Thursday, September 29, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T


Assalamualaikum wbt. sedikit perkongsian yang dapat ana tulis sebagai pedoman untuk kita semua iaitu 10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah S.W.T. Nauzubillah Ya Allah..
Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." Jadi sama-sama kita renungkan kembali, kerana kita sentiasa melakukan kesalahan dgn Allah. Dan igtlah, Allah sentiasa ada dgn kita semua. Wallahualam bimurodih..

12 barisan manusia bangkit dari kubur


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Monday, September 26, 2011

21 hari bermujahadah


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menaip entry ini. selawat serta salam keatas nabi Muhammad saw. Ana ign berkongsi satu tips untuk berubah mencari Allah taala. Saintis membuat kajian tentang otak. Sesuatu pekara akan menjadi tabiat seseorang jika melakukan perkara tersebut setiap hari hingga ke hari 21. Sebab itu ana memilih tajuk 21 hari bermujahadah. Mujahadah bermaksud kita menyerah diri dan berkorban diri hanya untuk Allah.

Ana betul2 sedih akhir2 ni tidak tahu kenapa. Ana mohon maaf jika ada membuat silap dengan sesiapa sahaja. Hati ni xkan tenang tanpa kemaafan kalian semua. Ada sahabat ana menegur ana ni asyik salahkan diri je tentang sesuatu perkara. Bagi ana lebih baik kita sentiasa letak diri kita dalam keaadan lemah dan sentiasa salah sebab itu hakikat manusia. Hanya Allah sahaja yg betul dan kuat dari sekalian makhluk. Kita akan rasa dekat dengan Allah jika kita berasa lemah. Cuba sahabat semua fikir diri sahabat hebat, nescaya kita lupakan Allah.

Sahabat ana ada sebut dalam kuliah maghribnya, sentiasalah rasa hina dan berdosa apabila kamu melihat orang yg lebih tua kerana amal ibadahnya lagi banyak dari kita sedang kita masih banyak buat maksiat. Kemudian apabila kita nampak orang yang baik, maka berkatalah untungnya dia dekat dengan Allah sedangkan aku masih jauh dari Allah. Kemudian apabila nampak kanak2 yg beribadat (baik), maka berkatalah alangkah untungnya budak ini kerana umur yg begitu muda telah kenal Allah sedang aku masih tercari-cari. Kemudian jika kita melihat orang yg berbuat maksiat, maka berkatalah Ya Allah, mereka membuat maksiat dalam keadaan mereka jahil, sedangkan aku membuat jahat dan maksiat dalam keadaan aku tahu. Maka aku lebih berdosa Ya Allah. Jika kita sentiasa mendidik hati kita dgn memandang kelemahan kita, maka kita akan sentiasa bersama Allah sebab itulah hakikat seorang hamba. 

Ana belum cukup baik untuk menasihati sahabat sebab tu ana takut nak buat entry sebab ana takut ana xamalkan apa yang ana tulis. Ana harap perkongsian  yg sedikit ni mampu selamatkan ana dari sifat takbur dan riak.. Pasanglah niat untuk berubah kerana Allah, pasti Allah akan bantu. Jumlah hari yg ana letak itu adalah bagi diri ana. Jika sahabat nak bermujahadah dalam masa sehari pun xde masalah. Itu hanyalah didikan otak kita supaya menjadi tabiat. Ana doakan semua pembaca yg sedang membaca mendapat hidayah dari Allah dan sentiasa dalam rahmatNya. Wallahualam bimurodih..

Thursday, September 22, 2011

Muhasabah Diri


Assalamualaikum wbt, ana harap sahabat dalam keadaan sihat sejahtera. Ana mohon maaf atas sebab ana  xdapat nk update blog untuk sementara waktu kerana sedang diuji hebat oleh Allah.. Ana harap sahabat2 doakan agar ana dapat menyelesaikan masalah ni dgn cpt. Semoga tarbiah dari Allah kali ni meningkatkan lagi keimananku terhadap Mu Ya Rabb..

Sunday, September 18, 2011

Saturday, September 17, 2011

Pertanyaan


Assalamualaikum wbt.. Entry yg rgkas sb ana nk jwb soalan yg ditanya oleh 2 org sahabat ana. Terima kasih kerana sudi bertanya.. Soalan pertama berkenaan dgn Bernazar.. Apa sebenarnya bernazar dan kenapa orang ramai bernazar.. Baik, bernazar ni adalah perjanjian yg kita buat dgn Allah dimana kita wajib melakukannya dan berdosa jika kita tidak menunaikannya. Jika kita berjanji dgn manusia lalu kita mungkiri, kita tergolong dalam org munafik, apatah lg kita mungkiri jnji kita dgn Allah.. Perjanjian ni dibuat supaya Allah memakbulkan hajat kita dgn cepat sehingga kita sanggup membuat perjanjian. Itu dipanggil nazar.. Sebagai contoh, kita bernazar jika dapat masuk Universiti aku bernazar nk puasa 3 hari. Maka puasa itu menjadi wajib kita laksanakan jika permintaan dimakbulkan. Jika tidak dimakbulkan, adalah lebih elok kita tetap melakukan puasa tersebut supaya kita tidak salah sangka dgn Allah walaupun tidak wajib dilakukan atas sebab permintaan  kita tidak dimakbulkan. Satu lagi contoh, Kalau aku dapat 10 A dalam SPM aku nk puasa sebulan. Tiba-tiba dia dapat 9A je. Maka apa yang dinazarkannya terbatal ataupun tidak perlu untuk membuat nazar tersebut. Jika sahabat nak bernazar, jangan lupa untuk mencatatkannya supaya tidak lupa..


Soalan kedua tentang larangan nabi terhadap minum berdiri tetapi ada beberapa kisah yang menyatakan nabi minum berdiri. Baik dalam hadis ada menyebut tentang larangan minum berdiri kerana ia umpama kita minum bersama syaitan. Jika kisah yg sahabat ana nyatakan mungkin bergantung kepada keadaan. Sbgai contoh Nabi Muhammad minum berdiri kerana ingin mengajar para sahabat berkenaan dgn adab minum air yg betul dan makhruh. Namun begitu, minum berdiri juga menjadi harus bergantung kepada keadaan. Sbgai contoh, kita terlalu dahaga lalu kita nk minum air, akan tetapi tidak ada tempat untuk kita duduk, maka harus kita minum berdiri. Jika kita saja2 minum berdiri sedangkan ada tempat yg boleh kita duduk, maka kita minum bersama syaitan. Wallahualam bimurodih..

Friday, September 16, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (Episod 3)


Assalamualaikum wbt.. Segala puji bagi Allah Yg Maha Memberi rezeki dgn luasnya.. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad yg Tercinta.. Alhamdulillah ana diberi peluang oleh Tuan punya dunia ni untuk menulis pandangan ana terhadap beberapa perkara.. Kali ni ana nk memberi pandangan ttg yg pertama, Bangsa Atau Agama perlu dipelihara? Yang kedua ttg makanan yg baik dan ketiga adalah persahabatan kerana Allah..Di harap, pandangan ana ini dapat memberikan impak positif kpada pembaca semua..


