Tuesday, March 20, 2012

Ya Allah, Bilakah Doaku Akan Dimakbulkan?

Nabi Ibrahim Khalilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengambalaan ternakannya di sebuah bukit di baitul maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka.
Ibrahim bertanya, “ Hari apakah yang peling mulia?”
Ahli ibadah menjawab, “ Hari pembalasan ketika manusia dibalas, antara satu dan sebahagian yang lain.”
“Apakah engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan hari itu?” ungkap Ibrahim.
“Janganlah engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak 30 tahun silam, tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan.” Jawabnya.
“Apakah engkau mahu aku jelaskan tentang sesuatu yang mengekang doamu?”
Ahli ibadah itu menjawab, “Ya.”
“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hambanya, nescaya Dia akan menahan doanya agar dia selalu bermunajat, mengiba, dan memohon kepada-Nya. Sementara itu, jika Dia marah kepada seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau menghunjamkan keputusan di dalam hatinya.”
Jika doa seorang hamba selalu dikabulkan setiap kali dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa kerana dia seorang hamba dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.
(Al Syaikh Al Baha’i)

Friday, March 16, 2012

bagaimana untuk bercinta kerana Allah

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”
Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.
Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.
Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.
Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.
FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)
Dipetik dari kitab An-Nashaihu ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah: Saiyidina Ghautsul Anam Wa-Dairah Quthubi Rahal Islam Imam Habib Abdullah al-Haddad al-Alawi al-Husaini al-Hadhrami as-Syafie.

Tuesday, January 10, 2012

salah sangka

Assalamualaukum untuk sahabat2 ana yang dikasihi.. Bersyukur pada Allah yang sentiasa memberi nikmat pada hambaNya.. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, di kesempatan waktu yg ade ana mahu coretkan sedikit tentang buruk sangka atau salah sangka tentang seseorang. Pasti ramai yg pernah salah sangka pada seseorang tidak lari juga dgn ana. Namu apabila mohon petunjuk, maka kita yg bersalah akibat salah sangka tadi.

Hakikat manusia ni nk ada bukti dpn mata baru nk percaya. Kdg2 ana rase sedih ape yg kita sampaikn disalah erti oleh org lain. Apabila org dalam kesusahan ana cuba nk tlg tp org lain yg lg cpt dtg menolong. Maka ana dianggap sebagai xboleh diharap. Pernah terjadi pada tahun lepas, sahabat ana yg keluar untuk membeli nasi lemak, pas 2 motor die bocor. Dia kol ana tuk mnta tlg mase awl pagi. Ana pun pergi mandi dlu n ana bergegas ke tempat yg dimaksudkan. Rupanya die dh mnta tlg dgn org lain. Dia igt ana xmahu tlg sedangkan ana lewat sikit je. Jadi lepas bertanya dgn makcik jual nasi lemak, makcik tu ckp la dh ade org tlg. Alhamdulillah jika mcm 2 tp ana tahu hakikatnya diorg kecewa ngn ana. Untuk sahabatku, ana mohon maaf jika ana terlambat tp sekurang kurangnya ana cuba tuk bantu..

Pas 2 ade sorg lg kwn ana mnta nk pinjam helmet, die kol tp ana xjwb sb ana duk bawa mtor. Ana pun kol balik tnye kenapa, die trus ckp, td nk pnjam helmet, tp xpela, p la tido. ko nk tido kan, aku dh pnjam org len punye. Ana tersentak, nk mnta tlg tp still duk salah sgka sdgkan ana pergi htr kalkulator pada kwn ana sb die exam. Mase on da way blk, ana mohon pada Allah, Ya Allah, tunjukkan pada sahabt aku ni bhawa aku ni di pihak benar. Mka kami terserempak, dan rupa-rupanya die memerlukan satu lg helmet. Maka dgn muka yg agk malu die pgl aku dan aku memberinya dgn senyuman.. Cantikkan percaturan Allah.. Apabila kita dipihak benar, jgn sesekali merungut kerana ada hikmah yg menanti yg lebih manis drpada madu.. Sekadar coretan dikala ana sedih.. Wallahualam bimurodih..

                              Allah turunkan hujan untuk beri kita pelangi yang indah..

Friday, January 6, 2012

Impian Anak Kecil.. Sedih..

