Wednesday, May 29, 2013

KENANGAN TERINDAH

Bismillahhirrahmanirrahim




Menitis air mata saat melihat video ini kembali..Saat yang sangat indah dalam hidupku..Terima ksih ya Allah..Terima kasih di atas kurniaanMu yang sangat berharga..Alhamdulillah :)

14 RABIULAWAL 1434 H : HARI BAHAGIAKU

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat serta salam buat junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda..Alhamdulillah, cuaca yang cukup tenang dan sejuk malam ni..Baru je lepas hujan di bumi murabbi ni..kan3??

Assalamualaikum w.b.t
Actually dalam perancangan nak study ODE yang susah tahap giga tapi rase macam nak menulis pulak malam ni..Ramai yang nak tahu tentang pernikahan aina kan tapi x pernah nak mengupdate dekat blog ni kan..hehehee..Ok lah..Meh nak cite sikit walaupun ianya berlaku 4 bulan 2 hari yang lepas iaitu tanggal 26 Januari 2013 bersamaan 14 Rabiulawal 1434H.

Merancang sebuah perkahwinan sememangnya menguji kita sebagai manusia..Terlalu banyak yang perlu diuruskan dan yang paling menggoyahkan hati ialah bab duit..Mana taknya kan, aina dan suami ni masih lagi belajar..Mana nak dapat duit wat majlis, mas kawin ngan hantaran segala bagai dalam masa yang terdekat ni..Haaaa...2 la dia kalau tiba2 je cakap nak kawin..Mana x terkejut semua orang..

Mertua aina xpernah pun berjumpa dengan aina face to face..Mula2 umi confuse jugak bila satu-satunya anak tunggal lelaki ni cakap nak kawin..Income xde tapi dah nak kawin..2 orang kakak atas suami pun belum kawin lagi tau..Ni tiba2 cakap nak kawin, xke terkejut..Lagi2 xpernah kenal pun siapakah gelarannya aina mardiah basri ni..Namun, percaturan Allah sangat indah..Hanya dengan melihat wajah dan penampilan di dalam gambar, mak, tok ayah n umi setuju dengan pernikahan ini..Family aina pun xde masalah dengan pernikahan ni dengan bantuan along tersayang memujuk emak..hehehheee...Anak bongsu nak kawin ni..Mestilah kena wat grand2..Perlu ke??Aina x cakap pun nak majlis yang grand2 sampai jadi wedding of the year...

Sebelum pernikahan, banyak yang perlu disediakan..Tapi aina wat macam xde ape2 je..Still bersuka ria kat kolej waktu sem 5 walaupun tinggal berapa bulan je lagi nak jadi Puan Aina Mardiah kan..huhuhuuuu...kad kawin pun wat yang simple je..Harganya 0.29 sen..Tempah seribu yang mana ada jemputan untuk dua2 pihak sekali..kan senang gitu..Bagi family aina, alhamdulillah, setiap persediaan berjalan dengan lancar..Semuanya diuruskan oleh mak tercinta dengan bantuan family2 yang lain..

Sebelum mendirikan baitul muslim kerana Allah, pasti ada ujiannya kan..Suami aina waktu 2 menghadapi sedikit masalah kewangan sehingga mahu menjual motornya..Suami sangat risau waktu i2 coz dalam tangannya wang yang ada ialah RM0.00 selepas menghantar wang hantaran kepada aina..Hantaran 2 pun atas kemampuan sebenarnya..Aina & family sedikit pun xkisah tentang hantaran coz sebaik2 mahar ialah mahar yang rendah kan...haaaa, macam mana nak kawin ni kalau xde duit..Perkara yang paling suami risaukan ialah nafkah..Sampailan suami berjumpa bebrapa oarang ustax bertanya kan hal ini...Namun, alhamdulillah..Jika niat kita untuk berkahwin ini berada di landasan yang betul, bantuan daripada Allah akan datang tanpa arah yang disangka-sangka....Pada hari kejadian, ramai yang menghulurkan bantuan kepada suami..Banyak yang sponsor dan berikan sedikit wang..Alhamdulillah..Dalam kesempitan 2 jugak, aina terima berita yang wang dermasiswa anak pahang telah selamat di bank in kan dalam akaun..Then, aina pun p la cek..Ya Allah, banyaknya dapat..Aina bertanya pada sahabat2 yang lain, berapakah jumlah yang mereka peroleh..Rupanya, aina memerima wang tersebut tiga kali ganda lebih banyak dari mereka..Hebatnya percaturan Allah dalam membantu kami untuk pernikahan ini..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..

Majlis di rumah aina bermula pada pukul 11.00 pagi iaitu majlis pernikahan..Tirai untuk majlis dibuat oleh makcik aina dan ianya sangat cantik macam pelangi..hehehehee...Suami aina suka panggil aina pelangi dulu2 tau..Sangat save bajet..Baju aina pulak, pakai yang akak aina je..veil pun sama..Yang aina tambah hanyalah tudung & purdah..Bilik pengantin pun reuse yang akak punye jugak..huhuhuhuuuuu...memang sava bajet la..Suami pulak pakai jubah putih yang mana akan sentiasa digunakan untuk ke surau atau masjid..Rugi dan membazir kan if kita sewa baju & pelamin segala bagai hanya untuk dipakai selama beberapa jam..Aina & suami hanya pakai baju putih dari pagi sampai petang..Xdenye nak tukar2 baju 7 persalinan segala bagai..kan mudah macam 2...

