Friday, October 28, 2011
hilangkan Marahmu wahai orang mukmin
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati
dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi
yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata
Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Wassalam..
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan
telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.
berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
wassalam
Thursday, October 27, 2011
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W
Assalamualiakum wbt.. Selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad Saw. Ya Allah, ati ini sayu merindui nabi kami Ya Allah. adakah kami dpt berjumpa dgn penghulu kami dimana beliau adalah makhluk paling sempurna atas muka bumi ini sedangkan kami amat hina disisi Mu. Jangan pisahkan kami dgn nabi kami Ya Allah. Kami tahu Engkau amat sayang pada nabi kami begitu juga kami Ya Allah.. Izinkan kami mencintai Rasul Mu yg paling mulia Ya Allah walaupun kami tidak menyempurnakan sunnahnya. Allah Ya Rabbi, ampunkan kami, pertemukan kami dgn cinta hati kami di mahsyar kelak. Amin Ya Rabb..Antara peribadi dan akhlak baginda:
1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)
Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita. Allahurabbi...
Untuk melihat barang2 peninggalan Baginda, sila (Klik) disini.. Ya Rasulullah, sayu hati ini melihat kesederhanaanmu.. Aku merinduimu Ya Rasululullah...
Wednesday, October 26, 2011
Pertanyaan
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala puji bag Allah, dengan nikmat yg Allah kurniakan pada ana yg amat banyak, ana harap ana tergolong dalam golongan sedikit dan golongan yg bersyukur. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Moga2 kita semua dapat syafaat baginda di akhirat kelak. Entry kali ni ana nk jwb 11 soalan yg terkumpul dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah, makin ramai yg ingin mendalami agama islam.
soalan pertama adlah, sy ingin bertnya. sy ada seorg sahabat yang abangnya br shj berkahwin dgn seorg muslimah yg memakai purdah. beliau mempunyai seorg adik lelaki yg masih bersekolah dan tinggal sebumbung dgn ibu,abg dan kak ipar yg memakai purdah td. akan tetapi disbbkn kak ipar pakai purdah,adk lelaki sblh suami cam disisih,xle mkn sme,tgk tv sme. sb kak ipar xpakai purdah dlm rmh. Jd,hubungan adk tu td dgn famili dr baik jd xbaik,smpai nk duk tmpt lain. Baik, jawapannye, bagi pendapat ana, suami isteri yg baru kawin 2 dua2 jahil. Walaupun pkai purdah dan tudung labuh, tp xtahu batas dgn ipar. Tidak ada dosa jika makan sekali dan tgk tv sekali cuma kakak ipar die hnya perlu tutup aurat kcuali muka, lengan dan kaki sb adab dgn ipar xpe jika xpkai stokin. Jd bukan adik laki yg patut kluar, tp suami isteri yg ptt kluar sb mereka dh kluar dr tanggungan ibu bapa. Adik lelaki dia xperlu keluar sb dia masih bawah tggungan. Jadi jika nk alim pun jgn sampai npk kita ni terlalu jahil ttg agama. Pasangan ni hanya pandai kawin tp bab agama failed. Mane ada makan bersama ipar haram dlm kitab2. Jadi pasngan terbabit mesti mohon maaf dan duduk berbincang agar bnda ni xberpanjangan.
Soalan yg kedua.. hukum melukis gambar kita dan menggantungkan gmbar kita pada dinding rumah dan Rasulullah memarahi aisyah menggantungkan langsir.. Jawapannya haram jika kita lukis gmbar penuh. Sama juga dgn menggantung gmbar. Haram jika kita gantung gambar dimana jika kita terjemahkan dalam kehidupan nyata maka org dalam gmbar itu boleh hidup. Sbg cntoh, gambar seseorang yg diambil pada paras dada keatas. jika diterjemahkan dlm kehidupan nyata, maka mustahil org dalam gmbar itu boleh hidup. Ada riwayat menyatakan bahawa malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yg didindingnya ada gambar. Mmg benar rasulullah memarahi aisyah menggantung langsir krana langsir itu berwarna warni dan ketika nabi solat, nabi terpandang pada lgsir tersebut. Lalu nabi menyuruh aisyah menurunkannya kerana khuatir solatnya terganggu akibat prkara dunia trsebut.