Hari ini kita menyambut Hari Malaysia dimana kita menyambutnya sempena pembentukan negara Malaysia.. Alhamdulillah sudah 54 tahun kita telah merdeka dari penjajah. Namun itu hanya hanyalah kebebasan dari segi fizikal. Namun hakikatnya kita dijajah teruk dari segi mental sejak dari dulu, sekarang dan selamanya jika kita tidak meletakkan agama sebagai panduan hidup. Sejak kita merdeka, kerajaan telah membuat segala macam usaha untuk melindungi Bangsa kita. Namun kita lupa untuk melindungi agama kita. Allah telah berfirman ( Inna dinna indallahi islam) Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam. Allah xberfirman Sesungguhnya bangsa disisi Allah adalah bangsa melayu, arab or bangsa lain. Allah berfirman ttg agama. Tp kenapa kita pentgkan bnda yg xsepatutnya? Dalam ceramah ustaz Azhar ada menyebut,  Bangsa tidak akan pupus atau luput walaupun ditelan zaman. Mksudnya jika kita xjaga pun bangsa melayu xkan pupus atas muka bumi ni sebab itu adalah keturunan kita. Ke ade org melayu melahirkan bayi, tiba2 dia nk tukar bangsa anaknya menjadi bangsa lain? Tetapi bangsa melayu jgk melahirkan seorng bayi lalu menukarkan agama anaknya menjadi yahudi, nasrani dan majusi. Mmg ada. Buktinya, ibu bapa yg jahil agama tidak berusaha untuk mencari agama dan mendidik anak2 supaya menjadi org beriman. Ini hakikat org sekarang. Dimana sensitiviti kita ttg agama islam? Oleh kerana kita sibuk mempertahankan bangsa tetapi agama kita tinggal, maka kita semua akan disoal di padang Mahsyar kelak oleh sebab kekhilafan kita didunia..



Pandangan kedua pula ttg makanan yg baik. Ada beberapa makanan yg disebut di dalam Al Quran antaranya adalah buah tin, buah zaitun, buah kurma, madu lebah, dalam hadis  pula ada menyebut, gandum, daging kambing dan banyak lagi. Tetapi umat islam hari ini tidak berminat untk makan makanan islam tetapi lebih berminat makan  Kfc, mcd, pizza, junkfood, dan banyak lagi. Siapa yg amalkan permakanan yg tertulis dalam Al Quran? Jawapannya golongan Yahudi yg mengamalkannya sebab itu org yahudi org paling bijak atas muka bumi ini sebab diorang amalkan Al Quran. Apa yg tertulis dalam Al Quran semua mereka amalkan dan apa yg Allah larang dlm Al quran, mereka ambil dan ciptakan sesuatu supaya umat islam lalai dan lemah sebagai contoh, arak, mereka yg mencipta ttp mereka tidak meminumnya. Siapa yg minum? Umat islam jgk yg minum.. Makanan ringan yg ada sekarang semuanya ciptaan mereka ttp mereka tidak memakanya, Apa yg ada dlm Al quran, itulah mkanan mereka. Antara makanan atau minuman yg haram dimakan tetapi ada logo halal adalah, air RIBENA, COCA COLA, APOLLO, semua jenis makanan kt Starbucks dan banyak lagi.. Jadi tlg hati2 dgn semua ni sebab golongan yahudi mmg akan musnahkan umat islam sepenuhnya sehingga kedatangan penyelamat agama kita iaitu imam Mahdi dan nabi Isa a.s..


Yang ketiga adalah persahabatan kerana Allah.. Sahabat adalah seorang insan yg amat diperlukan ketika kita susah dan senang namun kita hndaklah memilih sahabat yg boleh membawa kita ke jalan Allah. Yang boleh membimbing kita menuju Allah. Jangan kita sia-siakan sahabat kita hanya kerana berbeza pendapat atau jantina. Tidak ada salah jika sahabat kita berlainan jantina cuma kita kena pandai jaga pergaulan dan tidak lalai dalam persahabatan. " Seseorang insan akan terikut ikut dgn adat kebiasaan ( perangai) sahabatnya. Maka hendaklah kamu lihat dgn siapa kamu bersahabat" Hadis riwayat Tarmizi.. Jika kita berkawan dgn org yg suka bersukan dan berhibur maka pasti kita akan terikut akan perangainya. Jika kita berkawan dgn org yg sentiasa mengingati Allah maka pasti dan pasti kita juga turut mengingati Allah. Jadi pilih dan tgk blk dgn siapa kita berkawan. Jika kawan kita kurang baik, jgn putuskan silaturahim, tp nasihatlah mereka agar sama2 dpat redha Allah.. Dalam bersahabat, ana juga pernah disisih, dibuang dan dipulau namun ana ade  Allah yg tidak pernah berbuat demikian malah Allah lah yg selalu menemani ana disaat ana perlukan sahabat.. Akhirnya, Allah tunjuk siapa yg benar dan siapa yg salah.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, di harap pandangan yg ana berikan ini boleh diterima mana yg baik dan buanglah mana yg buruk.. Wallahualam bimurodih..

Thursday, September 15, 2011

Tarbiah Dari Allah


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memberi keizinan kpda ana untuk update blog ni.. Selawat serta salam kepada nabi Muhammad saw.. Lama betul ana tgl blog ni. Hampir seminggu ana mendiamkan diri kerana sedang ditarbiahkan oleh Allah.. Alhamdulillah segalanya telah ana terima dgn redha dan ana harap ana kuat untuk menghadapinya..

Bercakap ttg tarbiah dari Allah sama maksud dgn diuji oleh Allah cuma penggunaan perkataan tarbiah ni lebih sesuai jika didalam ujian yg Allah beri, kita menemukan hikmah disebalik ujian tersebut. Jadi maksud tarbiah ini adalah mengajar.. Ana bersyukur atas apa yg terjadi walaupun pahit pada awalnya masuk ke Upsi, tetapi dgn izin Allah ana mampu tuk hadapinya malah ana mendapat kemanisannya.. Jangan sesekali bersangka buruk dgn Allah sebab Dia Maha mengetahui apa yg kita xtahu. Sahabat2 ana pun banyak diuji namun apa yg boleh ana lakukan berpesan pada mereka dan jgn putus asa dgn rahmat Allah.. InsyaAllah, lagi banyak entry yg ana akan cuba tulis selepas ini.



Tp sebelum itu, ana ign menjawab soalan yg ditanyakan oleh sahabat ana, apakah akibatnya seseorang itu tidak dapat melunaskan hutangnya semasa dia hidup?.. Jawapannya adalah, apabila dia mati, roh si mati itu tadi tergantung antara langit dan bumi.. Tidak dapat pergi ke alam barzakh hingga hari kiamat ataupun hingga hutangnya dijelaskan oleh waris si mati. Sebab itu, jika seseorng itu mati, waris perlu mengumumkan jika si mati ada berhutang dgn sesiapa, sila tuntut dgn si fulan bin si fulan.. Jika tiada waris, jiran-jiran lah yg bertggjawab utk melunaskannya. Itulah gunanya wasiat. Wasiat ni xsemestinya tglkan harta, wasiat ni adalah permintaan terakhir yg masih belum sempat si mati lakukan  sebagai cntoh pembayaran hutang tadi. Semoga kita semua dapat manfaat dari entry kali ni.. Wallahualam bimurodih..

Thursday, September 8, 2011

Pemergianmu..

Assalamualaikum wbt.. Tanggal 8 September 1998, satu peristiwa berlaku dalam keluarga ana dimana mengubah episod kehidupan ana dan keluarga.. Tarikh yg menyedihkan dan hanya air mata sahaja dpt menenangkan fikiran dan mengubat kerinduan ana dan keluarga kepada arwah ayah yg genap 13 tahun meniggalkan kami.. Pada hari tersebut, ana dan adik ana dipelawa mak sepupu ana untuk kerumahnya kerana mak sepupu ana ni xde anak. Jadi ana 8 tahun dan adik ana yg berumur 5 tahun pergi kerumahnya untuk bermalam di rumahnya.. Pada ptg tu, kami main di taman perumahan hospital berhampiran dgn rumah nenek ana di mana arwah abah terlantar sakit di situ.