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..Dengan sekali lafaz, aina sah menjadi isteri kepada si pemilik blog ni iaitu En Wan Muhammad 'Ammar bin Wan Hassan..Pak Ngah menjadi wali kepada pernikahan kami..Sungguh sedih bercampur gembira saat itu kerana aina satu-satunya anak yang tidak dinikahkan oleh abah..Akak2 aina semuanya abah yang nikahkan..Tapi aina tahu abah redha dengan pernikahan ini coz sebelum nikah, aina selalu mimpi abah sibuk menguruskan majlis anak bongsunya ini..Macam2 abah nak belikan..Hepynya waktu 2 walaupun hanya dalam mimpi..Alfatihan untuk abah dan abah mertuaku..Kami dua2 hanya ada mak & umi..Ibu tunggal yang menguruskan pernikahan anak2 mereka ni..Betapa kuatnya mak & umi melayan kerenah kami kan..Terima kasih mak & umi serta ahli keluarga yang lain..

Saat sahnya bergelar seorang isteri, menitis air mata melihat mak di sisi bersama ahli keluarga yang lain..Kini, tanggungjawabku semakin bertambah..Tanggungjawab sebagai isteri 2 bukan mudah dalam menunaikan hak suaminya sehingga Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya si isteri menjilat darah dan nanah yang keluar daripada badan seorang suami, itu belum tentu lagi dapat menunaikan hak seorang suami..Namun begitu, selagi mana si isteri patuh dan taat kepada suaminya, inshaAllah, masuklah si isteri itu dari mana2 pintu syurga yang disukai..InshaAllah..moga aina dapat menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya..

Alhamdulillah..Allah kurniakan seorang suami yang sangat baik dan selalu mendidik serta menasihati diri ini..Kata-katanya sentiasa menjadi pedoman dalam melayari kehidupan berumah tangga..Sentiasa mengajar diri ini untuk melebihkan suami dari apa2 pun selepas Allah dan Rasul kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami..Itulah pentingnya memilih suami yang beragama..

Buat suami tercinta, terima kasih di atas kasih sayang, pengorbanan, nasihat dan sentiasa sabar melayan karenah isterimu ini..Abanglah pemilik cinta ayang selepas Allah dan Rasul.. :)

Ehem...Jangan jeles ea semua....hehehheee...Jom kawin muda..Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi, namun cukuplah sekadar ini je dulu deh..Nanti ada masa, aina share lagi ea..Macam karangan budak sekolah rendah dah pun..Ada ke orang nak baca..Entry ini ditulis oleh zaujah ammar ibnu hassan, pemilik blog sebenar.. :)

Terima kasih buat semua terutama mak, umi dan family tercinta..Thanks to those yang sudi datang majlis kami :)

Akad nikah

Doa suami isteri seusai akad nikah

  
sarung cincin dan sesi forografi





bersama mak, umi dan nenek tercinta 


kawan2 dari sekolah menengah



kawan2 UPSI

Ada banyak lagi gambar2 family dan  kawan2 yang xdiupload..Sikit2 sudah...hehehehe

Asif jiddan
Wassalam

Thursday, October 18, 2012

Kisahku Berakhir Disini...


Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Melengkapi hidup kita semua. Ya Rabb.. Sesungguhnya pertemuan yang Kau titipkan ini amat perit untuk aku lepaskan Ya Allah.. Aku pasti dan pasti akan merindui mereka semua.

Seorang pelajar bertanya "Cikgu, sebelum cikgu keluar, buatlah sesuatu jasa atau bakti pada sekolah, barulah kami akan ingat cikgu." Inilah ayat yang membuatkan ana terpanggil untuk menyebarkan agama dan ternyata itulah jasa yang tidak akan mereka lupakan kerana mereka menyatakan aku pembawa perubahan kepada mereka. Wahai pelajarku, itu semua kehendak Allah. Allah menghantar cikgu untuk menegur salah dan silap kamu dalam mencari Allah, maka apabila kamu semua dah sedar, maka Allah akan ambil balik cikgu untuk menyebarkan agama islam ini di tempat yang lain.

Wahai pelajarku, Waktu untuk kita bersama siang dan malam sudah hampir ke penghujungnya. Cikgu sudah tidak sanggup untuk menatap wajah-wajah kalian yang sentiasa mendampingi cikgu.  Demi Allah dan rasul, perit rasanya ingin berpisah dengan kalian, dan cikgu berharap dapat berjumpa dengan kalian nanti apabila kalian semua dah berjaya. Kenangan bersama kalian telah kita ciptakan bersama. Walaupun tidak banyak namun cikgu dapat rasakan kita semua amat rapat. Pemergian cikgu adalah untuk menyambung dakwah ini ditempat yang memerlukan. Jangan lupa untuk terus mencari ilmu. Kepada student cikgu yang baca blog ni, teruskan membaca kerana banyak yang akan cikgu perkatakan dalam blog ini.

Kisah cikgu bersama kalian akan berakhir disini namun ia bukan terkubur sepi. Kamu semua bangkitlah untuk menentang kemungkaran dan melakukan perkara kebaikan. Bagi yang sudah menjaga aurat dengan baik, janganlah kamu membukanya apabila ketiadaan cikgu. Berubahlah kerana Allah bukan kerana cikgu. Wahai pelajarku, belajarlah elok2 agar kalian tidak menyesal kelak. Jangan jadi macam cikgu, dah tua baru nak kenal agama, baru nak jaga sembahyang, baru nak cari ilmu agama, kamu semua masih muda dan sangat elok mencari agama. Cikgu doakan kalian semua dapat keberkatan dari Allah. Ikhlaskan hati dan jadi diri sendir. Maafkan cikgu dan cikgu memaafkan segala kesilapan kamu. Wallahualam bimurodih...

selamat tinggal wahai kenanganku..

Monday, October 8, 2012

Saat Terakhir Di Banting



Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan ana pada hari ini. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kini ana hanya menghitung hari untuk meninggalkan banting yang tercinta. Walaupun hanya 4 bulan bertemu jodoh dengan penduduk banting namun ia tersimpan 1001 kisah suka duka bersama pelajar, penduduk flat, tauke restoran, ahli masjid dan ramai lagi. Apabila ana bertemu dengan imam rumah flat ana, bagai tersekat sekat nafas ni apabila berbicara tentang tarikh pemergian kami bertiga untuk pulang ke tanah air. Jika di sekolah, pasti dikejar budak-budak untuk bertanyakan pelbagai soalan, tentang agama, tentang kepulangan ana, macam2 lagi menyebabkan ana xdapat nak menjawab pertanyaan mereka.

