Bismillahirrahmanirrahim
Selawat serta salam buat junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda..Alhamdulillah, cuaca yang cukup tenang dan sejuk malam ni..Baru je lepas hujan di bumi murabbi ni..kan3??
Assalamualaikum w.b.t
Actually dalam perancangan nak study ODE yang susah tahap giga tapi rase macam nak menulis pulak malam ni..Ramai yang nak tahu tentang pernikahan aina kan tapi x pernah nak mengupdate dekat blog ni kan..hehehee..Ok lah..Meh nak cite sikit walaupun ianya berlaku 4 bulan 2 hari yang lepas iaitu tanggal 26 Januari 2013 bersamaan 14 Rabiulawal 1434H.
Merancang sebuah perkahwinan sememangnya menguji kita sebagai manusia..Terlalu banyak yang perlu diuruskan dan yang paling menggoyahkan hati ialah bab duit..Mana taknya kan, aina dan suami ni masih lagi belajar..Mana nak dapat duit wat majlis, mas kawin ngan hantaran segala bagai dalam masa yang terdekat ni..Haaaa...2 la dia kalau tiba2 je cakap nak kawin..Mana x terkejut semua orang..
Mertua aina xpernah pun berjumpa dengan aina face to face..Mula2 umi confuse jugak bila satu-satunya anak tunggal lelaki ni cakap nak kawin..Income xde tapi dah nak kawin..2 orang kakak atas suami pun belum kawin lagi tau..Ni tiba2 cakap nak kawin, xke terkejut..Lagi2 xpernah kenal pun siapakah gelarannya aina mardiah basri ni..Namun, percaturan Allah sangat indah..Hanya dengan melihat wajah dan penampilan di dalam gambar, mak, tok ayah n umi setuju dengan pernikahan ini..Family aina pun xde masalah dengan pernikahan ni dengan bantuan along tersayang memujuk emak..hehehheee...Anak bongsu nak kawin ni..Mestilah kena wat grand2..Perlu ke??Aina x cakap pun nak majlis yang grand2 sampai jadi wedding of the year...
Sebelum pernikahan, banyak yang perlu disediakan..Tapi aina wat macam xde ape2 je..Still bersuka ria kat kolej waktu sem 5 walaupun tinggal berapa bulan je lagi nak jadi Puan Aina Mardiah kan..huhuhuuuu...kad kawin pun wat yang simple je..Harganya 0.29 sen..Tempah seribu yang mana ada jemputan untuk dua2 pihak sekali..kan senang gitu..Bagi family aina, alhamdulillah, setiap persediaan berjalan dengan lancar..Semuanya diuruskan oleh mak tercinta dengan bantuan family2 yang lain..
Sebelum mendirikan baitul muslim kerana Allah, pasti ada ujiannya kan..Suami aina waktu 2 menghadapi sedikit masalah kewangan sehingga mahu menjual motornya..Suami sangat risau waktu i2 coz dalam tangannya wang yang ada ialah RM0.00 selepas menghantar wang hantaran kepada aina..Hantaran 2 pun atas kemampuan sebenarnya..Aina & family sedikit pun xkisah tentang hantaran coz sebaik2 mahar ialah mahar yang rendah kan...haaaa, macam mana nak kawin ni kalau xde duit..Perkara yang paling suami risaukan ialah nafkah..Sampailan suami berjumpa bebrapa oarang ustax bertanya kan hal ini...Namun, alhamdulillah..Jika niat kita untuk berkahwin ini berada di landasan yang betul, bantuan daripada Allah akan datang tanpa arah yang disangka-sangka....Pada hari kejadian, ramai yang menghulurkan bantuan kepada suami..Banyak yang sponsor dan berikan sedikit wang..Alhamdulillah..Dalam kesempitan 2 jugak, aina terima berita yang wang dermasiswa anak pahang telah selamat di bank in kan dalam akaun..Then, aina pun p la cek..Ya Allah, banyaknya dapat..Aina bertanya pada sahabat2 yang lain, berapakah jumlah yang mereka peroleh..Rupanya, aina memerima wang tersebut tiga kali ganda lebih banyak dari mereka..Hebatnya percaturan Allah dalam membantu kami untuk pernikahan ini..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..
