Wednesday, August 15, 2012

Kemenanganku.. Kelahiranku.. Episod 2



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt sahabat sahabiah ana yg berada dalam bumi Allah yg Maha luas.. Alhamdulillah ana diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai seorang pendakwah yang diredhai oleh Allah. Alhamdulillah, dh setahun dh umur blog ni.. Pelbagai cerita suka dan duka yg ana lalui bersama org2 yg berkaitan. Pelbagai dosa yg berlumuran pada batang tubuh yg kerdil ni.Tp Allah ttp memberi nikmat tnpa mengurangkan sikit pun nikmat malah ditambah pelbagai nikmat lg. Allahurabbi...

Kemenanganku kelahiranku yg ke 22.. Kemenangan yg dimaksudkan adalah kita dh berada di ambang eidul fitri. Kelahiran pula adlah ana dilahirkan pada 30 ramadhan. 1 hari sebelum hari raya.. Huhuhu.. Umi ana cter, nurse yg sambut ana tu ckp, letak la nama Aidilfitri.. huhuhu.. Disini ana cter asal usul hari raya eidul fitri.. sebutan sebenarnya adalah EIDULFITRI bkn Aidilfitri.. Tp bkn berdosa kte menyebut aidilfitri cuma dalam bhsa arab adlh salah. Perayaan ini disambut apabila Nabi Muhammad sampai di madinah, penduduk madinah merayakan perayaan nenek moyang mereka yg penuh dgn maksiat dan hiburan kemudian Nabi Muhammad berkata adakah kalian mahu aku menukarkan perayaan kamu ini kepada perayaan yg berbentuk ibadah? Maka mereka bersetuju, maka peristiwa itu dikatakan perayaan eidulfitri.

Hari raya kali ni ana harap ana tidak melakukan  dosa2 di pagi Syawal. Semoga hari jadi ana kali ni lebih bermakna drp tahun lepas.. Tarbiah ramadhan kali ni jauh berbeza dr tahun lps. Jika tahun lps boleh belajar agama pd bulan puasa, thn ni Allah suh mengajar ape yg ana blajar thn lps. Malah Allah mengajar erti ikhlas dlm kehidupan. Saat ini manusia memuliakan ana disekolah dgn panggilan Ustaz Ammar Idrus.. Allahurabbi.. Ni kes sb ana byk meniru cara ustaz yg dicintai ramai iaitu Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dlm tazkirah ana di sekolah.. Bkn itu ana mahu, tetapi ana nk mereka membesarkan Allah melebihi dunia dan seisinya.

Semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan. Ana pernah digelar sebagai lelaki acuan Al Quran walaupun jauh sekali ana dgn al Quran. Org gelarkan ustaz ammar idrus walaupun ana manusia plg jahil dan jahat pada Allah. Allah sgt baik dgn kita tetapi kita yg lupa apa yg Allah kurniakan.. Allah, maafkan aku.. Doakan ana wahai sahabat sekalian. Di kesempatan ini ana mohon maaf kepada semua orang yg mengenali ana, semua org yg ana pernah buat dosa dan ana memaafkan semua yg pernah menyakiti hati ini.. Selamat hari raya semua. Maaf Zahir dan Batin.. Malam ni balik Kampung.. huhuhu.. Semoga jumpa lg jika panjang umur. Assalamualaikum... Wallahualam bimurodih..

Tuesday, August 14, 2012

tangisan perpisahan ramadhan


                                            gmbar zaman botak dulu2.. hehehe..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian..

Apakah kita termasuk orang yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan?

Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu yang kita lalui bersamanya.

Inilah :
  1. Masa-masa bahagia.
  2. Masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah swt.
  3. Masa-masa kedamaian.
Di mana ianya belum tentu kita temui ketika ia tidak bersama kita lagi.

Hiruplah dalam-dalam udara malam-malamnya.

Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya.

Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan.
  1. Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita.
  2. Perpisahan dengan bulan yang paling dirindui yang keutamaannya tidak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup ini.
Jika Rasulullah saw bersabda :

“Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan”. (HR Ibnu Khuzaimah)

Maka, berpisah dengan bulan ini bererti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat kali ganda.

Jika Rasulullah saw bersabda :

“Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti terhapusnya dua momentum kegembiraan di kala berbuka puasa itu.
Jika Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa kerana keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)

Maka, perpisahan dengan bulan ini bererti hilangnya kesempatan kita untuk memperolehi keampunan Allah swt terhadap dosa-dosa kita yang menggunung.

Jika Rasululah saw bersabda :

“Barangsiapa yang menunaikan Qiyamullail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka selesainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah petanda lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan solat malam dengan jaminan pahala ampunan di atas dosa dan kekhilafan yang kita sudah tenggelam di dalamnya.

Jika Rasulullah saw bersabda :

“Siapa sahaja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk (HR Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nasai’e dan Ibnu Majah)

Lalu bagaimana dengan kualiti ibadah solat tarawih yang sudah kita lakukan?

Perpisahan dengan bulan suci ini bererti juga kita akan kehilangan pahala solat tarawih iaitu kehilangan pahala semalam suntuk.

Para salafussoleh, selama bulan ini berlumba-lumba memperbanyakkan membaca Al Qur’an.

Malaikat Jibril memperdengarkan Al Qur’an kepada Rasulullah saw pada bulan Ramadhan.

Utsman bin Affan mengkhatamkan Al Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan.

Sebahagian salafussoleh mengkhatamkan Al Qur’an dalam solat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali.

Mereka sentiasa membaca Al Qur’an samada di dalam solat ataupun di luar solat.

Imam Asy-Syafi’ie dapat mengkhatamkan Al Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan.

Sementara Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali.

Qatadah sentiasa mengkhatamkannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali manakala pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap malam.

Pada bulan Ramadhan, Imam Az-Zuhri menutup majlis-majlis hadits dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya kerana semata-mata mengkhususkan diri membaca Al Qur’an dari mushaf.

Bagi Imam Ats Tsauri pula, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al Qur’an.

Jika mereka demikian tingginya semangat dan mujahadahnya dalam membaca Al Qur’an di bulan ini, maka bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan?

Apabila Ramadhan berlalu, ia bererti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperolehi barakah istimewa dari membaca Al Qur’an di bulan ini.

Jika Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al-Qadr : 1-3).

Rasulullah saw sentiasa mencari malam Al Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya.
Baginda membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadr.

Dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.”

Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadr, malam yang telah  dimuliakan dan diangkat darjatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, bererti terlepasnya kesempatan yang tidak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun.

Ia bererti, lenyapnya kesempatan kita untuk memperolehi keuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih lama berbanding dengan usia kita sendiri.

Oleh yang demikian :
  1. Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini.
  2. Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini.
  3. Lantunkan zikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini.
  4. Buanglah kepenatan, hilangkan rasa letih, dan paksalah diri ini hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan yang penuh kemuliaan.
Kejarlah segala yang terluput dari diri kita sebelum ini pada malam Al Qadr dan jangan ditunda-tunda lagi.

Menangislah!!!  kerana kita pun semestinya akan berpisah dengan bulan ini.

Ya Allah, kurniankanlah kepada kami malam Al Qadr yang akan menjadi wasilah untuk kami mendapat keampunan dariMu dari segala dosa-dosa samada yang besar atau kecil, yang awal dan akhir, yang terang dan tersembunyi dan panjangkanlah umur kami sehingga kami dapat bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.

Ameen Ya Rabbal Alameen

                                  Moga menjadi seorang pendakwah yang diredhai..

Monday, August 13, 2012

Pengalaman Baru

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mempunyai sifat kamalat. Mahasuci Allah yang memelihata hamba-hambaNya tanpa lalai.. Apa khabar sahabat-sahabiah ana semua? Pertama sekali marilah sama2 kita sedekahkan al Fatihah kepada arwah Basri Bin Nasir iaitu ayah kepada salah seorang sahabat ana yang pergi menemui Allah pada 16 ramadan yang lalu..

