Thursday, October 18, 2012

Kisahku Berakhir Disini...


Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Melengkapi hidup kita semua. Ya Rabb.. Sesungguhnya pertemuan yang Kau titipkan ini amat perit untuk aku lepaskan Ya Allah.. Aku pasti dan pasti akan merindui mereka semua.

Seorang pelajar bertanya "Cikgu, sebelum cikgu keluar, buatlah sesuatu jasa atau bakti pada sekolah, barulah kami akan ingat cikgu." Inilah ayat yang membuatkan ana terpanggil untuk menyebarkan agama dan ternyata itulah jasa yang tidak akan mereka lupakan kerana mereka menyatakan aku pembawa perubahan kepada mereka. Wahai pelajarku, itu semua kehendak Allah. Allah menghantar cikgu untuk menegur salah dan silap kamu dalam mencari Allah, maka apabila kamu semua dah sedar, maka Allah akan ambil balik cikgu untuk menyebarkan agama islam ini di tempat yang lain.

Wahai pelajarku, Waktu untuk kita bersama siang dan malam sudah hampir ke penghujungnya. Cikgu sudah tidak sanggup untuk menatap wajah-wajah kalian yang sentiasa mendampingi cikgu.  Demi Allah dan rasul, perit rasanya ingin berpisah dengan kalian, dan cikgu berharap dapat berjumpa dengan kalian nanti apabila kalian semua dah berjaya. Kenangan bersama kalian telah kita ciptakan bersama. Walaupun tidak banyak namun cikgu dapat rasakan kita semua amat rapat. Pemergian cikgu adalah untuk menyambung dakwah ini ditempat yang memerlukan. Jangan lupa untuk terus mencari ilmu. Kepada student cikgu yang baca blog ni, teruskan membaca kerana banyak yang akan cikgu perkatakan dalam blog ini.

Kisah cikgu bersama kalian akan berakhir disini namun ia bukan terkubur sepi. Kamu semua bangkitlah untuk menentang kemungkaran dan melakukan perkara kebaikan. Bagi yang sudah menjaga aurat dengan baik, janganlah kamu membukanya apabila ketiadaan cikgu. Berubahlah kerana Allah bukan kerana cikgu. Wahai pelajarku, belajarlah elok2 agar kalian tidak menyesal kelak. Jangan jadi macam cikgu, dah tua baru nak kenal agama, baru nak jaga sembahyang, baru nak cari ilmu agama, kamu semua masih muda dan sangat elok mencari agama. Cikgu doakan kalian semua dapat keberkatan dari Allah. Ikhlaskan hati dan jadi diri sendir. Maafkan cikgu dan cikgu memaafkan segala kesilapan kamu. Wallahualam bimurodih...

selamat tinggal wahai kenanganku..

2 comments:

Aina Mardiah Basri said...

moga setiap ilmu yang dicurahkan kepada anak didik menjadi ilmu yang diberkati..Ilmu yang mana diamalkan serta disampaikan pula kepada org lain..insyaAllah..Xmo sedih2 tau.. :)

Muslimin Ibnu Hassan said...

kepada cik aina, selalu menyokong blog ni.. Thanks a lot. persiapkan diri tuk jadi isteri yang solehah ye..

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...