Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan ana pada hari ini. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kini ana hanya menghitung hari untuk meninggalkan banting yang tercinta. Walaupun hanya 4 bulan bertemu jodoh dengan penduduk banting namun ia tersimpan 1001 kisah suka duka bersama pelajar, penduduk flat, tauke restoran, ahli masjid dan ramai lagi. Apabila ana bertemu dengan imam rumah flat ana, bagai tersekat sekat nafas ni apabila berbicara tentang tarikh pemergian kami bertiga untuk pulang ke tanah air. Jika di sekolah, pasti dikejar budak-budak untuk bertanyakan pelbagai soalan, tentang agama, tentang kepulangan ana, macam2 lagi menyebabkan ana xdapat nak menjawab pertanyaan mereka.
Alhamdulillah, mereka semua mula berubah untuk mencari ilmu agama kerana sebelum ini tidak ada yang mempedulikan perihal amalan mereka. Yang paling susah untuk ana didik adalah apabila menghadapi pelajar yang ada sifat was-was dalam ibadah sampai kena marah dengan ana, kena tungu masa dia ambil wuduk supaya ana ni menjadi penjamin untuk mengatakan wuduknya sah. Jika tidak, dia akan mengulangi sampai 3-4 kali. 1 perkara lagi yang menjadi masalah apabila jawapan kepada soalan yang ditanya adalah berbeza dengan pegangannya sebelum ini sebab menggunakan mazhab lain. Jenuh ana nak menerangkan namun tetap juga mempetahankan. Bagi ana, tidak ada masalah apabila berbeza mazhab, bergantung kepada kita nak guna mazhab yang mana.
Di sekolah ni juga, ana dilabel sebagai penyebar politik apabila memberi ceramah dan ada yang melaporkan. Ana juga tekejut namun bukan takut dengan ancaman namun nak nyatakan disini adalah ana menyatakan yang hak dan menidakkan yang batil. Itu sahaja. Lagipun pelajar sendiri dapat melabel dengan mata kepala diorang sendiri. Ujian sebagai perawat juga banyak diuji sejak duduk di sini. Bermula minggu ke 10, ana banyak diuji dengan kes rasukan dan histeria menyebabkan diri ana yang menjadi mangsa,. Pernah meminta untuk berhenti dengan abang senior, tapi dia suruh ana istiqamah dengan amalan. Untuk sementara ni ana berhenti untuk merawat sebab nak cari penawar kepada diri sendiri.
Berkenaan pelajar yang sentiasa dalam ingatan iaitu pelajar Farah Dayana, Najwa Alia,Siti Nur Atikah, Naili Hazwani, Nadia Adila, Tan Huay Peng, Tan Chin Yong, Qatrunnada, Syazwan, Azreen, untuk pelajar asrama, Zaid, Syamil, Azrul, Izzat, Faisal, Shazlin, dan ramai lagi cikgu xmampu nak tulis sebab rasa nak nangis.. Cikgu teramat sayangkan kalian sangat2. Kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Maafkan salah silap cikgu terhadap Kalian ye.. Ingat semua pesanan cikgu pada tazkirah terakhir cikgu.. Allahurabbi, sedihnya aku Ya Allah.. Semoga dapat bertemu lagi. Kepada Farah Dayana, tunang cikgu selalu kirim salam kat farah. Farah kena kuat semangat agar tidak dirasuk lagi. Kita kena ingat, makin rapat kita dengan Allah, makin kuat kena ganggu,. Teruskan berdoa ye Farah Dayana. Semoga cikgu dapat anak murid yang baik seperti Farah dalam masa yang akan datang.
Student kesayangan cikgu, dari kiri: Qatrunnada, Farah Dayana, Najwa Alia dan Nadia Adila
Ya Allah, Pertemuan yang Engkau titipkan ini pertemuan ini suatu ketetapan untuk kami mendekatiMu, Engkau pisahkan kami sebagai pelengkap untuk kami lebih dekat denganMu Ya Allah. Aku mencintai dan menyayangi mereka semua keranaMu Ya Allah maka Kau lindungi mereka semua Ya Allah.. Amin Ya Rabb..
3 comments:
Assalamualaikum ya mu'allim,
Sampai aty cegu tk sebut nama kami,msty cegu tk ingat namaa kami :(
Hehe *kidding
First of all,thanks utk cegu yg baaaaaanyak sangat bantu kami pelajar asrama :)
Jasamu d kenang,,eceh
Hanya Allah shj yg dapat membalas budi cegu,
Semoga Allah sentiasa bersama cegu,,
Pertemuan dgn cegu membawa kpd titik permulaan kpd kami utk berubah ke arah kebaikan,
Thanks cegu,
Jgn lupa kami,,
*lepas ni wajib hafal nama kami
:D
Take Care
hehee..sweet la student2 cikgu ammar ni..Jgn sedih2 ea en.ammar..InsyaAllah, ade rezeki dapat jumpe lagi dgn student2 kesayangan..Moga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan...
Assalamualaikum mu'llimmun karimmm,dan dihormati..terima kasih cikgu,cikgu banyak tolong saya,semoga ALLAH balas kebaikan cikgu... saya suka ayat cikgu ni " makin rapat kita dengan Allah, makin kuat kena ganggu," ini ujian ALLAh dekat saya cikgu,saya redha,saya sentiasa ingat pesan cikgu,jangan tinggal baca qurann...alhamdulillah walaupun saya tak sihat sepenuhnya lagi,tapi ALLAh bg saya pinjam secebis kekuatan cikgu.doakan saya cepat sembuh dan dptjwb SPM dengan tenang, semoga ALLAh sentiasa merahmati cikgu,jazakallah kathira.
Post a Comment