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”
~Ustazah Norhafizah Musa.
*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.
CREDIT TO: Entry ni dipetik dari Blog Cahaya Islam Yang Dipetik Dari FB Siti Khadijah

Thursday, January 5, 2012

Ibnu Hassan Suka Lagu ini....

wanita Tua yang berbicara hanya dengan ayat Al - Quran

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta’ala :
Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah saw. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.
Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.
Abdullah : “Assalamu’alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh.”
Wanita tua :
Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 56)
Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua :
Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya. (Al-A’raaf 186)
Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.
Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”
Wanita tua :
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). (Al-Israa’ 1)
Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.
Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”
Wanita tua :
Selama tiga malam dalam keadaan sihat. (Maryam 10)
Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”
Wanita tua :
Dialah Allah pemberi aku makan dan minum. (Asy-Syu’araa’ 79)
Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”
Wanita tua :
Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih. (Al Maaidah 6)
Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?”
Wanita tua :
Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib. (Al- Baqarah 187)
Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua :
Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al- Baqarah 184)
Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua :
Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid. (Qaaf 18)
Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua :
Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan. (Al-Israa’ 36)
Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”
Wanita tua :
Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf 92)
Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan.”
Wanita tua :
Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah. (Al-Baqarah 197)
Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :
Wanita tua :
Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka. (An-Nuur 30)
Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku.
Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.
Wanita tua :
Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri. (Asy-Syuura 30)
Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.
Wanita tua :
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. (Az-Zukhruf 13-14)
Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.
Wanita tua :
Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu. (Luqman 19)
Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair
Wanita tua :
Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an. (Al-Muzzammil 20)
Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua :
Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu. (Al- Baqarah 269)
Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.
Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”
Wanita tua :
Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu. (Al Maaidah 101)
Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.
Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua :
Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia. (Al-Kahf 46)
Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.
Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua :
Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk. (Al-Nahl 16)
Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.
Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?”
Wanita tua :
Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi. (An-Nisaa’ 125)
Dan Allah berkata-kata kepada Musa. (An-Nisaa’ 164)
Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh. (Maryam 12)
Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.
Wanita tua :
Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu. (Al-Kahf 19)
Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :
Wanita tua :
Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.(Al-Haaqqah 24)
Abdullah : “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”
Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :
“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya karena bimbang tersalah bicara.”
Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:
Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)
Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )

Wednesday, January 4, 2012

KISAH PENGORBANAN ISTERI YANG MENYAYAT HATI..

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
isteri solehah
gambar sekadar hiasan
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
jenazah isteri
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Friday, December 30, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (special edition)



Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dirahmati Allah.. Alhamdulillah, jutaan kesyukuran ana panjatkan kpd Allah kerana masih lg bagi peluang pada ana untuk meneruskan tinta dakwah agr semua pembaca dapat manfaat. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw..Baik, kali ni ana nk kongsi pandangan para ulama tp diterjemahkan dalam pemahaman ana sendiri dan ditulis sebagai secebis pandangan ana dan kali ni ana buat yg special edition.. Knape ye??? Sb sblum ni ana muatkan 3 pandangan tp kali ni ana wat 5 pandangan para ulama dan pandangan ana sndiri. Baik ana nak ceritakan tentang 3 golongan yg dilaknat oleh Allah, cakap tidak serupa bikin, orang melayu, syarat2 menutup aurat dan islam kembali dagang..

                                                      Perbuatan Yang Dilaknat

Baik, yang pertama mengenai 3 golongan yang dilaknat oleh Allah semasa di dunia lagi.. Allah, ana cukup takut apabila mendengar perkara tersebut sb ia mmg pernah dilakukan oleh kita. Golongan pertama adalah imam yang dibenci oleh makmum. Maksudnya, org yg menjadi pemimpin tidak kira la dia memimpin negara , negeri mahupun dalam solat. Ana nk kupas ttg imam solat je sb mmg ia berlaku pada kita semua. Jika satu surau itu xde imam, lalu naiklah seorang yg layak menjadi imam tetapi tidak disukai makmum kerana kefasikan atau kejahatannya, maka Allah melaknat org yg menjadi imam tersebut. Tp bergantung pada seramai mana makmum yg tidak menyukainya. Jika seorg makmum je xsuka yg lain suka maka imam td terselamat tp jika seluruh makamum tidak menyukainya, maka laknat Allah menantinya .. nauzubillah.. Golongan kedua adalah wanita yang tidur dalam keadaan suaminya marah padanya. Ni untuk org berkawin dan bakal berkawin.. Jika suami terasa atau tidur dalam keadaan marah pada isteri, maka Allah akan melaknat wanita tersebut sehingga subuh dan solat subuh wanita tersebut sejengkal pun Allah xagkat ke langit... Jadi muslimah tlg jaga, bgn pagi mnta maaf dgn suami, sblum tido pun minta maaf dgn suami dan berhias hanya untuk suami.. Dan yg ketiga, orang yang mendengar azan tapi tidak hadir untuk solat berjemaah. Walaupun solat berjemaah hanya sunat muakad tp sebolehnya jadikan ia perkara wajib untuk dikerjakan. Ana tertarik dgn seorang budak lelaki berumur 8 tahun yg menjaga 5 waktu di masjid di kmpung ana, dia ckp, kalau xsolat kt masjid, rase macm xsolat je walaupun solat kt rmah... Allah, ati budak tu telah terpaut dgn masjid seawal umur 8 tahun sedangkan budak2 lain tgh sibuk main playstation... Semoga anak ana dan ana menjdi mcm budak td.. Amin....