Kami mengayuh basikal untuk kerumah mak sepupu, ana naik basikal sendiri dan mak sepupu naik dgn adik. Ana memanggil mak sepupu ana dgn pggilan cik ja.. Cik ja ni suka dgn kanak2 sebab tu dia bawa kami bersiar-siar. Kakak dan kak ngah keluar dgn nenek untuk membeli baranag manakala umi tercinta setia menjaga abah di sisi.. Apabila maghrib, adik ana tiba2 menangis nak balik. Ana kecil lg dan memujuk adik supaya jgn ngs. Tp adik ttp nangis sb xpernah trpisah ngn umi ana. Jadi puas dipujuk akhirnya cik ja ign menghantar pulang. Tangisan itu seperti satu petanda bahawa abah sudah semakin tenat. Dgn mengayuh basikal, kami bertga menempuh jalan yg agak gelap dan ditepi hanya hutan sahaja. Ana hanya kasihankan adik ana yg menangis..

Setibanya di rumah nenek, kakak dan kak Ngah pula duk bertengkar pasal apa pun ana xtahu. Ana pergi kpd umi ana yg kelihatan sayu dan sedih. Arwah abah dh nazak tp ana xtahu apa itu nazak. Lalu kakak ana tarik ana masuk lam bilik dan kak ngah pun masuk sekali.. Lalu kakak berkata, abah akan mati xlama lg.. Abah dah nazak dan xde harapan dah.. Kami menangis sekuat hati di dalam bilik.. Ana dipanggil oleh atuk ana utk mengajarkan abah mengucap. Ana tkt sgt tp ana mengajarkannya.. Kira2 pukul 11 malam, arwah abah menghembuskan nafas terakhir dimana terputuslah segala-segalanya kcuali 3 perkara, sedekah jariah, anak yg soleh dan ilmu yg bermanfaat.. Semasa dikafankan, ahli keluarga mncium dahi arwah abah, masa tu lah ana btl2 rasa khilangan arwah abah.. Kini, kubur yg menjadi tanda dan anak2 arwh abah lah yg mendoakan kesejahteraan abah disana.. Ana masih terkilan sb ana xsempat nk tunjukan result exam ana mase 2 sb ana cemerlang hasil didikan arwah abah..

Kini doalah yang kakak, kak ngah, ana, adik dan umi kirimkan agar abah sejhtera di sana.. Akan tiba satu masa ana akan bertemu abah di sana isyaAllah.. Al Fatihah untuk Arwah Wan Hassan Bin Wan Nawang (1958-1998).. Dalam kenangan anakmu wahai Abah yg dicintai.. Semoga Allah merahmati abah.. Amin.. Wallahualam bimurodih...

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt.. Entry yg rngkas sahaja sb ana nk jwb 2 soalan yg diberikan oleh sahabat ana. Yang pertama berkenaan dgn seseorang yg berjantina dgn dua jantina iaitu khunsa. Bolehkah seseorg khunsa berkahwin.. Baik, seperti kita tahu khunsa ni adalah 1 manusia yg mempunyai 2 jantina iatu zakar dan faraj. Bagaimana keadaannya, wallahualam sb ana xpernah tgk. Keistimewaan khunsa adalah dia boleh memilih sama ada dia nk jadi lelaki atau perempuan mengikut kecenderungan seseorang itu. Jika perwatakan dan gaya hidup dia sebagai contoh, pakaian, cara bercakap seperti seorg lelaki, maka dia memilih untuk jadi lelaki. Jika bersentuhan dgn lelaki lain, maka tidak membatalkan wudhuk. Jika perwatakannya seperti wanita, pakaianya, sifat lemah lembutnya sama cam wanita dan dia memilih untuk jadi wanita, maka haram bg org lelaki menyentuhnya.. Apabila berkahwin, dia boleh membuat pembedahan untuk membuang salah satu kemaluan supaya mereka lebih yakin dan ini untuk kebaikan pasangannya nanti.. Sama juga dgn ibadah lain, mereka perlu melakukan ibadat mengikut ape jantina yg dia pilih..

Soalan kedua mengenai tips untuk khusyuk dalam solat dan doa sebelum solat supaya xdganggu oleh syaitan.. Baik, soala ni susah sikit sb ana sendiri pun kdg2 xkhusyuk dalam solat. Banyak sgt gangguan,, Tp ana jz bg tips ye.. Banyak kaedah kita boleh buat untuk khusyuk dalam solat. Antaranya adalah kita cuba untuk menghayati bacaan kita sendiri, kemudian fahami makna ayat supaya kita btul2 fokus dalam solat. seterusnya, tglkan perkara dunia semasa kita hendak solat. Biar kita btul2 ready nk jmpe Allah. Lau nk jumpe pakwe or makwe kita berhias habis habisan tkt pasangan kita cari lain. Begitu juga Allah, jika kita tidak khusyuk, maka Allah xpandang kita. Cuba kita renungkan sejenak jika kita cakap ngn seseorang tp org xbg perhatian pd kita dan dia memikirkan benda lain, mesti kita marah. Sama juga dgn Allah, jika kita khusyuk, maka Allah marah lalu Allah xpandang pun kita. Nauzubillah.. Untuk doa supaya tidak dingganggu syaitan, ada empat doa dan doa ni boleh diamalkan dimana sahaja..

  1. Surah Al Ikhlas
  2. Wal awwalu wal akhiru, wa zahiru wa batilu wa hwa ala kullishain qadir
  3. Laisakamislihi syai'
  4. Aman tubillahi wa rasulih...
Moga2 kita semua dapat amalkan supaya kita terlindung dari godaan syaitan dan menjadi insan yg sentiasa taat pada Allah.. Wallahualam bimurodih..

Tuesday, September 6, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan ( Episod 2)


Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dirahmati oleh Allah.. Alhamdulillah, ana diberi keizinan untuk post entry ttg pandangan ana tehadap beberapa perkara.. Ana ulangi sekali lagi, entry ni dikeluarkan setelah ana mendapat kata sepakat oleh Guru2 ana untuk ana memberi pandangan ttg apa yg ana pk.. Setelah itu, sahabat boleh nilai dan komen dalam ruangan soalan jika tidak berpuas hati dgn pandangan ana.. Baik, ana nk sebut berkenaan dgn ilmu dunia dan akhirat, lelaki sejati dan rancangan tv.. Haa.. xmenarik lgsg tajuk ana pilih.. Ana xpaksa pun sape nk baca or x. Yg baca dpt somethg, yg xbaca nothing..


Baik isu pertama berkenaan dgn Ilmu dunia dan Ilmu akhirat.. Pada awal entry ana dlu ana pernah menyebut dimana kita diwajibkan untuk belajar fardu ain (bukan kelas fardu ain masa sekolah rendah tuu), tp e2 salah satu fardu ain yg hanya sedikit sja pendedahannya. Baik cuba kita pk balik, ilmu apa yg akan disoal oleh malaikat nanti semasa di barzakh? Jawapannya adalah Ilmu tauhid yg akan disoal." Ma Rabbuka (siapa tuhan kamu)? " Adakah ilmu yg kita pelajari sekarang ni boleh menjawab sbgai cntoh ana ambil course pendidikan kimia, nescaya xkan dpt jawab nnti.. Kita belajar ilmu dunia adalah harus tp jgn kita tgl yg wajib.. Allah dh bg soalan bocor tp jgn igt senang2 nk jwb. Kat dunia boleh kita jawab tp di alam sana, iman kita yg akan jawab. Jika org kafir mati, dgn siapakah yg mereka Bertuhan? Mereka bertuhankan nafsu dan syaitan, maka itulah jawapan akan diberi walaupun mereka arif ttg Al Quran.. Jika kita bertuhankan Allah tetapi tidak mengenal Allah, maka dgn siapa kita bertuhan? Jawapannya tanya diri masing2.. Sementara masih ada lagi peluang untuk belajar agama, ambilah masa semasa cuti sem ke, nk tgu result ke, pergi masuk sekolah pondok.. Jangan risau, bukan nk jadi pengganas jika masuk sana.. Nk kenal Allah semata mata barulah kita beribadat pada Allah sebenar-benarnya..


