..tahniah sekali lagi (selamat berjuang)

Muslimin Ibnu Hassan said...

Untuk student cikgu yg selalu doakan cikgu, cikgu ucapkan terima kasih walaupun cikgu xtahu siapa kamu.. Nti jmpe ckgu, tegurla ckgu kt sekolah ea.. Kamu pun bljar rajin2 dan semoga berjaya dunia dan akhirat..

Anonymous said...

insyallaah..cikgu pon jgn lpe doakn kami berjaya dlam perjuangan kami tahun ini..semoga kami dpt cpai ape yg terbaik untuk kami..

p/s:salam dri kami, pelajar t.6 smk td

Anonymous said...

Saya doakan semuanya will go smoothly as planned Insha-Allah. May Allah bless you & grant all your duas, Cikgu yang hormati:)

NUFIYA BANTING SELANGOR said...

assalamualaikum wbt .. insyaallah .. akan berkekalan cikgu .. :) selamat berbahagia di dunia n di akhirat .. smoga di berkati oleh Allah swt .

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...