                                                               sedih....

Yang kedua adalah ttg cakap tak serupa bikin. Ini berkenaan dgn diri ana dimana ada org melabel ana cakap xserupa bikin. Terima kasih kerana menegur ana. Dia beritahu yg dalam blog ana lain, tp kt luar lain. Ana akui, ana mmg ramai kwn dan kebanyakannya kwn perempuan. Mgkn yg menegur tidak tahu keadaan sbnar dab apabila sepintas lalu tgk ana borak dgn perempuan trus ckp ana ada hbngan dgn prmpuan trsebut. Adoii... Masalah betul la bila ana pk blk sb tu ana serah bulat2 pada Allah ttg apa yg org perkatakan. Setahu ana, ana sentiasa bersama kwn baik ana iaitu Naqib yg selalu ada lau ana p mana2.. Mgkn ana ter 'over' mesra dgn org lalu tmbul pelbagai ftnah lalu keluarlah knyataan dalam blog tulis lain, tp kt luar lain, ckp xseerupa bikin. Ana pegang pada satu benda, jika kamu sebarkan ilmu agama, lalu kamu ditentang, difitnah dan dimusuhi ramai org maka kamu di pihak yg benar. Dalil, jika kita nk wat baik, selalu je ada halangan. jika nk buat jht, mudah je nak buat. Jadi, ana terima tguran supaya ana lbh mnjaga batas2 prgaulan.. InsyaAllah..

                                   Jahatnya Orang Melayu Yang Beragama Islam..

Yang ketiga adalah berkenaan dgn org melayu. Bangsa melayu ni bangsa paling pelik atas muka bumi dan bangsa paling jahat atas muka bumi selain yahudi dan nasrani. Nape ana ckp cmtu, sbbnya org melayu ni mempunyai pelbagai rupa. Rupa cina, india, jepun, korea, org putih, org arab, semua ada pada org melayu. Org arab xde pun iras dgn org india tp org melyu ada. Maka itu dikatakan bangsa paling pelik. Bangsa paling jahat pula sebabnya org melayu ni mmpunyai sifat dgki dan tidak senang dgn org lain. Sbg contoh, jika satupasangan kawin awal, maka ada mulut yg beritahu, "em dh terlanjurla 2 kwin awal".. Bodoh punye manusia yg ckp cm2 sdgkan pasangan td nk pelihara nafsu dr berzina. Jika seseorg kwin lambat mesti ade mulut yg ckp, "msti dia ni xlarat(xde nafsu) sb tu xkawin.." sedgkan org tersebut xde jodoh dan sdg berusaha. Jika org kawin bnyak, ade yg ckp, gila seks btl laki ni... Sdgkan itu sunnah dan 1 sen pun dia xamik duit org lain, tp org kita ni yg duk sibuk.. jika jin pelesit ditakuti oleh bgsa lain, tp kita gunakan jin pelesit tuk musnahkan org. Mmg jht org melayu.. Byk lg la kjhatan org melayu yg kita xsedar bhawa kita pun turut lakukan. Mohon ampunlah agar kita xmuflis di akhitat..