Pandangan kedua adalah ttg lelaki sejati.. Orang kafir mentafsirkan lelaki sejati ni adalah seorang yg kuat dari segi fizikal, mampu mengawal perempuan atau mampu tackle permpuan, mampu dari segi seksual, berani menghadapi cabaran dan macam2 lg.. Tetapi Islam mentafsirkan lelaki sejati adalah hatinya sentiasa terikat dgn masjid, sentiasa beriktikaf di masjid adalah pendapat paling mahsyur ttg lelaki sejati, mempunyai ilmu agama yg cukup untuk diamalkan dan disebarkan. Jd tanya diri masing2 bg kaum Adam, dan tnya diri pasangan anda bg kaum hawa, cukup sejatikah diri kita ini? Jika kita mngikut tafsiran org kafir, maka kita adalah sama dgn mereka. dlm hadis ada sebut, Ar redha fi maksiatin, maksiatun, ar redha fi kufrin, kufrun. Barangsiapa yg redha dgn org berbuat maksiat, maka dia adlh ahli maksiat jua, barangsiapa redha dgn kekufuran, maka mereka juga kufur.. Nauzubillah.. Jika kaum hawa nk pilih jodoh. pilihlah yg suka ke masjid, hatinya sentiasa nk pergi ke masjid ini kerana suami yg suka pergi masjid kerna Allah, maka ia termasuk dlm 7 golngan yg mendpat perlindungan Araysh Allah. Jika kaum hawa berkawin dgn lelaki tersebut dgn syarat kena taat, maka mereka juga mendpt perlindungan yg sama. Inilah lelaki sejati yg sebenarnya.. Di sisi Allah darjatnya diangkat, maka beruntunglah sesiapa yg memilih lelaki sejati pilihan Allah..


Pandangan ketiga adalah ttg rancangan tv yg semakin lama semakin teruk. Ana mmg xpuas hati dgn rancangan tv ini kerana pd raya tahun ni semua channel duk tayang cerita hantu. Ana nk p solat pun mcm tkt sb rumah dalam hutan. Seolah olah nk balas dendam sb sebulan syaitan n iblis kena rantai, tiba time raya semua duk tayang cerita hantu. Adoii... Ni masalah dgn tv mmg xboleh nk ckp apa dh. Buka tv je msti cerita hantu. Kesannya, budak2 lebih tkt pada hantu berbanding tkt pada Allah. Lau nk keluar rmh wktu malam kanak2 rase tkt, tp jika tgl solat xde rase pape pun. Ni kesan dari didikan tv la ni.. Jadi jika sahabat2 ana yg kuat tgk tv atau adik2 sahabt semua kuat tgk tv, maka beri sedikit nasihat, jgn pulak kita tumpang tgk sama. Tp xde maslah lau nk tgk sekadar hiburan setelah byk beribadat. Kita ni terbalik, ibadat sikit hiburan bnyak. Maka bykkan ibadat agar Allah meredhai kehidupan kita..

Haa mcm mane sahabat2 ku, pandangan ana ni tulus ikhlas dr hati ana, jz nk mengingatkan masyarakat yg makin hanyut dibuai maksiat sahaja.. Jd sama2 kita amalkan dan sebarkan ilmu yg ana kgsikan ini.. Wallahualam bimurodih..

Kemenanganku... Kelahiranku...



Assalamualaikum wbt kepada sahabat2 ana yg dirindui.. Semoga sihat sejahtera semuanya.. Alhamdulillah kita sekarang berada di bulan syawal bg menyambut hari kemenangan umat islam selepas menahan diri dari lapar dan dahaga serta melawan nafsu yg selalu membuat kita terjerumus ke lemabah kemurkaan Allah.. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad saw.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada yg mengenali diri ana sama ada semasa sekolah, matrikulasi, upsi mahupun dalam blog tercinta ni.. Semoga semua selamat dan berada di bawah perlindungan Allah... Ana mohon maaf, ana lama xupdate blog sebab sibuk duk beeraya.. Sahabat2 pun sama kn? Hehehehe... Bagaimana iman kita selepas ramadhan meninggalkan kita?

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat entry kali ni. Hari raya juga disebut sebagai hari kemenangan kerana kemenangan yg dijanjikan adalah kemenangan kita melawan nafsu kita dan kemenangan kita  terhadap syaitan kerana apabila mereka dilepaskan, syaitan dan iblis amat marah kerana umat islam telah diampunkan dosa2nya. Haa rugila kita sb xberibadat betul2. Akan tetapi, jika kita hanya beribadat dgn kuat pada bulan ramadhan sahaja, itu bukan yg Allah mahukan. Allah mahu bulan ramadhan pencetus perubahan kita ke arah kebaikan dalam 11 bulan yg lain.. Dalam khutbah jumaat minggu lepas ada menyebut, " Jika kita menyembah ramadhan, Ramadhan telah pergi. Jika kita menyembah Allah, Allah maha kekal dan abadi.." Jadi kita perlu perbaiki niat kita, biar kita beribadat bukan kerana bulan tetapi kerana Allah barulah kita dapat kekalkan tarbiah ramadhan dan itulah kemenangan hakiki..



Emm sebut pasal kelahiran apa kena mengena pulak wahai ibnu hassan? Haa.. Ana dilahirkan pada malam raya iatu pada 30 ramadhan 1411 hijrah. Mase 2 orang dh takbir raya dah n nurse yg sambut ana 2 beri nama kepada ana "Syawal Fitri".. Best x nama 2? Tp arwah abah xsuka lalu dia nk letak nama Wan Muhammad Haidar ( Harimau Allah kalau xsilap ana la..) Tp umi ckp nanti budak ni (ana) jadi panas baran. Lalu dipilih Wan Muhammad 'Ammar Wan Hassan yg bermaksud (Yang kuat iman, yg lemah lembut apabila berkata-kata dan yang memerintah).. Lahirlah seorang hamba Allah yg sempurna sifatnya tetapi banyak dosa dan noda apabila dah besar ni. Adoiii... Ana harap ana sempat bertaubat dan taubat ana diterima sebelum ana tutup mata.. Amin Ya Rabb..

Baik sebelum ana mengundur diri, ana nk jawab pertanyaan ttg adakah ana pernah pergi umrah sb gmbar pada entry tarbiah ramadhan ana bgitau yg ana p umrah.. Sebenarnya itu gambar masa majlis berbuka puasa dgn sultan Kelantan di Istana Kota Bharu.. Ana dh pergi umrah tetapi dalam mimpi la, mase 2 ana igt lg ana solat depan ka'bah.. Itu saja.. Ana bergurau saja supaya nak sahabat semua minat n bercita cita kesana.. Allahumma Balighna Makkah wa Madinah... Amin Ya Allah..

Jadi sahabat sekalian, di bulan syawal ni jgn lupa puasa 6 beserta qada bagi yg tgl.. Untuk kaum Adam pun sama, mgkin mase dulu2 pernah tgl, jadi niat qada dan puasa 6, maka kita dapat kedua duanya.. Bestkan agama Islam ni kan? Xmenyusahkan kita pun sebab inilah bekalan kita untuk akhirat nanti.. Wallahualam bimuradih..

Monday, August 29, 2011

Tarbiah Ramadhan

      Gambar di dalam Istana Negeri Kelantan semasa Majlis berbuka puasa bersama sultan.