Majlis di rumah aina bermula pada pukul 11.00 pagi iaitu majlis pernikahan..Tirai untuk majlis dibuat oleh makcik aina dan ianya sangat cantik macam pelangi..hehehehee...Suami aina suka panggil aina pelangi dulu2 tau..Sangat save bajet..Baju aina pulak, pakai yang akak aina je..veil pun sama..Yang aina tambah hanyalah tudung & purdah..Bilik pengantin pun reuse yang akak punye jugak..huhuhuhuuuuu...memang sava bajet la..Suami pulak pakai jubah putih yang mana akan sentiasa digunakan untuk ke surau atau masjid..Rugi dan membazir kan if kita sewa baju & pelamin segala bagai hanya untuk dipakai selama beberapa jam..Aina & suami hanya pakai baju putih dari pagi sampai petang..Xdenye nak tukar2 baju 7 persalinan segala bagai..kan mudah macam 2...
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..Dengan sekali lafaz, aina sah menjadi isteri kepada si pemilik blog ni iaitu En Wan Muhammad 'Ammar bin Wan Hassan..Pak Ngah menjadi wali kepada pernikahan kami..Sungguh sedih bercampur gembira saat itu kerana aina satu-satunya anak yang tidak dinikahkan oleh abah..Akak2 aina semuanya abah yang nikahkan..Tapi aina tahu abah redha dengan pernikahan ini coz sebelum nikah, aina selalu mimpi abah sibuk menguruskan majlis anak bongsunya ini..Macam2 abah nak belikan..Hepynya waktu 2 walaupun hanya dalam mimpi..Alfatihan untuk abah dan abah mertuaku..Kami dua2 hanya ada mak & umi..Ibu tunggal yang menguruskan pernikahan anak2 mereka ni..Betapa kuatnya mak & umi melayan kerenah kami kan..Terima kasih mak & umi serta ahli keluarga yang lain..
Saat sahnya bergelar seorang isteri, menitis air mata melihat mak di sisi bersama ahli keluarga yang lain..Kini, tanggungjawabku semakin bertambah..Tanggungjawab sebagai isteri 2 bukan mudah dalam menunaikan hak suaminya sehingga Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya si isteri menjilat darah dan nanah yang keluar daripada badan seorang suami, itu belum tentu lagi dapat menunaikan hak seorang suami..Namun begitu, selagi mana si isteri patuh dan taat kepada suaminya, inshaAllah, masuklah si isteri itu dari mana2 pintu syurga yang disukai..InshaAllah..moga aina dapat menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya..
Alhamdulillah..Allah kurniakan seorang suami yang sangat baik dan selalu mendidik serta menasihati diri ini..Kata-katanya sentiasa menjadi pedoman dalam melayari kehidupan berumah tangga..Sentiasa mengajar diri ini untuk melebihkan suami dari apa2 pun selepas Allah dan Rasul kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami..Itulah pentingnya memilih suami yang beragama..
Buat suami tercinta, terima kasih di atas kasih sayang, pengorbanan, nasihat dan sentiasa sabar melayan karenah isterimu ini..Abanglah pemilik cinta ayang selepas Allah dan Rasul.. :)
Ehem...Jangan jeles ea semua....hehehheee...Jom kawin muda..Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi, namun cukuplah sekadar ini je dulu deh..Nanti ada masa, aina share lagi ea..Macam karangan budak sekolah rendah dah pun..Ada ke orang nak baca..Entry ini ditulis oleh zaujah ammar ibnu hassan, pemilik blog sebenar.. :)
Terima kasih buat semua terutama mak, umi dan family tercinta..Thanks to those yang sudi datang majlis kami :)
Akad nikah
Doa suami isteri seusai akad nikah
sarung cincin dan sesi forografi
bersama mak, umi dan nenek tercinta
kawan2 dari sekolah menengah
kawan2 UPSI
Ada banyak lagi gambar2 family dan kawan2 yang xdiupload..Sikit2 sudah...hehehehe
Asif jiddan
Wassalam