Soalan ketiga, apa pandangan ana ttg ustazah pilihan. Baik di akhir zaman ni ulama ( org yg berilmu) terbahagi kpda dua iaitu ulama yg sebarkan agama kerana Allah dan ulama yg menjual ilmu Alllah untuk kemahsyuran. Pandangan ana ttg ustazah pilihan ni adalah tidak perlu menetengahkan seorang wanita untuk kemahsyuran. Sebaik baik wanita adalah wanita yg menjaga kehormatannya dan tidak dilihat oleh kaum ajnabi. Org akan memuji kecantikannya, kehebatanya, maka riak akan timbul dan mereka hanyut pada arus dunia. Ilmu mereka tidak dpt menolong mereka. Nauzubillah..
Soalan Keempat, Seseorang yg tertinggal satu rakaat dan perasan apabila sesudah solat, bagaimana nk buat. Solat td tidak sah jika dia perasan, dan wajib sembahyang semula.
Soalan kelima jikalau guna pewarna rambut yg halal, sah ke x mandi wajib. Baik, kita pergi pada hukum warna rambut dahulu. Mewarnakan rambut adalh haram sama sekali. Ni bukan soal halal pewarna itu,tp perbuatan mengubah ciptaan Allah itu adalah haram. Jika pewarna rambut td tidak menghalang air, maka mandi wajib tetap sah. Cuma xde guna mandi wajib sb perbuatan itu haram.
soalan keenam, boleh atau tidak perpindahan kubur dilaksanakan? Baik, kita tgk dlu apa sebab untuk pindah kubur. Jika dia mati di johor sdgkan dia org kelantan, maka boleh untuk dipiondahkan atas sebab senang utk melawat kubur. Tp jika mati di Mekah, maka disana sebaik-baik tempat bersemadi. Tgk pada tujuan.
Soalan ketujuh apa hukum seorg wanita memperdengarkan alunan ayat al-quran kepada lelaki yg bukan mahram. Jawapannya adalah haram. Ni satu lg masalah yg melanda masyarakat. Haram bagi wanita memperelokkan atau melunakkan suaranya pada lelaki bukan mahram spt menyanyi, bercakap dgn manja, membaca Al quran. Jika tgk tilawah, kita rasa mereka ni org baik, tetapi wanita yg tilawah Al quran sebenarnya jahil. Xtahu hukum hakam tapi nk jugak jd qariah. Cukup sekadar bca pada golongan wanita je. Sebab itu kelantan tidak pernah menghantar peserta wanita untuk bertanding sb pemimpinnya tahu hukum hakam.
Soalan kelapan, jika org islam berkongsi bekas makanan atau minuman dgn org bukan islam. Jika bekas makanan itu tidak terkena pada makanan haram, maka dibolehkan kerana air liur dan darah org kafir bukan najis. tetapi jika kita syubhah atau was-was, maka jauhkan dari berkongsi..
Soalan ke 9, penjelasan tentang aurat wanita muslim dengan wanita non muslim..adakah sama dengan lelaki bukan mahram?? Jawapannya adalah sama. Aurat perempuan islam dgn org perempuan bukan islam adalah sama dgn aurat perempuan dgn lelaki ajnabi kecuali kaki sampai ke buku lali. Ini kerana, untuk menjaga daripada mereka menfitnah org islam kepada org lain sbgai contoh, "kau nk tahu x, roomate aku mmg seksi, paha dia putih melepak ( dalam bahasa cina atau tamil.)" maka wajib kita menjaga aurat begitu jga dgn org lelaki.
soalan ke 10, apa hukum seorg yg sdg mengaji dan dlm masa yg sma ada org tgh solat..suara org yg mnegaji itu menggangu kekusyukan solat kite..apa hukum pd org yg sdg mengaji tu?? Baik soal mengganggu solat ni tidak dapat tidak hukumnya berdosa. Jika dia tidak tahu, maka dimaafkan. Tetapi jika dia tahu ada org sedang solat, tp dia sngaja kuatkan suara maka hukumnya berdosa. Solat adalh wajib. Membca Al quran adalah sunat. Yg sunat mengganggu yg wajib maka berdosa sb walau apa cara sekalipun, solat adalah yg utama hatta jika org yg mengaji mengganggu org len mengaji pun berdosa.
soalan ke 11, apa pandangan saudara tentang gula2 mentos.sy pernah terdengar ada yang menyatakan mknan itu tk halal.jika saudara dpt membantu atau ada maklumat berkaitan makanan ini mhn kongsi bersama. Ana tidak pasti ttg status gula2 mentos. Yg pasti makanan yg tidak halal adalah gula2 Strepsil, Apollo, coca cola dan ribena. Untuk mentos jika anta ragu2, maka jauhilah gula2 tersebut. InsyaAllah ana akan cuba cari jawapannya.. Wallahualam bimurodih..