Assalamualaikum wbt sahabat yg ana kasihi.. Alhamdulillah, segala puji bg Allah yg masih memberikan nikmat pada kita semua untuk teruskan kehidupan.. Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah kita sekarang berada di akhir ramadhan. Syawal akan tiba 2 hari lagi insyaAllah.. Sayu je hati bila fikirkan bahawa banyak lagi amalan2 yg ana belum buat atau pun sifat2 buruk ana yg belum ana ubah sepanjang bulan ramadhan. Ana harap ini bukan ramadhan terakhir buat ana sebab ana nekad nk tebus balik pada tahun hadapan..

Ana nk sentuh sedikit ttg tarbiah ramadhan yg byk mengubah hidup seseorg yg dipilih oleh Allah. Allah memilih hambanya untuk berubah ke arah yg lebih baik supaya hambanya menjadi orang beriman. Terdapat 3 golongan yg ada pada bulan ramadhan dimana golongan pertama adalah golongan yg rugi. Maksudnya puasa tahun ini adalah sama dgn tahun lepas yakni tiada perubahan. Sebagai cntoh kalau tahun lepas buat terawih 8, tahun ni pun buat 8 jgk maknanya tidak ada peningkatan.. Golongan kedua adalah golongan yg celaka. Maksudnya golongan yg dimana puasa tahun sebelumnya adalah lebih baik dari tahun ini. Sebagai contoh tahun lepas terawih tidak pernah tinggal tetapi tahun ni, jarang2 je pergi terawih. Maka golongan ini adalah golongan yg celaka..

Golongan ketiga adalah golongan yg beruntung iaitu puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas, sebagai contoh, tahun lepas jz buat 8 je terawih tetapi tahun ni sebulan buat terawih 20. Tahun akan dtg iktikaf pulak, tahun seterusnya tambah lg dgn sedekah dan begitulah seterusnya... Jadi kita nilai sendiri kita ni berada di golongan yg mana..

Seseorg yang ditarbiahkan oleh Allah melalui bulan ramadhan akan selamat pada 11 bulan akan dtg maknanya kesan daripada bulan ramadhan ni akan tebawa-bawa pada bulan akan dtg cntohnya, pada bulan ramadhan, solat jemaah kita jaga penuh, maka selepas ni, InsyaAllah kita akan menjaganya jua. Di bulan puasa, kita tahan diri dari mngumpat dan mendengar umpatan, maka 11 bulan akan dtg pun kita akan buat benda yg sama. Itu kehebatan tarbiah dari Allah..

Ana ingin berpesan pada diri ana dan sahabat2 semua, jangan kita kecundang pada hari pertama syaitan dan iblis dibebaskan. Jika ia berlaku, maka puasa kita adalah sekadar lapar dan dahaga sebab tidak meninggalkan kesan yg positif.. Jadi sama2 kita muhasabah diri supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah Taala.. Wallahualam bimurodih...

Saturday, August 27, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt sahabat2 ana.. Alhamdulillah kita masih diberi nikmat iman dan islam.. Selawat serta salam kepada nabi Muhammad saw.. Em pertanyaan kali ni agak mencabar sb jika ana salah tulis je, semua akan salah faham.. Terima kasih kepada sahabat yg bertanya.. Soalannya (Benarkah anta (ana) tidak ada islamic couple? Bagaimana dgn cik amani yg sering anta katakan itu).. Haa susahkan nk jwb..


Baik, dalam islam, tidak ada istilah couple or islamic couple. Islam hanya menitikberatkan soal cinta di alam perkahwinan.. Hanya perkahwinan sahaja yg halal untuk semua orang dan couple adalah haram untuk semua org.. Jangan salah agp ttg cinta. Cinta yg plg pnting adalah cinta kpd Allah dan rasul. Maka semua akan menjawab "memanglah, aku pun tahu.. " Jika sekadar tahu tp xamalkan maka ia xdipanggil cinta. Cinta itu fitrah dan dalam islam xsalah jika mencintai seseorang tetapi yg salah adalah bercinta.. Kena phm betul2. Mcm Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, mereka saling mencintai sebelum berkahwin, tp mereka xluahkan. Fatimah xtahu pun Saidina Ali sukakan dia begitu juga dgn Saidina Ali yg xtahu fatimah ni suka kan Ali. Tp Allah Maha Mengetahui lalu mereka dijodohkan. Hanya perkahwinan sahaja cara paling betul, halal malah satu ibadah jika kita melabuhkan cinta pada pasangan yg halal untuk kita..

Tentang cik amani, ana harap sahabat xsalah pham. Ana akui ana rapat dgn dia sbagai seorang mualim yg mendidik seorg wanita untuk jadi muslimah. Ana selalu letak dia sbgai contoh sb ana kenal orgnya dan ana nk sahabat mencontohi apa yg baik dari dia. Dia pun banyak menolong ana dalam mencipta blog ana dan byk lg pertolongannya. Jd ana masukkan dalam blog kisah ttg dia sebagai satu penghargaan untuk apa yg dia telah lakukan.. Soal jodoh, semua ana serahkan pada Allah. Usaha dan ikhtiar untuk cari jodoh pun Allah akan tentukan.. Ana hanya berdoa dan berserah. Maka terpulang pada Allah nk tetapkan ana dgn siapa pun sb ana hambaNya maka Allah berhak buat apa sahaja pada ana sb Allah adalah Perancang Hidup Yang Maha Sempurna.. Wallahualam bimurodih..

Wednesday, August 24, 2011

Secebis Pandangan Ibnu Hassan (Episod 1)



Assalamualaikum wbt sahabat ana sekalian. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah Ya Allah, ari yg cukup indah Kau anugerahkan pada kami semua. Semoga kami terpelihara dari azab api neraka Mu Ya Allah.. Amin.. Baik, ana nk perkenalkan slot baru dlm blog ana iaitu  "Secebis Pandangan Ibnu Hassan". Ini adalah pandangan ana ttg beberapa perkara. Tp ini bukan pandangan ana semata mata, ana bertanya dgn ramai tok guru untuk keluarkan atau share pendapat agar pembaca sedar ttg permasalahan dalam agama pada hari ini. Ini adalah episod pertama dan setiap episod ana akan muatkan 3 pandangan. Pada episod pertama iaitu ttg Kematian, Hantaran Kahwin dan Couple.. Macam drama la plak siap ada episod lg.. Baca je lah!! Hehehehe



Pertama sekali ana nk kongsi ttg masalah kematian ni. Ana xburukkan sape2 cuma segelintir masyarakat suka sangat mengugut orang lain ttg kematian. Paling banyak adalah pasangan couple. Jika bergaduh je mesti akan ckp, "bila I dh xde, jgn cari yg lain tau" Si perempuan pun jawab " Kenapa u ckp mcm 2? U sgp nk tglkan I ke? I sygkan u tau".. Si Laki jwb, "entahlah, I xthu nape I pk cmni. I period kot.. Maafkan I, I sygkn u jgk, I jnji kita akan sehidup semati"... Meremang bulu roma weh.... Hanya sb tu je dia berani ckp pasal mati sedangkan amal ibadah kita pun xtahu kemana. Ana ada sorg sahabat yg selalu ckp sal mati. Ana amat2 xsuka dgr bukan sb ana xnak mati. Ana jd takut sbbnya bg ana, ana xkenal Allah sepenuhnya lg. Sepatutnya kita minta agar Allah panjgkan umur kita, agr dpt belajar ilmu agama, kenal hukum hakam, Al quran biar tahu baca dan fham isi kandungannya, biar dpt tunaikan haji, dapt berkahwin, dpt zuriat agar ada yg doakan kita, sedekah byk2 agr dpt bantu kita. Jika kita mnta hnya sekadar nk takutkan kawan, hukumnya berdosa. Jika kita igtkan kwn ttg mati xpe, Tp ni x, tbe2 je, " ko jgn sedih tau kalau aku dh xde nti, pastu pesan 2 pesan ni.. Apa kita dh yakin yg tmpat kita disyurga? Kalau kita pk pasal mati sekalipun, jgn bagitahu org lain, seolah olah kita ni dh cukup amal nk ngadap Allah. Orang paling bijak adalah org yg byk pk ttg mati sebabnya kita boleh rncg apa amalan yg kita perlu buat jika maut menjemput. Solat pn belum tntu Allah terima. Mnta Allah beri kesempatan nk cari ilmu trlebih dahulu sebab 2 Allah anugerahkan malam nisfu syaaban yg disunatkan bca 3x yassin dan salah satu permintaan adalh pnjg umur. Jd kena jga kata2 kita takut nti mase kita nk takutkan kwn kita, tiba2 malaikat maut terus ambil nyawa kita  tnpa ucap kalimah Lailahailallah.. Jd pk balik yee... Renungkan bersama.


