Wednesday, October 3, 2012

tangisan Perpisahan

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat.. Selawat serta salam kepada our beloved Prophet Muhammad SAW.. Sesungguhnya kami amat merindui kamu wahai Rasulullah..

Tangisan perpisahan adalah nukilan terbaru yang diilhamkan apabila ana melangkah keluar dari makmal menandakan berakhirnya kelas kimia pada sekolah ini diiringi tangisan pelajar yang betul2 menghargai penat lelah seorang guru. Allahurabbi.. Walaupun mereka berbeza agama namun tangisan itu menjadikan diri ini makin berat untuk ana melangkah keluar dari sekolah ini. Ramai yang mempelawa untuk memberi tazkirah dan kuliah muslimin - muslimat di asrama. Namun riak wajah yang sedih terpancar dari wajah mereka..

Segala ilmu yang diajarkan dalam kelas mahupun luar kelas telah ana halalkan. Tinggal sudah untuk kamu semua amalkan ilmu tersebut wahai anak muridku.. Cikgu amat-amat menyayangi kalian semua. Lagi seidh apabila seorang pelajar menulis puisi didalam blognya klik disini cukup menggambarkan bahawa mereka mendambakan ilmu agama. Cuma tidak ada yang menyampaikan. Alhamdulillah Allah memilih ana untuk lakukan tugas tersebut dan sedaya upaya untuk mengajar ilmu agama agar kalian semua mengerti..

Kepada semua pelajar yang ana kasihi, jika kalian menyayangi cikgu, nescaya cikgu akan mati.. Jika kalian menyayangi Allah, maka tidak ada kerugian dalam hidup kalian. Amalkan segala ilmu yang diajar dan carilah ilmu dengan lebih mendalam wahai pelajarku..

Salam sayang dari cikgu Ammar


3 comments:

Anonymous said...

:( cikgu ammar, nanti cikgu pergi, siapa yang nak bagi ceramah dalam lab? sejujurnya, saya mmg kagum dgn cikgu. Saya akui cikgu mmg seorg cikgu yg baik. Selama saya sekolah, saya tak pernah rasa mpunyai seorg cikgu yg selalu ambil berat tntg anak murid dia. Sampailah cikgu dtg, mngajar saya dan kawan2 subject kimia. Cikgu mmg best... Mesti kiteorang akan rasa kehilangan bila cikgu takde nanti... Cikgu ammar will be leaving real soon...... :( Rasanya macam baru minggu lepas cikgu mgajar kiteorang. Saya harap cikgu tak lupakan saya dan kawan2 saya. Saya mintak maaf sbb mgkin saya ada kecewakan cikgu. Kimia saya fail haritu.... Tapi saya akan buat yg terbaik utk pat ni.
Skrg saya suka kimia. Enjoy je belajar wlaupun kdg2 saya blur gila. Itu salah saya. Kdg2, bila masa kimia dah nak habis, dalam hati saya... Akan adakah seorang cikgu yang mcm ni.. Tapi saya tak akan berhenti doa utk dipertemukan dgn cikgu yang baik.. Allah Maha Mendengar. Saya yakin Allah mesti dgr doa saya...
Bila saya terfikir, cikgu dah nak pergi.... Tugas cikgu dekat sekolah ni hampir tamat.... Saya sedih sangat....... I may sound silly but I'm serious..... Mgkin cikgu tak kenal siapa saya kat sini, tapi cikgu ammar mmg cikgu saya yang best ^^ Semoga Allah memberkati kehidupan cikgu diluar sana... Terima kasih cikgu dgn apa yang dah cikgu kongsikan kpd saya dan kawan2... Hanya Allah je yang dapat balas semua tu. Fighting cikgu Ammar!!!!

You'll be missed, cikgu ammar
Sincerely, saya dan kawan2.

Aina Mardiah Basri said...

la tahzan ya akhi..insyaAllah moga menjadi murabbi yang sentiasa berkongsi ilmu bukan sahaja dgn anak2 murid tetapi dengan semua saudara2 seislam..moga sentiasa dalam redha Allah..

Muslimin Ibnu Hassan said...

setiap pertemuan ada perpisahan. kita pun tidak kekal dalam dunia ni. Jika kamu dan kawan rasa mcm 2, cikgu pun rasakan benda yang sama. Cikgu masih byk kelemahan dalam mengajar tp akan cuba jadi yang terbaik untuk kalian..doakan cikgu..

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...