Tuesday, October 25, 2011
Tarbiah Untuk Hati..
Assalamualaikum Wbt.. Ana jz update untuk letak video yg menerangkan ttg agama. Jd moga2 semua pembaca dpt manfaat..
Wednesday, October 19, 2011
Malaikat dunia
Malaikat di rumahmu Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?
Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?
"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."
Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
Monday, October 17, 2011
Selembar Bulu Mata
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang menjilat." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sayu-sayu terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil
sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."
Wednesday, October 12, 2011
aku dan kalian...
Assalamualaikum wbt.. Tidaklah sempurna hidup seseorang itu jika tiada sahabat. Ana begitu sygkan sahabat2 ana dan hanya Allah sahaja yg tahu. Ana xnk byk cter sbbnya ana nk tunjuk kenangan ana bersama sahabat2 tercinta.. Terbaiklah korang..
Geng kimia n jejaka2 paling poyo dalam kelas.. terbaik.... mu pandang sape naqib?
Kasut xbasuh pun nak tunjuk..
Yang ni gambar paling menarik.. Kelakar gler...
Geng Futsal pergi genting.. Berasap enjin motor geng sebab ana,. Sorry geng...
Ni budak rumah ana. Korang mmg terbaik. Tp sem ni kita semua terpisah.. Ni mase raya..
Ni gambar raya mase sem 1 kt rmh E501.. Hensem2 my housemate...
Geng nasyid yg telah lama terkubur.. semoga dapat nasyid cm dlu lg..ana rindu kalian semua
Geng jmk yg terbaik dan lawak.. ana syg kalian semua..
kami pilih pengakap saja.. hehehe.. budak kimia amik pengakap..
adoi, ade lg muka korang ni.. Hensem2 budak kimia ni.
Geng fasilitator paling mantap bg ana. Korang berjaya wat program ana jd program terbaik..
Geng teknik taiping.. Nti cikgu datang lg ye,,,
Ni paling lawak. Si afif ni edit gmbar mase nk present sem lps. terbaik lah...
Ni la kerja kami lam makmal kimia.. Xmakan saman. Ammar, Afif n Naqib, tiga sahabat dunia akhirat..
Ini lah budak kimia kelas ana. Ana harap ukhwah kita semua kekal hingga akhir hayat...

Sunday, October 9, 2011
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Ya Allah, Kami (ana dan pembaca blog) amat merindui kekasihMu yang teragunng. Berikan kami syafaat Nabi Muhammad, dan biarlah kami umatnya dapat bertemu di telaga kautsar milik nabiMu dikala kami kehausan di padang mahsyarMu. Sesungguhnya kami xlayak untuk bertemu dgn org paling mulia atas muka bumi ini sedangkan kami manusia paling hina atas muka bumi ini.. Allah, kasihkan kami Ya Allah.. Pelihara kami Ya Allah.. Satukan kami untuk kalahkan golongan yg menghalang kami untuk dekat pada Mu. Bantu Kami Ya Rabb.. Amin Ya Allah...
Wednesday, October 5, 2011
Pertanyaan
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memberi pelbagai nikmat islam dan iman. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. Ari ni ana ign menjawab tiga soalan akan tetapi 1 soalan yg dihantar tadi tidak dapat dibaca sepenuhnya. Jadi mohon yg menghantar soalan ttg kakak ipar dan adik ipar di harap dapat menghantar sambungan soalan. Ana mohon maaf atas kekurangan ruangan soalan kerana ruangan soalan 2 xleh taip panjang2. Jadi sapa2 lps ni nk tnye, make sure padat dan ringkas dan boleh difahami.. Baik, soalan pertama yang ditanya adalah tentang apa hukum sembelih ayam yg pasal asalnya sihat,cukup sifat..tp tetiba ayam 2 accident,kne patuk ular,jd tempang...pahtu kita sembelih..boleh ke x kita menyembelihnya.