Masalah kedua adalah ttg hantaran kawin.. Makin lama makin kita tglkan apa yg Nabi pesan bahawa makin murah mahar seseorg wanita adalah makin elok. Masyarakat kita hari ini sudah tidak ada 1 pegangan yg kukuh ble melibatkan wang hantaran kawin. Trend sekarang makin pelik sebab mengikut tahap pencapaian pelajaran seseorang. Jika lulusan ijazah untuk tahun 2011 rata2 adalah RM 10000.. Jika diploma, RM 7000, Master RM 15000 dan sebagainya.. Apa kena dgn masyarakat kita ni? Jika perbelanjaan kawin sebanyak 2 ana setuju tetapi, perbelanjaan kawin RM 15000. hantaran 10000. Si lelaki pulak PTPTN pun xbayar lagi, nak guna banyak duit, bila kawin hidup susah. Perkahwinan satu ikatan suci berlandaskan cinta agar nafsu terpelihara bukan nak jual anak mahal2 ni.. Yg susahnya lelaki laa.. Adoiii... Jd bagi sape yg nak berkawin, consider utk pihak lelaki, xkn nk suami berhutang ngn along.. Xsamapai 2 mgu kawin dh jadi janda.. Igt, keberkatan dr Allah itu penting. Hari bahagia ni jgn kita wat Allah murka, dgn set pelaminnye, berdoasa semua tu.. dalam islam tidak ada semua 2.. Jujur ana gtau, ana kawin nti, ana buat sederhana sahaja, no pelamin, xde inai utk laki kerana itu haram,  xde jurugambar yg bukan muhrim ( Maksudnya, jurugambar ana nti dlm kalangan ahli keluarga yg muhrim sahaja), xde menepung tawar, xde cukur bulu kening untuk bakal isteri ana nti sb semua tu adalah haram. Jika ada yg terlajur buat maka bertaubatlah pada Alllah.. Jika sahabat semua xsetuju dgn ana, tanyalah ustaz or sape2 yg tahu agama, xpun  rujuk pada kitab Minhatul Abidin..



Yg ketiga, ttg masalah couple.. Yg ni gejala plg teruk sekarang ni sehinggakan sukar utk dibendung lg. Ana cukup takut kelakuan anak muda sekarang. Semalam pun ada hamba Allah tiba2 melulu msg ana tnye ana mcm2 adakah ana ni ada ape2 ngn makwe dia. Sedangkan, gf dia 2 student ana mase ana buat kem motivasi. Lalu ana bertanya perlu ke ana mntak izin ngn dia sedangkan dia bukan suami kpd student ana. Student ana mnta bg pandangan ttg 1 pertandingan dan ana jnji nak hntarkan sesuatu.. Jd sehingga ke tahap itu parahnya bahana couple ni. Ana dlu pnh couple n ana lg arif bab couple cuma ana nk aplikasaikan ble ana kawin nti. Ana dh serik utk couple sb tidak ada faedah dan sedikit pun xde pahala kita boleh buat melainkan bertambahnya dosa. Kita ni lahir kedunia, sebelah kaki kita ni sudah di dlm neraka tau. Terpulang pd kaki sebelah lg samada nk tarik kaki 2 atau nk terjun terus. Ana xsetuju org couple kerana Allah.. Sebaliknya kerana nafsu dan syaitan. Couple itu haram maka ia berdosa. Apabila haram n berdosa tidak dapat tidak kena jgk tgl. Dalam islam, mencintai seseorang tidak salah, yg salah adalah bercinta. Sebagai cntoh kita cinta sgt2 kt seorg muslimah lalu kita berdoa pada Allah, Ya Allah, aku jatuh cinta pada hambaMu, jika itu jodohku, maka dekatkanlah padaku, jika bukan, maka jauhkan lah dia dari aku. Berikan aku seorang wanita yg juga melabuhkan cintanya pada Mu.. Itu cara islam. Jd tlg ye wahai sahabat, tglkan couple kerana takut pada Allah sbb kita takut jika Allah tglkan kita, maka xde guna kita hidup atas muka bumi ni lagi..

Jika sahabat semua pernah terlanjur membuat dosa, maka mohonlah keampunan Allah agar kita semua terpelihara dari azab api neraka.. Ya Allah, selamatkan kami Ya Allah.. Moga kami terselemat dari godaan dunia dan kami bertaubat agar kami sentiasa di jalanMu Ya Allah.. Amin Ya Rabb... Wallahualam bimurodih

Tuesday, August 23, 2011

ketentuan ilahi



Assalamuaikum wbt sahabat ana sekalian. Selawat serta salam pada nabi kita.. Alhamdulillah kita berada dalam fasa terakhir dan tgl 6 hari je lagi bulan ramadhan. Andai kita boleh undur masa, ana nk je duk di bulan ni selamanya.. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, tahun depan kita jumpa lg dgn ramadhan. Pada 10 akhir ramadhan 3 kejadian yg menyedihkan berlaku kepada orang yg ana sayang iaitu pak saudara ana, kak long ana dan sahabat ana.

Kejadian pertama melibatkan kak long ana. Dia sedang praktikal di aquaria KLCC selama 3 bulan. Bulan lalu kak ngah ana pergi melawat kak long dan dia ckp kak long kurus sgt mcm org xmakan dgn cekungnya muka, mata xcukup tido. Ana sedih mendengarnya. Baru2 ni dia kol ana n nangis2 kt ana dan dia ckp dia xtahan dgn supervisor dia yg selalu maki hamun dia dpn pekerja lain. Dia gtau ana dia nk tuntut di akhirat dgn supervisor tu atas apa yg diperlakukan, namun ana marah n salahkn dia. Mungkin supevisor dia btl, jadi ana ttp xbela Kak long ana. Ana tahu bukan salah kak long tp ana xbela dia sebab ana nk dia sabar. Kalau ana sokong dia, maka dia senang melihat org lain akan dihukum oleh Allah. Jadi ana cari jgk salah kak long ana supaya dia sabar. Semalam, umi ana cter yg kak long ana kena sepak kepala dgn supervisor dia. Ana pun hilang sbr mendengarnya. Tambahan pula supervisor 2 mengandung. kak long ana dh jd org yg xde perasaan dh. Macam dh redha dgn dia. 1 perkara ana nk sentuh, jika supervisor terus menerus mcm 2, kesannya nti adalah anak dia. Xmustahil ana dia akan jadi sejahat jahat manusia atas muka bumi ni. Nauzubillah.. Jadi mohon agr Allah kuatkan kak long ana. Sesungguhnya Allah bersama org yg sabar. Kepada pembaca, tlg jgn rasa  marah pada supervisor sb mgkn ade hikmahnya.. Jadi doakan Kak long ana yee.. Untuk kak long, maafkan segala kesalahan dia sb nti dia nk lahirkan bayi susah jika kita berdendam..