Alhamdulillah, mereka semua mula berubah untuk mencari ilmu agama kerana sebelum ini tidak ada yang mempedulikan perihal amalan mereka. Yang paling susah untuk ana didik adalah apabila menghadapi pelajar yang ada sifat was-was dalam ibadah sampai kena marah dengan ana, kena tungu masa dia ambil wuduk supaya ana ni menjadi penjamin untuk mengatakan wuduknya sah. Jika tidak, dia akan mengulangi sampai 3-4 kali. 1 perkara lagi yang menjadi masalah apabila jawapan kepada soalan yang ditanya adalah berbeza dengan pegangannya sebelum ini sebab menggunakan mazhab lain. Jenuh ana nak menerangkan namun tetap juga mempetahankan. Bagi ana, tidak ada masalah apabila berbeza mazhab, bergantung kepada kita nak guna mazhab yang mana.

Di sekolah ni juga, ana dilabel sebagai penyebar politik apabila memberi ceramah dan ada yang melaporkan. Ana juga tekejut namun bukan takut dengan ancaman namun nak nyatakan disini adalah ana menyatakan yang hak dan menidakkan yang batil. Itu sahaja. Lagipun pelajar sendiri dapat melabel dengan mata kepala diorang sendiri. Ujian sebagai perawat juga banyak diuji sejak duduk di sini. Bermula minggu ke 10, ana banyak diuji dengan kes rasukan dan histeria menyebabkan diri ana yang menjadi mangsa,. Pernah meminta untuk berhenti dengan abang senior, tapi dia suruh ana istiqamah dengan amalan. Untuk sementara ni ana berhenti untuk merawat sebab nak cari penawar kepada diri sendiri.

Berkenaan pelajar yang sentiasa dalam ingatan iaitu pelajar  Farah Dayana, Najwa Alia,Siti Nur Atikah, Naili Hazwani, Nadia Adila, Tan Huay Peng, Tan Chin Yong, Qatrunnada, Syazwan, Azreen, untuk pelajar asrama, Zaid, Syamil, Azrul, Izzat, Faisal, Shazlin, dan ramai lagi cikgu xmampu nak tulis sebab rasa nak nangis.. Cikgu teramat sayangkan kalian sangat2. Kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Maafkan salah silap cikgu terhadap Kalian ye.. Ingat semua pesanan cikgu pada tazkirah terakhir cikgu.. Allahurabbi, sedihnya aku Ya Allah.. Semoga dapat bertemu lagi. Kepada Farah Dayana, tunang cikgu selalu kirim salam kat farah. Farah kena kuat semangat agar tidak dirasuk lagi. Kita kena ingat, makin rapat kita dengan Allah, makin kuat kena ganggu,. Teruskan berdoa ye Farah Dayana. Semoga cikgu dapat anak murid yang baik seperti Farah dalam masa yang akan datang.


Student kesayangan cikgu, dari kiri: Qatrunnada, Farah Dayana, Najwa Alia dan Nadia Adila

Ya Allah, Pertemuan yang Engkau titipkan ini pertemuan ini suatu ketetapan untuk kami mendekatiMu, Engkau pisahkan kami sebagai pelengkap untuk kami lebih dekat denganMu Ya Allah. Aku mencintai dan menyayangi mereka semua keranaMu Ya Allah maka Kau lindungi mereka semua Ya Allah.. Amin Ya Rabb..

Wednesday, October 3, 2012

tangisan Perpisahan

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat.. Selawat serta salam kepada our beloved Prophet Muhammad SAW.. Sesungguhnya kami amat merindui kamu wahai Rasulullah..

Tangisan perpisahan adalah nukilan terbaru yang diilhamkan apabila ana melangkah keluar dari makmal menandakan berakhirnya kelas kimia pada sekolah ini diiringi tangisan pelajar yang betul2 menghargai penat lelah seorang guru. Allahurabbi.. Walaupun mereka berbeza agama namun tangisan itu menjadikan diri ini makin berat untuk ana melangkah keluar dari sekolah ini. Ramai yang mempelawa untuk memberi tazkirah dan kuliah muslimin - muslimat di asrama. Namun riak wajah yang sedih terpancar dari wajah mereka..

Segala ilmu yang diajarkan dalam kelas mahupun luar kelas telah ana halalkan. Tinggal sudah untuk kamu semua amalkan ilmu tersebut wahai anak muridku.. Cikgu amat-amat menyayangi kalian semua. Lagi seidh apabila seorang pelajar menulis puisi didalam blognya klik disini cukup menggambarkan bahawa mereka mendambakan ilmu agama. Cuma tidak ada yang menyampaikan. Alhamdulillah Allah memilih ana untuk lakukan tugas tersebut dan sedaya upaya untuk mengajar ilmu agama agar kalian semua mengerti..

Kepada semua pelajar yang ana kasihi, jika kalian menyayangi cikgu, nescaya cikgu akan mati.. Jika kalian menyayangi Allah, maka tidak ada kerugian dalam hidup kalian. Amalkan segala ilmu yang diajar dan carilah ilmu dengan lebih mendalam wahai pelajarku..

Salam sayang dari cikgu Ammar


Saturday, September 22, 2012

Teguran itu dari Allah


sesi ceramah perdana untuk pelajar asrama smk telok datok
Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Alhamdulillah ana masih lagi diberi kekuatan untuk terus berdakwah kepada sekalian  manusia yang diberikan akal dan fikiran. Teguran itu sebenarnya daripada Allah. Itu tajuk entry kali ini. Semoga apa yang disampaikan ni dapat memuaskan hati semua pihak.