Baik untuk soalan pertama, hukum menyembelih binatang tercedera adalah harus kerana tidak mahu melihat binatang tersebut terseksa. Sebagai contoh, seekor lembu dilanggar oleh kenderaan, maka lembu tadi tercedera dan hampir mati. Maka kita boleh sembelih dan makan daging tersebut. jikalau ayam yg dipatuk ular dan menyebabkan kecacatan, maka tidak digalakkan untuk menyembelih dan makan kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan kita kerana mungkin bisa tersebut sudah merebak ke seluruh badan. Binatang yg cacat tidak boleh dibuat korban dan akikah.
soalan kedua, bagaimanakah cara utk mcapai keikhlasan & apakah ciri2 org yg ikhlas? Ikhlas bermaksud segala perbuatan dan amal ibadah kita hanyalah untuk Allah dan bukan sebab ingin mendapat pujian atau balasan daripada manusia. Terdapat 2 golongan orang yg ikhlas yang pertama golongan orang awam, dan golongan orang yg arif atau waraq. Golangan org awam ni seperti kita semua. Apabila melakukan sesuatu dgn ikhlas, kita mendambakan keredhaan Allah dan kita melakukan kebaikan untuk mendapat pahala dan balasan syurga. Bagi orang awam itu sudah dikira ikhlas. Namun begitu, bagi orang yg martabatnya tinggi disisi Allah sbgai contoh para sahabat Nabi, Rabiatul Adawiyah, dan ramai lagi golongan yg waraq, ikhlas mereka tidak mendambakan balasan pahala,syurga dan redha Allah. Tp ikhlas mereka semata-mata kepada Allah. Bagi mereka, terpulang pada Allah nk buat apa pun yg penting mereka ikhlas kerana Allah. Syurga pun mereka tidak harapakan kerana mereka betul2 beribadat kerana Allah semata-mata. Allahurabbi.. Ini yg susah untuk kita lakukan. Sedangkan ikhlas org awam pun susah kita nk buat apatah lagi ikhlas para wali Allah. Ciri-ciri orang yg ikhlas ni, untuk golongan wali, apabila dia mengadap dunia, hatinya igt pada Allah dan apabila mengadap Allah, mmg betul2 igt Allah. Golongan awam yg soleh pula, apabila mengadap dunia, dia igt dunia, apabila mengadap Allah, hatinya igt Allah. Golongan celaka adalah, apabila mengadap dunia, hatinya igt dunia, dan apabila mengadap Allah, hatinya masih igt dunia. Allahurabbi.. Ana sendiri pun prnah mcm ni. Maka amalan kita tidak ikhlas, dan apabila malaikat yg membawa naik amalan kita ke langit, dicampak kembali oleh malaikat penjaga langit pertama. Kemudian malaikat naik kembali untuk membawa amalan lain, jika terlepas di langit pertama, ada 6 lapisan langit lagi untuk amalan kita diterima oleh Allah. Maka sma2 la kita ubah agar amalan kita semua diterima oleh Allah.. Wallahualam bimurodih..
Disini ana sediakan link video Ustaz Azhar Idrus tentang Ikhlas (klik)
Sunday, October 2, 2011
Pertanyaan
Assalamualaikum wbt. Entry kali ni ringkas sahaja sb ana nk jawab soalan je. Tetapi ada 1 persoalan yg mengejutkan ana. Tp ana akan jawab sebaik mungkin. Soalan pertama, kat sekolah dulu ada kutipan wang untuk anak-anak yatim. tapi seorang hamba Allah ni tidak jujur di mana dia menggunakan duit tersebut dan tidak menyerahkan kepada gurunya. bagaimana solusi utk masalah ni?
Baik, jika kita tahu siapa yang mengambil duit itu, wajib kita menegur atau memberitahu pihak atasan kerana kesalahan yg dia buat itu kerana kesalahan itu amat besar dan dia melakukan tiga kesalahan iaitu, pecah amanah, mencuri dan makan harta anak yatim. Maka seperti entry sebelum ni ana dah sebut balasan bg orang yang makan harta anak yatim secara haram adalah tergolong dalam barisan kesembilan iaitu:
Baik untuk soalan kedua ni ana rase kurang sopan bagi orang memberi pandangan. Kata beliau adalah kenapa muslimat sejati sentiasa muncul di chatbox? dia tak sepatutnya buat begitu...malulah.