                          Family ana yang Tercinta.. Ya Allah berkati kami Ya Allah..

Kejadian kedua belaku pada 21 ogos kepada sahabat baik ana iaitu cik amani. Dia kehilangan handphone kesayangannya semasa dalam komuter. Ana mengucapkan takziah kpada cik amani, sesungguhnya Allah nk menguji kita tidak mengira masa. Itu hak Allah sebab kita hamba Dia. Allah nk tgk sejauh mana pengharapan cik amani pada Allah apabila ditimpa musibah. Allah dh rncang semua ni daripada kita umur 4 bulan dalam kandungan lg. Jd siapa kita nk halang Allah. Jadi bykkan bersabar, dan insyaAllah Allah akan ganti dgn benda yg lagi baik..

Kejadian ketiga adalah berlaku semalam 22 Ogos 2011 pada 7.15 ptg. Masa ana sedang tgu untuk berbuka, 1 panggilan yg mengatakan pak saudara ana kemalangan melibatkan 4 buah kereta.. Subhanallah, Ana dan family yg bergegas ketempat kejadian. Sebuah kereta yg gagal ketika memotong menyebabkan 3 buah kereta lain turut kena musibah.. Mangsa terdiri daripada seorang anggota polis yang cedera di mata, seorang askar yg patag kaki dan seorang bomba (pak saudara ana) masuk kaca dalam mata dan telinga. Tp cedera ringan je.. Pemamdu yg bersalah hampir di belasah oleh org ramai sb mmg salah dia. Namun hanya Allah yg tahu kenapa kejadian tu berlaku. Banyak hikmahnya.. Jadi berhati hati di jalan raya.. Macam pemberita pulak kan.. Hehehe

Marilah kita sama2 berdoa agar mereka semua dan semua yg mendapat musibah di bulan ini dan bulan2 lain agar mereka bersabar dan tidak putus asa dgn rahmat Allah. Jadi kita sedekahkan Al Fatihah untuk seluruh umat islam menghadapi kesusahan, mungkin dgn sedekah kita ini, kita dipanjangkan umur dan mereka yg ditimpa musibah dapat hadapi dgn tabah. AL FATIHAH....

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt.. Maaf sahabat2 sebab ana lama xupdate blog disebabkan perkara yg ana xdpt nk elakkan. Entry yg ni ana nak jawab soalan yg lama dh org tanya. Maaf sgt xdpt jwb secepat mungkin dan Allah dh bagi keizinan utk jwb lalu ana jwb yee..

Soalan pertama berkenaan header baru tempah kat mane yee.. Ana tempah kat muslimah yg bernama Nur Kartika (click here). Dia la yg buat kt ana.. Ana dpt free je. Tp xtahu la org lain. hehehehe.. Ala senang je lau pandai guna adobe photoshop. Ana  ni lembab sket bab edit ni sb ana xminat kan.. Terjawab dh kan?

Yang kedua berkenaan dgn seorang sahabat bertanya ana ni couple ke x? Baik sejujurnya ana dh 2 tahun dh berhenti couple. Last sekali tahun Jun 2009 sebelum masuk Upsi. Atas sebab tertentu ana terpaksa berpisah dan akhirnya Allah bagi jln yg terbaik utk ana dan si dia. Sekarang ni ana ada la suka kan seseorg namun hanya pernikahan la yg ana nantikan untuk bersama dia. Jika ada jodoh ana dgn dia maka adalah lah. Siapa dia 2? Dia itu telah tertulis di Lauh Mahfuz semasa ana umur 120 hari dalam kandungan.. Bagi siapa yg couple, hold dulu, cari ilmu agama dlu. Cari yg beragama, xhensem n xcantik xpe asalkan ilmu agama yg dia amalkan untuk dijadikan panduan hidup.

Yang ketiga, adakah boleh seorang wanita yg keluar haid membaca Al mathurat? Seperti kita tahu dalam al mathurat adah petikan Al Quran, doa dan zikir. Perempuan haid boleh membacanya TETAPI kena niat sebagai zikir. Sama jugak org haid nk baca Al Quran cntohnya Hafizah, dia mesti hafal Al quran, apabila haid, dia ttp boleh hafal or baca tetapi perlu niat zikir atau doa. Jadi xjadi masalah jika kita niat zikir tetapi jgn org permpuan sentuh Al Quran dlm keadaan haid tanpa alas, berdosa hukumnya. Tp Al Mathurat xpe jika xberalas sebab dia bukan Al Quran..

Yg Keempat,  berkenaan membaca Al fatihah selepas solat. Adakah ia dikatakan bidaah atau tidak. Baik, ana tidak pernah dgr atau terbaca ttg Rasulullah xbaca al Fatihah 2.. Tetapi tidak ada masalah atau tidak menjadi 1 dosa pun jika kita berwirid selepas solat. Ini adalah tuduhan golongan wahabi mengatakan nabi xberwirid selepas solat sebab tidak ada hadis. Jika benar tuduhan golongan ini pun, xsalah kita berwirid sb itu adalah penyucian hati umat islam. Ulama2 telah membuat wirid khas selepas solat. Jadi ia xmenjadikan satu dosa pun pada kita. Al Fatihah ni kan pembuka kitab. Kat mane2 pn kita baca. Kita naik kapal terbang kita baca Al Fatihah. Adakah berdosa dan kalau kita pk, Nabi dlu mana ada naik kapal terbang, jadi kita buat perkara bidaah laa.. Haa.. Dh nampak semua? Mazhab imam Syafie ni, selagi mana ia tidak ditegah dalam Al Quran, hadis, ulamak dan Qias( Pendapat) maka ia tidak menjadi 1 kesalahan. Fahaman wahabi plak, Yg mane tidak ada dalam Al quran dan hadis, maka bidaah jika kita lakukan. Jd sudah terang lagi bersuluh la mazhab kita jauh lagi baik. Jadi xde masalah untuk berwirid yee.. Wallahualam bimurodih..

Saturday, August 20, 2011

Mendakap Lailatul Qadar


Assalamualaikum wbt wahai sahabat2 ana yg diredhai oleh Allah.. Selawat serta salam keatas nabi yg dirindui iaitu Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah kita semua sudah tiba di fasa terakhir ramadhan. Malam yg dicari oleh orang2 yg dipilih oleh Allah berlumba lumba bgn untuk Qiamullai di masjid2. Ada yg qiam di rumah2 mereka. Alhamdulillah semua orang mendambakan malam tersebut. Tetapi. apakah keistimewaan malam tersebut dan apakah tanda2nya?

Banyak sangat keistimewaan malam lailatul qadar, ini kerana para malaikat akan turun dan pergi kepada setiap hamba Allah yg beribadat pada malam tersebut dan mencatat permintaaan kita semua. Di lauh mahfuz segala perancangan hidup kita telah tertulis namun malam lailatul qadar ni la akan mengubah ketentuan Allah jika hambaNya memohon. Jika kita tidak memohon, maka perancangan yg Allah dh tetapkan xkn berubah. Jadi amat rugilah di situ. Mungkin sahabat ada keliru namun ketentuan ( Qada)  Allah ni ada dua iaitu

Qada Mubran - iaitu ketentuan Allah yg tidak akan berubah sebagai contoh semua makhluk akan mati dan hanya Allah sahaja yg Kekal.

Qada Mualat - iaitu ketentuan Allah yg berubah melalui usaha dan ikhtiar sebagai contoh, semua manusia akan mati namun tarikh yg berubah. Umur kita jadi panjg disebabkan usaha kita dgn doa, sedekah dan pelbagai amalan lagi.