Sekarang ini Nabi kita dihina sewenang wenangnya oleh orang kafir secara terang-terangan. Semua umat islam sedang marah pada ketika ini. Alhamdulillah, ramai yang turun berdemonstrasi di merata-rata tempat. Memang betul tindakan kita cumanya kita ni sedang diketawakan oleh orang kafir sebabnya kita tinggalkan sunnah nabi, ajaran nabi kita jauh sebab itu lah Allah memberi teguran melalui penghinaan terhadap nabi kita. Itu tandanya kita telah jauh daripada Rasulullah. Nabi kita xsuruh kamu semua bangkitkan kemarahan kamu sebab orang kafir ni daripada dulu sampai kiamat akan menghina nabi kita. Kita ni yang perlu tengok diri kita ni sebab kita ni umat nabi. Nabi suruh kita amalkan sunnah kita duk menari Oppa Gangnam style.

sesi soal jawab bersama pelajar

Ana cukup terkejut, ada satu parti politik yang selama ni duk menentang hudud tiba2 keluar menyuarakan kemarahan tentang filem Innocent Of Muslim. Sepatutnya, kamu marah diri kamu terlebih dahulu, orang buat demo, kita berdemo, bila nak laksana hudud, haramkan arak, buat tak tahu je. Jika macam ni umat nabi, maka tunggulah balasan Allah apabila dibangkitkan kelak. Allahurabbi. Sebab tu apabila keluar penghinaan pada nabi kita, marahkan diri kita terlebih dahulu, sebab kita yang xkenal nabi, kita xikut cara nabi, kita tinggalkan ajaran nabi. kita xselawat pada nabi, sebab tu musuh islam ambil peluang untuk memecahbelahkan umat islam. Ni yang kita perlu renungkan kembali. Tentang penghinaan tentang nabi itu sebenarnya daripada mula2 nabi dilantik menjadi rasul lg. Jadi kita doakan agar kita dibukakan pintu hati untuk menyayangi nabi kita. InsyaAllah, umat nabi Muhammad akan jadi kuat. Percayalah, islam akan menang dangan kemenangan yang hakiki.

Di kesempatan ini, ana ingin mohon maaf sekiranya sebelum ini ana banyak post tentang cinta ana kepada tunang ana. Allahurabbi, ada yang menegur ana dan insyaAllah tidak ada lg entry melibatkan perasaan sebaliknya ana akan sebarkan dakwah ini samapai mati. Terima kasih Ya Allah kerana menghantar seorang hamba untuk menegur kesilapanku. Wallahualam bimurodih...

Pendakwah bebas pejuang agama kepada geng anak muda.. InsyaAllah

Monday, September 17, 2012

Pelangi.. episod 2

Keluarga Ibnu Hassan yg menjadi tulang belakang ana.. Berkati mereka Ya Allah..

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW. Mood ana amat ok sekarang ni alhamdulillah sb Allah ni sgt baik. Semalam Allah turunkan hujan selebat-lebatnya diiringi kesedihan ana dgn hati yg penuh dgn kebusukan dan kejahatan. Allahurabbi.. Namun Allah hadirkan mimpi yg seronok pd ana. Mimpikan ustaz azhar idrus dan mimpikan yg indah je. Itulah pelangi yg ana mksudkan.

Em asyik tajuk pelangi je blog ni. bosan betul.. hehehe.. Ana pun xthu nape ana suka sgt kt pelangi. Mgkin ana berkongsi minat yg sama dgn bakal zaujah.. Dalam Al Quran juga ade menyebut ttg pelangi sebanyak 7 Kali.. Allahurabbi.. Pelangi disebut (alwan)..Klik disini Ana nk panggil bakal zaujah ana iaitu Aina Alwan.. maksudnya mata yang cantik berwarna warni ( pelangi). Alhamdulillah, semoga urusan perkawinan ana berjalan dengan lancar..

Kepada sahabat2 yg menyokong dan memberi sokongan ana mengalu-alukan kalian semua ke majlis ana cuma ana xofficially umumkan tarikh sebab kad sedang dalam proses penempahan. Cik pelangi pun sibuk dgn belajar dan ana xnk ggu die punya pelajaran. Kepada para pembaca, ana sekadar berkongsi suka duka dalam bergelar hamba Allah yg diredhai.

Ana selalu menulis apa yang ana rasa perlu kerana ana xnk ada lg fitnah atau cerita kurang enak untuk didengar. Ana bukan nk agungkan bakal isteri ana tp ni kenyataan yg ana hadapi. Cik pelangi ni mmg amat sabar dan tabah. Dia mampu buat keputusan dgn baik dan mampu menasihati ana walaupun ana ni terlalu tinggi egonya. Setiap nasihat yang disampaikan ana akan baca dan baca sampai Allah buka pintu hati ana untuk berlapang dada dgn semua dugaan

Kepada sahabat2 yang masih takut untuk menyuarakan hasrat untuk berkawin, tidak usah takut kerana apabila niat kita betul pasti Allah bantu. Sblm ni ana susah n tkt nk beritahu umi tp apabila ana dah set matlamat ana, semua jadi mudah walaupun pada awalnya umi xsetuju. Apabila dipujuk, semua jd mudah.. Ana yakin apabila kesusahan yg kita hadapi pada awalnya pasti ada kesenangan. Sekarang umi pulak tanya baju pengantin nak warna apa, hantaran macam mana, cincin nati cari kat kelantan ye dgn umi nnti. Ana cukup terharu.. Jika soal duit yg dirisaukan, percayalah, jika kita yakin dgn Allah, xde sebarang masalah pun.

