Friday, June 7, 2013

ANUGERAH TERINDAH

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga serta sahabat baginda..Alhamdulillah, hari yang cukup indah dengan nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga banyaknya..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..tiada kata yang dapat diungkapkan sebaik sahaja diri ini sah mengandung 1 bulan, 1 minggu, 1 hari..Suami tersenyum hingga telinga..Dari bilik Dr lagi senyumannya xpernah lekang dari bibir..Tanganku sentiasa dalam genggamannya..Indahnya melihat suamiku segembira itu..Penantian untuk menjadi seorang ayah tercapai..Terima kasih ya Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini..

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta selepas keluar dari klinik, suami cepat2 keluarkan telefon untuk menelefon umi..Allah..Excitednya..Cerita sungguh2 kat umi ea..hehehee...comel je..Umi pun gembira sangat..Macam2 dah pesan..Maklumlah, cucu pertama..Selepas itu, giliran aina pula menelefon mak..Mak pun turut gembira meraikan bakal cucunya yang ke 5 ni..

Sebenarnya kami bercadang untuk cek kandungan ini sebaik sahaja balik bercuti ke kelantan tadi..Tapi oleh kerana semasa menjawab exam inorganic chemistry tadi, pening dan mual menjengah diri ini..Sampai keluar air mata menahan muntah sewaktu menjawab exam..Walupun begitu, alhamdulillah, Allah beri kemudahan untuk menjawab exam..Akhirnya, oleh kerana tidak tahan akan pening yang dialami, selepas asar kami pun pergi ke klinik..Satu persatu klinik di bumi murabbi ini kami jejak kerana waktu sudah pun menunjukkan 6 petang dan kebanyakkan klinik sedang rehat..Akhirnya, ada satu klinik yang masih lagi beroperasi..Kami pun mendaftar dan menunggu giliran..Selepas Dr mengesahkan kandunganku, hati ini sedih bercampur gembira..Kerana ini adalah perkara yang ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan suami isteri..

Suamiku berpesan..Allah yang kurniakan anak ini, maka Allah juga berhak mengambilnya..Namun, sentiasa berdoa supaya anak ini sentisa sihat dan sempurna tumbesarannya..Moga menjadi pejuang islam, pengikut imam mahadi, menjalankan syariat islam, menjadi mujahid dan mujahidah, syahid dan syahidah, hafiz dan hafizah..InshaAllah..Kena sentiasa berinteraksi dengan anak terutamanya apabila mengerjakan ibadah..Sebagai contohnya, ketika mana hendak solat, pegang perut dan berkata : Adik, ibu nak solat subuh ni..Solat subuh dua rakaat..Nanti adik jangan sesekali lewatkan solat ea..Begitu juga apabila kita membaca alquran..berinteraksilah dengan anak di dalam kandungan walaupun anak masih tidak lagi ditiupkan roh pada ketika ini..InshaAllah, moga dapat mengamalkannya dan dapat menjaga diri dengan baik..Makan makanan berkhasiat..

Sejak mengandung ni, malam2 mesti akan tersedar dan perut sakit akibat lapar..Nak bangun bancuh susu, tapi, sayang nak tinggal tido..heheheee...Xsabar nak tunggu cuti, bila tengah2 malam lapar, boleh kejut suami untuk temankan isi perut ni sekali..:)

Alhamdulillah..Terima kasih atas ucapan tahniah daripada sahabat sahabiah semua..Doa dan ucapan kalian sangat kami hargai..Moga doa itu terus meniti di bibir kalian untuk kami sekeluarga..Moga kami dapat berdepan dengan ujian dan cabaran pada masa hadapan dengan lebih tabah dengan kehadiran cahaya mata tercinta..InshaAllah...

Moga anak ini menjadi saham akhirat untuk kami..Moga menjadi hamba yang bertakwa, umat nabi Muhammad yang sentiasa mengamalkan sunnahnya, menjadi anak yang soleh dan solehah..InshaAllah..

Akhir kata, renungilah hadis ini :


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Wassalam..



Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...