Jadi malam lailatul qadar jgk akan menentukan perjalanan hidup kita sehingga berjumpa dgn malam lailatul qadar akan dtg. Senang citer malam lailatul qadar ni perancangan tahunan yg kita mohon pada Allah supaya kita sentiasa terpelihara.

Lailatul Qadar hanya diturunkan pada umat nabi Muhammad supaya amalan kita sama banyak dengan orang yg terdahulu sebab umat nabi lain umurnya panjg. Umat nabi kita mmg umur pendek, jadi amalan pn kurang. Maka, Allah yang Maha Adil menghadiahkan pada kita malam tersebut..

Tanda-tanda yg tercatat dalam hadis adalah:
Hari tersebut tidak panas dan tidak sejuk. Tidak hujan dan tidak panas terik dan harinya amat nyaman.. Pada keesokan hari sinaran matahari menjadi putih.. Dan nabi memberitahu bahawa setiap tahun, lailatul qadar adalah hari yg berbeza. Bagi pandangan ana, ana dapat rasakan tanda2 itu adalah sedang berlaku pada hari ini 20/8/2011 dan malam ni adalah malam ganjil iaitu malam 21 ramadan.. Cuba sahabat semua perhatikan semua.. Jika tidak hujan dan tidak panas, mungkin hari ini tetapi Allah lebih tahu.. Bacala doa (Allahumma rzukni lailatil qadr) Ya Allah, rezekikan aku malam qadr... 

Lailatul Qadr ni akan berpasangan dengan iktikaf di masjid Jamek ( masjid yg dibuat solat jumaat). Jadi bangunlah qiamullai di masjid2 dan jgn lupa niat iktiqaf sb jika kita tidur dalam masjid dgn niat iktiqaf dan berwuduk, maka setiap saat pahala yg kita dpat walaupn kita xsolat sunat. Jika kita solat lagi banyak la pahala didarabkan dgn 1000 bulan. Subhanallah... Jadi untuk kaum lelaki terutamanya, rebut la peluang ni.. Org permpuan pn boleh beriktikaf slagi mana terpelihara dri ftnah.



Jika masjid ada qiamullai secara berjemaah, tetapi kita ada kekuatan sendiri untuk beribadat bersendirian maka itu lagi elok kerana lailatul qadar ni malam antara diri kita dgn Allah sahaja. Macam dating la kiranya.. Jika org cakap kita bodoh sebab xberjemaah semasa qiamullai, maka orang yg berkata itulah yg bodoh. Tetapi tidak ada salah jika berjemaah bagi org yg tidak ada kekuatan untuk beribadat bersendirian yee.. Ana mohon sgt2, cari la malam istimewa ini, ni lah masa kita bersama Allah. Ana merayu sangat2 pada sahabat2 semua. Iktikaf la di masjid yee semua. Mohon sgt2...

Antara tanda2 lain yg disebutkan oleh ulama adalah

  • Terlalu mengantuk yg luar biasa
  • Keadaan pokok agak condong xseperti biasa
  • Tiada bunyi haiwan malam ( cengkerik)
  • Tiada kilat

Ada banyak lagi tanda namun itu hanya sebagai persediaan ataupun signal sahaja. Sesungguhnya Allah lah yg Maha Mengetahui. Semoga kita semua mendapat Lailatul Qadar.. Amin Ya Rabb.. Wallahualam bimurodih..


Friday, August 19, 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum wbt.. Haa.. nampak lain x blog? heheheh.. Thanks kepada sahabat yg membuatnya.. Hanya Allah mampu membalasnya. Baik, kali ni simple je entry sb ana jz menjawab pertanyaan sahabat sahaja. Soalan pertama mengenai jin dan manusia yang manakah dijadikan terlebih dahulu dan adakah jin akan berada di mahsyar dan di masukkan ke dalam syurga jugak? Baik, jawapannya adalah jin dijadikan terlebih dahulu sebelum manusia namun begitu Allah telah berfirman untuk jadikan manusia sebagai khalifah disebabkan jin ni membuat terlalu banyak kerosakan di bumi. Lalu Allah ganti khalifah di bumi ni ialah manusia. Maka golongan jin ni berdendam dgn manusia sebab 2 jin kafir akan cuba menyesatkan manusia sehabis mungkin. Untuk di Mahsyar juga jin akan dihisab mengikut amalan mereka semasa di dunia. Bagi jin yg beriman, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga  kerana Allah telah berfirman, Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. Maka jin dan manusia yg menyembah( beriman) pada Allah maka syurga la tempatnya.

Untuk soalan kedua, Adakah wanita boleh beriktikaf di masjid dan bagaimana caranya.. Seperti yg kita tahu wanita tidak diwajibkan pergi ke masjid kerana untuk menjaga pandangan org lelaki. Jika menimbulkan fitnah maka haram mereka pergi ke masjid apatah lagi beriktikaf di malam hari. Jika di siang mungkin tidak menimbulkan fitnah tetapi di malam hari akan ada fitnah yg berlaku. Jadi jika hndak beriktikaf, di dalam masjid itu mesti ada ruangan khas di mana orang lelaki tidak mengetahui bahawa org perempuan berada di dalamnya ( tidak nampak ). Macam masjid di Pondok Pasir Tumboh, wanita kt sana solat jumaat jgk tau sebab kawasan wanita mmg xnampak sebab ada bilik khas. Bukan sekadar tutup dgn tirai kain je.. Wallahualam Bimurodih

Thursday, August 18, 2011

Sekalung Penghargaan Ibnu Hassan


Assalamulaikum, entry kali ni santai je.. Baca tajuk pun dh tahu kan.. Hehehe.. Ana ingin mengucapkan berbanyak - banyak kesyukuran kehadrat Allah sebab Allah lah tempat ana mohon segala ilmu yg ada dalam blog ni, maka Allah perkenankan. Ada ilmu yg lambat Allah beri namun kesabaran yg jadi penguat hati. Ana pernah putus asa dgn sikap pembaca seketika kerana tidak ada penghargaan yg diberikan. Namun ana pk balik, lucu jgk ana ni.. Heheheh.. Cukup Allah bagiku.Thanks Ya Allah..

Untuk sahabat ana yang setia membaca iaitu cik amani, cik azila dan cik kartika, terima kasih banyak2. 3 muslimah ni adalah penyumbang pada blog ana ni. Cik amani telah membuat blog ana, menghiaskan blog ana dan semuanya yg ada pada blog ni dia yg reka. Cantik blog ni.. Hehehe.. Ana tahu buat entry je.. Untuk cik azila, dia yg menyebarkan blog ana pada facebook menyebabkan viewers semakin hari semakin bertambah dan dia letak entry ana di fb dia dan dia antara org yg banyak bertanya soalan. Haa, inilah cara menggunakan fb sebaiknya, sebar agama Allah.. Dapat pahala MLM tau.. Untuk cik kartika, ana mintak tlg dia buat Header baru untuk ana sebab Header lama ni mcm xbest sebab ana seganlah muka ana terpampang besar cam2. Buat header cantik2 baru ramai org masuk blog ni. Hehehe..


                                    Untuk Semua Pembaca Blog Ibnu Hassan

Dan jutaan terima kasih pada pembaca yg setia yg xjemu jemu menantika entry baru. Ana bermohon pada Allah agar semua pembaca blog ana dan blog2 yg membesarkan agama Allah ni akan mendapat perlindungan dari Allah, semoga peroleh kejayaan utk dunia dan akhirat semoga sentiasa berusaha mencari agama Allah.. Terima Kasih ana ucapkan kepada semua blogger yg menyokong, pembaca yg membaca dan hamba Allah yg mendoakan ana.. InsyaAllah sahabat semua dalam doa ana.. Wallahulam Bimurodih

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...