Pesan bakal biras ana (suami kpd kakal bakal isteri ana), tetapkan tujuan kita kawin iaitu ada tiga, jika tujuan ni btul maka bantuan Allah akan tiba dr arah yang xdisangka-sangka. Yang pertama adlh, ikut sunnah nabi, kedua nak elakkan maksiat dan ketiga adlah nk ramaikan umat nabi Muhammad. Ini pesanan yg ana akan igt sampai bila2 dan ini jugalah penguat cinta ana pd Allah dan rasul. Selain 2, hubungan dgn keluarga ana makin rapat sb dan rase tggjawb sbg seorang suami.

Ana harap perkawinan ni kekal sampai ke syurga dan ana nk cik pelangi akan menemani ana sampai akhir hayat ana dalam memperjuangkan agama Allah.. Takbir!!! ALLAHUAKBAR!!!!

Pelangi... Noah Band



Pelangi bawalah diriku pergi cari

Carikan cinta sejati dan ku simpan dalam hati



Wajahmu selalu hadir disini
Tetaplah hadir disini walaupun hanya dalam mimpi
Senyummu cerahkan hati gelapku
Indahkan pandangan cinta
Ku saat kau disini



Dan biarkan teruslah ku mencuba
Biarkan terus ku mencuba
Menjadi milikmu
Walau itu sungguh jauh




Pelangi bawalah diriku pergi cari
Carikan cinta sejati dan ku simpan dalam hati
Hanya kau yang sanggup menenangkan hatiku
Cerahkan indah duniaku
Saat kau disini



Wajahmu selalu hadir disini
Tetaplah hadir disini walaupun hanya dalam mimpi

Friday, September 14, 2012

Pelangi...

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.. Segala puji bg Allah yg masih lg menerima taubat hambaNya yg penuh dgn dosa dan noda.. Allahurabbi.. rasa berdosa sgt pd manusia disekeliling aku Ya Rabb.. Mengapa ade saja hati ni yg xpuas hati dengan manusia yang lain.. Adakah hati ni masih jahat dan tidak dihiasi dgn nur Al Quran yg ditinggalkan oleh kekasih agung. 

Hari ni saje je nk update blog tentang pelangi.. Siapa yang xsuka tgk pelangi yang berwarna warni. Allah ni cukup baik, apabila Die menurunkan hujan, kemudian mentari muncul kembali lalu cahaya dibiaskan pada air hujan dan muncul pelangi yang amat indah.. Ana sgt suka pelangi begitu jga dgn kalian kan? Apabila sebut pasal pelangi, semua org akan jadi berbunga-bunga dan tenang perasaannya sb ia simbol pada ketenangan dan kecantikan.

Ana nk sgt tgk pelangi berkembar untuk kedua kali sb ana pernah tgk pelangi tersebut di melaka mase duk di matrikulasi. Dan kali ni ana nk tgk dgn isteri ana nanti insyaAllah sb satu untuk ana dan satu untuk dia.. Mesti tersenyum lau bakal isteri ana baca ni.. Suka la tuu... Macam cerita Nora Elena plak... Dialog dlm cter tu pun ana ingat, "Allah turunkan hujan untuk beri kita pelangi yang indah dan semoga Allah memberi kebahagiaan kepada kita.. 

Akhir sekali, apabila anda melihat sesuatu ciptaan Allah, maka ucapkan Alhamdulillah tanda kesyukuran sb dpt melihat nikmat Allah.. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah, namun Allah hadiahkan kita untuk melihat kehebatanNya untuk kita kenal Pencipta kita Yang Maha Agung... I love U Allah... 

 Cikgu pun main air.. gambar di sekolah sebelum mengecat tugu..

Thursday, September 13, 2012

Aku juga punyai perasaan...



Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, sekali lg ana terpanggil untuk menulis entry utk mengelakkan diri dr tomahan yg dtg melulu kerana ati ini ingin memaafkan. Pernah satu ketika dulu ana menabur janji kepada org yg bersama ana namun ana xtepati janji itu kerana ia xsama dgn perancangan Allah. Ana xmampu melawan apa yg ana rencanakan sebelum ini kerana sifat iradatNya menghapuskan rancangan2 manusia yg bertentangan dgn rancangan Allah yan Maha Sempurna.

Cinta itu fitrah, namun ana cuba untuk ketepikannya pada satu ketika namun Allah ni tahu kelemahan ana lalu digerakkan hati untuk melakukan istiqarah ttg cinta yang harus dipilih. Allah ni kenal dgn kita walaupun kita cuba lwn ftrah untuk cari cinta Allah. Malah ana hmpir kecundang dgn apa yg ana lakukan bahkan makin jauh dgn Allah. Lalu dijentik hati ni dgn sedikit nur yg ada utk kembali ke pangkal jalan dan memohon pertolongan.

Allah hadirkan seorang wanita yg xdisangka-sangka muncul dalam istiqarah namun tkt untuk nyatakan kerana khuatir akan dituduh ingkar pd janji. Lalu dihadirkan mmpi kedua untuk teruskan juga dan semua menjadi mudah tentang urusan perkawinan. Ramai yg tuduh ana mainkan perasaan org tanpa memikirkan hikmah yg akan dtg. dituduh, ditomah pelbagai tomahan namun telan juga walaupun pahit. Ditulis di dalam blog,fb,dicerita mulut ke mulut untuk diketahui umum supaya ana bertambah malu dan dianggap jahat dan pengkhianat namun Allah itu adil sb Dia tahu siapa ana. Yg berlalu biarkan berlalu, trima apa yang ditetapkan. Selagi mana kita menceritakan keburukan org, itu sebenarnya lambang hati kita. Mengadu pada Allah, sb Allah Maha mendengar. Rasulullah bersabda, barangsiapa menceritakan keburukan yang dilakukan seseorang   sesungguhnya orang yg menceritakan itu tidak akan mati sehingga dia lakukan perkara yg sama.

