Thursday, October 18, 2012

Kisahku Berakhir Disini...


Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Melengkapi hidup kita semua. Ya Rabb.. Sesungguhnya pertemuan yang Kau titipkan ini amat perit untuk aku lepaskan Ya Allah.. Aku pasti dan pasti akan merindui mereka semua.

Seorang pelajar bertanya "Cikgu, sebelum cikgu keluar, buatlah sesuatu jasa atau bakti pada sekolah, barulah kami akan ingat cikgu." Inilah ayat yang membuatkan ana terpanggil untuk menyebarkan agama dan ternyata itulah jasa yang tidak akan mereka lupakan kerana mereka menyatakan aku pembawa perubahan kepada mereka. Wahai pelajarku, itu semua kehendak Allah. Allah menghantar cikgu untuk menegur salah dan silap kamu dalam mencari Allah, maka apabila kamu semua dah sedar, maka Allah akan ambil balik cikgu untuk menyebarkan agama islam ini di tempat yang lain.

Wahai pelajarku, Waktu untuk kita bersama siang dan malam sudah hampir ke penghujungnya. Cikgu sudah tidak sanggup untuk menatap wajah-wajah kalian yang sentiasa mendampingi cikgu.  Demi Allah dan rasul, perit rasanya ingin berpisah dengan kalian, dan cikgu berharap dapat berjumpa dengan kalian nanti apabila kalian semua dah berjaya. Kenangan bersama kalian telah kita ciptakan bersama. Walaupun tidak banyak namun cikgu dapat rasakan kita semua amat rapat. Pemergian cikgu adalah untuk menyambung dakwah ini ditempat yang memerlukan. Jangan lupa untuk terus mencari ilmu. Kepada student cikgu yang baca blog ni, teruskan membaca kerana banyak yang akan cikgu perkatakan dalam blog ini.

Kisah cikgu bersama kalian akan berakhir disini namun ia bukan terkubur sepi. Kamu semua bangkitlah untuk menentang kemungkaran dan melakukan perkara kebaikan. Bagi yang sudah menjaga aurat dengan baik, janganlah kamu membukanya apabila ketiadaan cikgu. Berubahlah kerana Allah bukan kerana cikgu. Wahai pelajarku, belajarlah elok2 agar kalian tidak menyesal kelak. Jangan jadi macam cikgu, dah tua baru nak kenal agama, baru nak jaga sembahyang, baru nak cari ilmu agama, kamu semua masih muda dan sangat elok mencari agama. Cikgu doakan kalian semua dapat keberkatan dari Allah. Ikhlaskan hati dan jadi diri sendir. Maafkan cikgu dan cikgu memaafkan segala kesilapan kamu. Wallahualam bimurodih...

selamat tinggal wahai kenanganku..

Monday, October 8, 2012

Saat Terakhir Di Banting



Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan ana pada hari ini. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kini ana hanya menghitung hari untuk meninggalkan banting yang tercinta. Walaupun hanya 4 bulan bertemu jodoh dengan penduduk banting namun ia tersimpan 1001 kisah suka duka bersama pelajar, penduduk flat, tauke restoran, ahli masjid dan ramai lagi. Apabila ana bertemu dengan imam rumah flat ana, bagai tersekat sekat nafas ni apabila berbicara tentang tarikh pemergian kami bertiga untuk pulang ke tanah air. Jika di sekolah, pasti dikejar budak-budak untuk bertanyakan pelbagai soalan, tentang agama, tentang kepulangan ana, macam2 lagi menyebabkan ana xdapat nak menjawab pertanyaan mereka.

Alhamdulillah, mereka semua mula berubah untuk mencari ilmu agama kerana sebelum ini tidak ada yang mempedulikan perihal amalan mereka. Yang paling susah untuk ana didik adalah apabila menghadapi pelajar yang ada sifat was-was dalam ibadah sampai kena marah dengan ana, kena tungu masa dia ambil wuduk supaya ana ni menjadi penjamin untuk mengatakan wuduknya sah. Jika tidak, dia akan mengulangi sampai 3-4 kali. 1 perkara lagi yang menjadi masalah apabila jawapan kepada soalan yang ditanya adalah berbeza dengan pegangannya sebelum ini sebab menggunakan mazhab lain. Jenuh ana nak menerangkan namun tetap juga mempetahankan. Bagi ana, tidak ada masalah apabila berbeza mazhab, bergantung kepada kita nak guna mazhab yang mana.