Yang keempat, ana nk ceritakan 3 syarat yg mesti dipatuhi barulah dikira menutup aurat. Seperti kita sedia maklum aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Namun kita tgk ari ni, ramai org yg lupa bahawa kaki jga adalah aurat yg perlu dijaga kcuali bersama ipar itu dimaaf pd syarak utk bhgian kaki. Jika pakaian seseorang itu menutup aurat adalah perlu memenuhi 3 syarat ini, Yang pertama, lega ( besar) ataupun tidak ketat. Contoh tidak ketat adalah tidak menampakkan bentuk tubuh. yang kedua adalah tebal. Maksud tebal disini adalah tidak menampakkan warna tubuh. Itu dimaksudkan dgn tebal. Jika ada terbayang pkaian dalam dan org yg memandang dapat meneka pakaian dalam itu, maka haram org perempuan memakainya.. Dan Yang ketiga adalah tiada perhiasan. Sebaik - baik pkaian wanita adalah hitam. Tidak ada satu perhiasan pun pada pkaian sb perhiasan itu akan menarik perhatian lelaki. Tentu susah untuk membuatnya sebab kita buat bukan dgn keikhlasan hati.. Jika Allah ada di hati kita, Maka mudah untuk kita buat walaupun hina di mata manusia..



Yang terakhir ana nk kgsi bahawa islam pada akhir zaman akan kembali dagang. Rasulullah bersabda, di akhir zaman, kamu akan dapati islam akan kembali dagang seperti awal kemunculannya. Maka beruntunglah org yang dagang pada masa itu. Maksud dari hadis ini, pada akhir zaman yakni sekarang, islam kembali asing, Orang yg berpakaian seperti yg disyariatkan akan dipandang pelik sedangkan org memakai seluar pendek dianggap biasa. Org memakai purdah dan serban dianggap pengganas dan ekstrem agama sedangkan org yg membuka aurat dianggap trend masa kini. Maka beruntunglah org yg asing sebb dalam kelalaian manusia, masih ada org yg Allah pilih untuk menjadi contoh kpda umat islam.. JAngan malu dan jagn rase hina dgn pkaian kita, sebab kita buat kerana Allah. Ana tringat masa ana p jln2 dgn kawan ana di KB Mall untuk cari kasut sukan, Tiba -tiba terserempak dgn sepasang suami isteri yg cukup istimewa. Si isteri memakai jubah hitam, tudung labuh serta niqab dan si suami berjubah putih. Subhanallah, semua mata yg ada di KB mall memandang kehairanan dgn pkaian mereka di tempat mcm 2. Benarlah sabda nabi, islam kembali dagang. Ana pun nk wat mcm 2 jgk lah bila dah kawin.. Lalalala...

Sekadar itu sahaja utk coretan yg dah lama ana tulis tp xpenah hbs. Hari ni Allah bantu ana utk hbskannya. Untuk student yg nak final exam di mana2 universiti, selamat menjawab exam dgn elok. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Allah.. Wallahualam bimurodih..

                                                     peace no dosa n maksiat..

Wednesday, December 14, 2011

kesedihan hati ini..


Ya Allah, berikan aku kekuatan, terlalu banyak kesalahan yang aku buat, sedang buat dan akan buat.. berikan aku kesedaran sebelum maut menyapa aku.. Allah, betapa perit ujian yang Kau berikan, namun jgn sesekali Kau kurangkan ujian ini tp tingkatkan keimanan ku.. Allah, berapa banyak kebencian manusia menyentuh diriku, semuanya silap aku Ya Allah, ampunkan mereka atas sebab aku yg membuka ruang utnuk mereka membenci aku. Allah, betapa gagalnya diri ini, terlalu banyak keluhan dan kekesalan yg terucap dibibir yg penuh dusta ini, terlalu lemah dgn herdikan org hingga aku memutuskan untuk berhenti menjadi insan yg diperlukan, Allah betapa jahilnya diri ini yg sentiasa membuka jalan maksiat kepada orang lain.. Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai aku mencari limpahan hidayah Mu.. Allah, Kau maha memahami aku, aku mohon padaMu, berkatilah medium dakwah ini, lapangkan aku untuk menyampaikan walau satu ayat.. Allahuma Ya Allah, jika aku tidak sempat untuk memohon maaf terhadap org yg pernah aku sakiti, Kau ganti dgn umurku Ya Allah.. Maafkan aku... Alllah.... aku merancang pelbagai kejahatan sedangkan Kau sentiasa beri yang terbaik untuk aku.. Maafkan aku.. Halanglah nafsuku dari terus memburu dunia Ya Allah.. Maafkan aku.. Maafkan aku.. Maafkan aku dan semua pembaca blog Muslimin Ibnu Hassan...

Monday, November 28, 2011

oh muslimah




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...