Hanya Allah sahaja yg tahu betapa bersalah ana terhadap org yg ana sakiti tp percayalah itu bukan urusan kita untuk menahan semua tu.. Sama2 memohon kemaafan dan demi Allah dan rasul, ana buat semua ini untuk kebaikan bersama. Dan ingatlah, orang yg kamu cerca juga ade perasaan dan ade doa sbagai senjata..Wallahualam bimurodih..

tragedi 12 September

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yang melindungi ana setiap masa.. Subhanallah, banyak nikmat yg ana kufurkan dan tidak bersyukur pada-Nya.. Alhamdulillah tinggal lg sebulan untuk menamatkan praktikum di Smk Telok Datok Banting. Pelbagai cerita suka dan duka yang ana hadapi disini. Namun Allah xbiarkan ana sorang2, apabila ana hanyut, pasti Allah akan hadirkan seorang insan soleh yg akn tegur ana.

Tragedi 12 September adlah 1 titik hitam yg tercalit pada Smk Sekolah apabila sekolah ni diisyhtihar darurat dan keadaan sekolah cukup huru hara. Bermula pada jam 10.30 pagi, mase 2 duk lepak dalam bilik guru sebab xde klas. Tiba2 sekolah dikejutkan dgn suara seorang pelajar meraung seolah-olah kna histeria. Ana bergegas ke sana rupanya mmg btl pelajar ana yg kena rasuk. Berbekalkan ilmu yg dipelajari di Upsi, ana cuba merawat dgn berdialog. Jin tersebut hmpir keluar kmudian seorg uru senior yg jgk ade kpakaran yg sama take over dan kluarkan secara pksa. Maka jin td telah berdendam dgn ana lalu die menyerang pelajar lain di kelas sebelah. Ana bergegas pergi tgk kemudian cuba merawat, selepas itu, guru senior take over jgk, sb ana dh kepenatan, kmudian jin tesebut menyerang 3 org pelajar form 5 yg tgh exam kimia. Ana berlari pergi tgk pelajar form 5. Sempat kuatkan semangat budak2 kerana tgh menagis. Tiba2 pelajar lelaki kelas yg sama  mengamuk dgn menumbuk dinding, baling kerusi meja hbs die serang kwn2 die. Kemudian setelah ditenangkan, kemuncak kpd tragedi semalam adalah apabila anak murid kesayangan ana juga terkena iaitu farah dayana.. Die yg paling baik drp pelajar lain.. Tp Allah uji die tanda Allah sayangkan die..

Masa 2 la jin tersebut menyatakann bahawa die tertipu dgn ana sb xtepati janji. Ana xsampai hati tgk die kemudian cuba sedaya upaya utk rawat tetapi xberjaya. 1 ketika air mata kekecewaan xdpt dibendung lg kemudian ana mohon kpda Allah, bantulah aku ya Rabb. Ana kol pengasas darul syifa utk dtg bantu alhamdulillah, bantuan Allah sampai. Ana tgk je student yg plg rapat ngn ana kt sini dirawat. Sayu sgt tgk die.. Dlm ati ana hanya pk ini adalah dosa akibat kite semua pada Allah.. Pengalaman yg xdpt ana lupakan sepanjang menghadapi praktikum. Pg ni, ana dtg trus cari student kesayangan ana n tanye keadaan die. Alhamdulillah, die kembali ceria. Semua yg kena serang adalah student yg rapat ngn ana. Dan kemuncaknya adalah pd student kesayangan ana. Maafkan cikgu.. ni semua salah cikgu.. Moga kamu semua dilindungi Allah..


Tuesday, September 11, 2012

Dedikasi untuk zaujah



Dan terjadi lagi kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi dari cinta rumit yang kau jalani
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari cintamu bukanlah dia
Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Kerana separuh aku dirimu


Ku ada di sini, pahamilah kau tak pernah sendiri
Kerana aku selalu di dekatmu saat engkau terjatuh
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau fahami cintamu bukanlah dia

Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Kerana separuh aku dirimu


Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Kerana separuh aku, menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Kerana separuh aku dirimu

Wednesday, September 5, 2012

Entry Khas: Buatmu Zaujah

Tidak pernah terdetik dihati ini bahawa 
kamu adalah pilihan Allah untukku,
disaat aku alpa dalam percintaan yang sia-sia
kau hadir dalam istiqarahku 
walaupun aku tidak memilihmu.

Aku terus menerus mencari kepastian, namun 
kau jua yang hadir dalam segenap mimpiku.
Lalu digerakkan hati untuk bertanya tentang dirimu,
rupanya kamu juga mimpikan yang sama.
Allahurabbi, percaturan yang tidak pernah aku duga,
dalam diam, kau menyimpan rapi perasaanmu.
sedikit pun kau tidak luahkan kerana
kau fikir aku milik orang lain.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan,
hubungan kita dikuatkan dengan tali pertunangan,
semua menjadi mudah dan tidak ada resah dihatiku..
Kehadiranmu bagai melengkapkan diriku,
walaupun aku akan dikecam hebat, namun kau tetap bersamaku.
Kenangan aku dengan mu hanyalah setitik air di lautan luas
kerana aku yakin kau persiapkan diri untuk melayari 
bahtera bersamaku. Ramai yang bertanya gerangan dirimu
namun ia masih tersimpan rapi kerana aku takut
untuk hebahkan. Kerana aku takut kehilangan dirimu.

Restu keluarga telah dicapai bersama,
tinggal sudah menunggu saat bahagia apabila
kita diijabqabulkan dalam gerbang perkawinan
maka terlerai sudah yang haram menjadi halal untukku.
Semoga kamu menjadi muslimah sejati pilihan Allah 
yang paling sempurna untukku..
Khas buatmu wahai bakal isteriku..

nukilan Ibnu Hassan

Bakal Zaujah Ibnu Hassan

Tuesday, August 28, 2012

15 Perkara Mengundang Bala Allah


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat
 lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun 
mereka akan dirobah menjadi makhluk lain

Antara punca lain:-

* Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam
tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
* Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
* Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
* Terlampau mewah.
* Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak
* Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
* Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
* Bangunan pencakar langit
* Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.