Di sekolah ni juga, ana dilabel sebagai penyebar politik apabila memberi ceramah dan ada yang melaporkan. Ana juga tekejut namun bukan takut dengan ancaman namun nak nyatakan disini adalah ana menyatakan yang hak dan menidakkan yang batil. Itu sahaja. Lagipun pelajar sendiri dapat melabel dengan mata kepala diorang sendiri. Ujian sebagai perawat juga banyak diuji sejak duduk di sini. Bermula minggu ke 10, ana banyak diuji dengan kes rasukan dan histeria menyebabkan diri ana yang menjadi mangsa,. Pernah meminta untuk berhenti dengan abang senior, tapi dia suruh ana istiqamah dengan amalan. Untuk sementara ni ana berhenti untuk merawat sebab nak cari penawar kepada diri sendiri.

Berkenaan pelajar yang sentiasa dalam ingatan iaitu pelajar  Farah Dayana, Najwa Alia,Siti Nur Atikah, Naili Hazwani, Nadia Adila, Tan Huay Peng, Tan Chin Yong, Qatrunnada, Syazwan, Azreen, untuk pelajar asrama, Zaid, Syamil, Azrul, Izzat, Faisal, Shazlin, dan ramai lagi cikgu xmampu nak tulis sebab rasa nak nangis.. Cikgu teramat sayangkan kalian sangat2. Kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Maafkan salah silap cikgu terhadap Kalian ye.. Ingat semua pesanan cikgu pada tazkirah terakhir cikgu.. Allahurabbi, sedihnya aku Ya Allah.. Semoga dapat bertemu lagi. Kepada Farah Dayana, tunang cikgu selalu kirim salam kat farah. Farah kena kuat semangat agar tidak dirasuk lagi. Kita kena ingat, makin rapat kita dengan Allah, makin kuat kena ganggu,. Teruskan berdoa ye Farah Dayana. Semoga cikgu dapat anak murid yang baik seperti Farah dalam masa yang akan datang.


Student kesayangan cikgu, dari kiri: Qatrunnada, Farah Dayana, Najwa Alia dan Nadia Adila

Ya Allah, Pertemuan yang Engkau titipkan ini pertemuan ini suatu ketetapan untuk kami mendekatiMu, Engkau pisahkan kami sebagai pelengkap untuk kami lebih dekat denganMu Ya Allah. Aku mencintai dan menyayangi mereka semua keranaMu Ya Allah maka Kau lindungi mereka semua Ya Allah.. Amin Ya Rabb..

Wednesday, October 3, 2012

tangisan Perpisahan

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat.. Selawat serta salam kepada our beloved Prophet Muhammad SAW.. Sesungguhnya kami amat merindui kamu wahai Rasulullah..

Tangisan perpisahan adalah nukilan terbaru yang diilhamkan apabila ana melangkah keluar dari makmal menandakan berakhirnya kelas kimia pada sekolah ini diiringi tangisan pelajar yang betul2 menghargai penat lelah seorang guru. Allahurabbi.. Walaupun mereka berbeza agama namun tangisan itu menjadikan diri ini makin berat untuk ana melangkah keluar dari sekolah ini. Ramai yang mempelawa untuk memberi tazkirah dan kuliah muslimin - muslimat di asrama. Namun riak wajah yang sedih terpancar dari wajah mereka..

Segala ilmu yang diajarkan dalam kelas mahupun luar kelas telah ana halalkan. Tinggal sudah untuk kamu semua amalkan ilmu tersebut wahai anak muridku.. Cikgu amat-amat menyayangi kalian semua. Lagi seidh apabila seorang pelajar menulis puisi didalam blognya klik disini cukup menggambarkan bahawa mereka mendambakan ilmu agama. Cuma tidak ada yang menyampaikan. Alhamdulillah Allah memilih ana untuk lakukan tugas tersebut dan sedaya upaya untuk mengajar ilmu agama agar kalian semua mengerti..

Kepada semua pelajar yang ana kasihi, jika kalian menyayangi cikgu, nescaya cikgu akan mati.. Jika kalian menyayangi Allah, maka tidak ada kerugian dalam hidup kalian. Amalkan segala ilmu yang diajar dan carilah ilmu dengan lebih mendalam wahai pelajarku..

Salam sayang dari cikgu Ammar


Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...