Bagi ana, tidak ada salah dia menyokong ana dalam berblog dan ana pun tidak tahu siapa muslimah sejati tersebut.. Bukan dia membuat perkara yg salah kerana dia hanya memberi feedback atas apa yg dia baca dan ana tidak memaksa beliau untuk menulisnya. Apabila ana membacanya, ana akan doakannya. Tp ana xtahu siapa dia dan hanya Allah yg tahu. Muslimah sejati itu pun bukannya menunjukkan gambarnya dan kata-katanya langsung tidak ada perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Lainlah jika dia hantar msg dgn memanggil sayang atau apa2 perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Ana pun marah jika dia berbuat demikian. Jangan kita buruk sangka pada orang lain kerana itu tidak disukai oleh Allah dan ana pasti dia mesti sedih jika dia membaca entry ni. Niat dia mungkin mnyokong org yg menegakkan agama Allah tp dipandang serong oleh org lain. Tp kena igt, Allah tahu siapa betul dan siapa salah malah akan dipertontonkan di mahsyar kelak. Maka mohon maaflah pada beliau takut nanti amalan kita dikreditkan pahalanya pada org yg kita buruk sangka. Jika sahabat yg menegur ini (perempuan) yg ada facebook dan blog yg ade letak gmbar pada fb or blog, delete la gmbar terlebih dahulu kerana itu lebih memalukan dari kata2 semangat yg diucapkan oleh muslimah sejati.
Terima kasih bagi yang menegur, untuk mengelakkan dari benda ni trjadi lagi, ana mgkin akan buang chatbox tersebut, baru semua orang berpuas hati dan xde permusuhan antara sahabat semua. Jadi ana mohon maaf dgn jawapan ana yg agak kasar kerana ana takut blog ini jadi medan perpecahan umat islam dan niat ana adalah berdakwah.. Sesungguhnya ana juga insan biasa seperti sahabat semua.. Wallahualam bimurodih...

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."Jadi jika perkara itu telah lama berlaku, kita sama2 doakan Allah ampunkan dosanya dan mohon Allah bagi peluang untuk dia bertaubat sebelum dia mati dan wajib dia ganti apa yg telah dia ambil tanpa hak.
Baik untuk soalan kedua ni ana rase kurang sopan bagi orang memberi pandangan. Kata beliau adalah kenapa muslimat sejati sentiasa muncul di chatbox? dia tak sepatutnya buat begitu...malulah.
Bagi ana, tidak ada salah dia menyokong ana dalam berblog dan ana pun tidak tahu siapa muslimah sejati tersebut.. Bukan dia membuat perkara yg salah kerana dia hanya memberi feedback atas apa yg dia baca dan ana tidak memaksa beliau untuk menulisnya. Apabila ana membacanya, ana akan doakannya. Tp ana xtahu siapa dia dan hanya Allah yg tahu. Muslimah sejati itu pun bukannya menunjukkan gambarnya dan kata-katanya langsung tidak ada perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Lainlah jika dia hantar msg dgn memanggil sayang atau apa2 perkataan yang boleh menimbulkan fitnah. Ana pun marah jika dia berbuat demikian. Jangan kita buruk sangka pada orang lain kerana itu tidak disukai oleh Allah dan ana pasti dia mesti sedih jika dia membaca entry ni. Niat dia mungkin mnyokong org yg menegakkan agama Allah tp dipandang serong oleh org lain. Tp kena igt, Allah tahu siapa betul dan siapa salah malah akan dipertontonkan di mahsyar kelak. Maka mohon maaflah pada beliau takut nanti amalan kita dikreditkan pahalanya pada org yg kita buruk sangka. Jika sahabat yg menegur ini (perempuan) yg ada facebook dan blog yg ade letak gmbar pada fb or blog, delete la gmbar terlebih dahulu kerana itu lebih memalukan dari kata2 semangat yg diucapkan oleh muslimah sejati.
Terima kasih bagi yang menegur, untuk mengelakkan dari benda ni trjadi lagi, ana mgkin akan buang chatbox tersebut, baru semua orang berpuas hati dan xde permusuhan antara sahabat semua. Jadi ana mohon maaf dgn jawapan ana yg agak kasar kerana ana takut blog ini jadi medan perpecahan umat islam dan niat ana adalah berdakwah.. Sesungguhnya ana juga insan biasa seperti sahabat semua.. Wallahualam bimurodih...
Subscribe to:
Posts (Atom)