Nau’dzubillahi min dzalik..

Wednesday, August 15, 2012

Kemenanganku.. Kelahiranku.. Episod 2



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt sahabat sahabiah ana yg berada dalam bumi Allah yg Maha luas.. Alhamdulillah ana diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai seorang pendakwah yang diredhai oleh Allah. Alhamdulillah, dh setahun dh umur blog ni.. Pelbagai cerita suka dan duka yg ana lalui bersama org2 yg berkaitan. Pelbagai dosa yg berlumuran pada batang tubuh yg kerdil ni.Tp Allah ttp memberi nikmat tnpa mengurangkan sikit pun nikmat malah ditambah pelbagai nikmat lg. Allahurabbi...

Kemenanganku kelahiranku yg ke 22.. Kemenangan yg dimaksudkan adalah kita dh berada di ambang eidul fitri. Kelahiran pula adlah ana dilahirkan pada 30 ramadhan. 1 hari sebelum hari raya.. Huhuhu.. Umi ana cter, nurse yg sambut ana tu ckp, letak la nama Aidilfitri.. huhuhu.. Disini ana cter asal usul hari raya eidul fitri.. sebutan sebenarnya adalah EIDULFITRI bkn Aidilfitri.. Tp bkn berdosa kte menyebut aidilfitri cuma dalam bhsa arab adlh salah. Perayaan ini disambut apabila Nabi Muhammad sampai di madinah, penduduk madinah merayakan perayaan nenek moyang mereka yg penuh dgn maksiat dan hiburan kemudian Nabi Muhammad berkata adakah kalian mahu aku menukarkan perayaan kamu ini kepada perayaan yg berbentuk ibadah? Maka mereka bersetuju, maka peristiwa itu dikatakan perayaan eidulfitri.

Hari raya kali ni ana harap ana tidak melakukan  dosa2 di pagi Syawal. Semoga hari jadi ana kali ni lebih bermakna drp tahun lepas.. Tarbiah ramadhan kali ni jauh berbeza dr tahun lps. Jika tahun lps boleh belajar agama pd bulan puasa, thn ni Allah suh mengajar ape yg ana blajar thn lps. Malah Allah mengajar erti ikhlas dlm kehidupan. Saat ini manusia memuliakan ana disekolah dgn panggilan Ustaz Ammar Idrus.. Allahurabbi.. Ni kes sb ana byk meniru cara ustaz yg dicintai ramai iaitu Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dlm tazkirah ana di sekolah.. Bkn itu ana mahu, tetapi ana nk mereka membesarkan Allah melebihi dunia dan seisinya.

Semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan. Ana pernah digelar sebagai lelaki acuan Al Quran walaupun jauh sekali ana dgn al Quran. Org gelarkan ustaz ammar idrus walaupun ana manusia plg jahil dan jahat pada Allah. Allah sgt baik dgn kita tetapi kita yg lupa apa yg Allah kurniakan.. Allah, maafkan aku.. Doakan ana wahai sahabat sekalian. Di kesempatan ini ana mohon maaf kepada semua orang yg mengenali ana, semua org yg ana pernah buat dosa dan ana memaafkan semua yg pernah menyakiti hati ini.. Selamat hari raya semua. Maaf Zahir dan Batin.. Malam ni balik Kampung.. huhuhu.. Semoga jumpa lg jika panjang umur. Assalamualaikum... Wallahualam bimurodih..

Tuesday, August 14, 2012

tangisan perpisahan ramadhan


                                            gmbar zaman botak dulu2.. hehehe..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian..

Apakah kita termasuk orang yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan?

Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu yang kita lalui bersamanya.

Inilah :
  1. Masa-masa bahagia.
  2. Masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah swt.
  3. Masa-masa kedamaian.
Di mana ianya belum tentu kita temui ketika ia tidak bersama kita lagi.

Hiruplah dalam-dalam udara malam-malamnya.

Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya.

Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan.
  1. Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita.
  2. Perpisahan dengan bulan yang paling dirindui yang keutamaannya tidak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup ini.
Jika Rasulullah saw bersabda :

“Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan”. (HR Ibnu Khuzaimah)

Maka, berpisah dengan bulan ini bererti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat kali ganda.

Jika Rasulullah saw bersabda :

“Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti terhapusnya dua momentum kegembiraan di kala berbuka puasa itu.
Jika Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa kerana keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)

Maka, perpisahan dengan bulan ini bererti hilangnya kesempatan kita untuk memperolehi keampunan Allah swt terhadap dosa-dosa kita yang menggunung.

Jika Rasululah saw bersabda :

“Barangsiapa yang menunaikan Qiyamullail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka selesainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah petanda lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan solat malam dengan jaminan pahala ampunan di atas dosa dan kekhilafan yang kita sudah tenggelam di dalamnya.

Jika Rasulullah saw bersabda :

“Siapa sahaja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk (HR Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nasai’e dan Ibnu Majah)

Lalu bagaimana dengan kualiti ibadah solat tarawih yang sudah kita lakukan?

Perpisahan dengan bulan suci ini bererti juga kita akan kehilangan pahala solat tarawih iaitu kehilangan pahala semalam suntuk.

Para salafussoleh, selama bulan ini berlumba-lumba memperbanyakkan membaca Al Qur’an.

Malaikat Jibril memperdengarkan Al Qur’an kepada Rasulullah saw pada bulan Ramadhan.

Utsman bin Affan mengkhatamkan Al Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan.

Sebahagian salafussoleh mengkhatamkan Al Qur’an dalam solat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali.

Mereka sentiasa membaca Al Qur’an samada di dalam solat ataupun di luar solat.

Imam Asy-Syafi’ie dapat mengkhatamkan Al Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan.

Sementara Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali.

Qatadah sentiasa mengkhatamkannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali manakala pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap malam.

Pada bulan Ramadhan, Imam Az-Zuhri menutup majlis-majlis hadits dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya kerana semata-mata mengkhususkan diri membaca Al Qur’an dari mushaf.

Bagi Imam Ats Tsauri pula, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al Qur’an.

Jika mereka demikian tingginya semangat dan mujahadahnya dalam membaca Al Qur’an di bulan ini, maka bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan?

Apabila Ramadhan berlalu, ia bererti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperolehi barakah istimewa dari membaca Al Qur’an di bulan ini.

Jika Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al-Qadr : 1-3).

Rasulullah saw sentiasa mencari malam Al Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya.
Baginda membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadr.

Dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.”

Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadr, malam yang telah  dimuliakan dan diangkat darjatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, bererti terlepasnya kesempatan yang tidak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun.

Ia bererti, lenyapnya kesempatan kita untuk memperolehi keuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih lama berbanding dengan usia kita sendiri.

Oleh yang demikian :
  1. Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini.
  2. Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini.
  3. Lantunkan zikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini.
  4. Buanglah kepenatan, hilangkan rasa letih, dan paksalah diri ini hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan yang penuh kemuliaan.
Kejarlah segala yang terluput dari diri kita sebelum ini pada malam Al Qadr dan jangan ditunda-tunda lagi.

Menangislah!!!  kerana kita pun semestinya akan berpisah dengan bulan ini.

Ya Allah, kurniankanlah kepada kami malam Al Qadr yang akan menjadi wasilah untuk kami mendapat keampunan dariMu dari segala dosa-dosa samada yang besar atau kecil, yang awal dan akhir, yang terang dan tersembunyi dan panjangkanlah umur kami sehingga kami dapat bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.

Ameen Ya Rabbal Alameen

                                  Moga menjadi seorang pendakwah yang diredhai..

Monday, August 13, 2012

Pengalaman Baru

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mempunyai sifat kamalat. Mahasuci Allah yang memelihata hamba-hambaNya tanpa lalai.. Apa khabar sahabat-sahabiah ana semua? Pertama sekali marilah sama2 kita sedekahkan al Fatihah kepada arwah Basri Bin Nasir iaitu ayah kepada salah seorang sahabat ana yang pergi menemui Allah pada 16 ramadan yang lalu..

Em.. cer tgk tajuk jap... huhuhu.. Pengalaman baru??? ape yang baru ye? Byk yg nk diperkatakan ttg pengalaman baru kt Banting ni. Sepanjang menjalani praktikum, banyak betul yg ana belajar, mengajar, diajar dan kurang ajar. huhuhu.. Ape nk jd ngn ibnu Hassan ni..

Belajar..
Ana belajar banyak benda sekarang ni. belajar bagaimana ingin menjadi seorang guru yg ikhlas dalam mengajar atau menyebarkan ilmu. Pada awal praktikum, ana hanya pk nk cp hbs mengajar dan nk dpt A praktikum, tp, lps jumpa muka suci anak2 murid, ati ni mula menjadi lembut dan sedikit sebanyak mula minat untuk mengajar kerana ini cita2 ana. Bukan lg kerana gred, ini adalah ikhlas kerana Allah. Ana jatuh cinta pada bidang yang ana ceburri walaupun byk kepahitan tp Allah selitkan kemanisan yg amat berharga.. Ana juga belajar solat jenazah yg lama sgt ana nk pandai. Allah tarbiah slow2. Thank you Allah. walaupun pertama kali bcaan xigt sgt, tp itulah penggerak utk ana belajar. Ana juga belajar mengimamkan solat terawih yg selama ni ana asyik mengelak. tp dorongan Pak Lang, jiran ana yg byk bg galakan, Alhamdulillah ana menggalas amanah yg diberikan oleh Allah. Semua itu pilihan Allah.

Mengajar
Mcm biasa la ana ni mengajar kimia kt smk telok datok. Cuma ana dipilih ustaz2 kt sini tuk bg tazkirah pd bdk2 selepas bca al mathurat. hehehe bkn mengajar tp duk melawak je ngn bdk2. adoi, kerana anak murid ana lg hbat agamanya..

Diajar
jika cter yg diajar, mmg byk la ana diajar oleh ramai org dan yg plg utama diajar oleh Allah.. banyak peristiwa yg berlaku kt sini. Namun Allah maha melindungi. ana juga diajar untuk bersabar. Ana terkilan sb lately entry ana ttg perkahwinan, namun ade juga yg ckp xperlu semua tu. sb dalam perancangan lg. Ana th ape yg ana buat. Ade org dlu pkai purdah kemudian die buka, pasti ade sb die kmbali buka purdahnya. Kita bukan tuhan nk hukum org sewenang wenangnye. Biarkan ape yg org lakukan sb pasti ade sebab die nyatakan sedemikian. Better pergi tegur muslimin n muslimat duk berbalas komen di fb dimana dijadikan tatapan umum. tidak pula dihiraukan. Ini Allah ajar ana utk nampak apa yg elok n ape yg tidak elok pd seseorg itu. Ana merancang dan jika dizinkan oleh Allah maka bnda tu akan berlaku. Ana memberitahu berita gembira ini pada sahabat sahabiah utk didoakan bersama.

Kurang Ajar
Em cter ttg kurang ajar ni mmg agak kurang sopan. huhuhu.. masing2 pernah kurang ajar. Student ana pun bnyak yg kurang ajar. Ana tidak salahkan mereka kerana, what you give, you will get back. ni mungkin khilaf ana pd guru2 ana dulu dan ana kena blk ble bergelar guru praktikal. Allahurabbi.. jahatnya aku.. moga2 ana bersabar dgn ape yg diberikan.. Wallahualam bimurodih...




Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...