Em.. cer tgk tajuk jap... huhuhu.. Pengalaman baru??? ape yang baru ye? Byk yg nk diperkatakan ttg pengalaman baru kt Banting ni. Sepanjang menjalani praktikum, banyak betul yg ana belajar, mengajar, diajar dan kurang ajar. huhuhu.. Ape nk jd ngn ibnu Hassan ni..

Belajar..
Ana belajar banyak benda sekarang ni. belajar bagaimana ingin menjadi seorang guru yg ikhlas dalam mengajar atau menyebarkan ilmu. Pada awal praktikum, ana hanya pk nk cp hbs mengajar dan nk dpt A praktikum, tp, lps jumpa muka suci anak2 murid, ati ni mula menjadi lembut dan sedikit sebanyak mula minat untuk mengajar kerana ini cita2 ana. Bukan lg kerana gred, ini adalah ikhlas kerana Allah. Ana jatuh cinta pada bidang yang ana ceburri walaupun byk kepahitan tp Allah selitkan kemanisan yg amat berharga.. Ana juga belajar solat jenazah yg lama sgt ana nk pandai. Allah tarbiah slow2. Thank you Allah. walaupun pertama kali bcaan xigt sgt, tp itulah penggerak utk ana belajar. Ana juga belajar mengimamkan solat terawih yg selama ni ana asyik mengelak. tp dorongan Pak Lang, jiran ana yg byk bg galakan, Alhamdulillah ana menggalas amanah yg diberikan oleh Allah. Semua itu pilihan Allah.

Mengajar
Mcm biasa la ana ni mengajar kimia kt smk telok datok. Cuma ana dipilih ustaz2 kt sini tuk bg tazkirah pd bdk2 selepas bca al mathurat. hehehe bkn mengajar tp duk melawak je ngn bdk2. adoi, kerana anak murid ana lg hbat agamanya..

Diajar
jika cter yg diajar, mmg byk la ana diajar oleh ramai org dan yg plg utama diajar oleh Allah.. banyak peristiwa yg berlaku kt sini. Namun Allah maha melindungi. ana juga diajar untuk bersabar. Ana terkilan sb lately entry ana ttg perkahwinan, namun ade juga yg ckp xperlu semua tu. sb dalam perancangan lg. Ana th ape yg ana buat. Ade org dlu pkai purdah kemudian die buka, pasti ade sb die kmbali buka purdahnya. Kita bukan tuhan nk hukum org sewenang wenangnye. Biarkan ape yg org lakukan sb pasti ade sebab die nyatakan sedemikian. Better pergi tegur muslimin n muslimat duk berbalas komen di fb dimana dijadikan tatapan umum. tidak pula dihiraukan. Ini Allah ajar ana utk nampak apa yg elok n ape yg tidak elok pd seseorg itu. Ana merancang dan jika dizinkan oleh Allah maka bnda tu akan berlaku. Ana memberitahu berita gembira ini pada sahabat sahabiah utk didoakan bersama.

Kurang Ajar
Em cter ttg kurang ajar ni mmg agak kurang sopan. huhuhu.. masing2 pernah kurang ajar. Student ana pun bnyak yg kurang ajar. Ana tidak salahkan mereka kerana, what you give, you will get back. ni mungkin khilaf ana pd guru2 ana dulu dan ana kena blk ble bergelar guru praktikal. Allahurabbi.. jahatnya aku.. moga2 ana bersabar dgn ape yg diberikan.. Wallahualam bimurodih...




Friday, August 10, 2012

Saat Izrail Datang..


Waktu kita mati nanti, malaikat maut datang memberi salam.. itu pun kepada mereka yang Allah redha.. jika Allah tak redha, maka malaikat maut takkan beri salam.. kerana salam itu adalah doa kesejahteraan.. kita akan dapat melihat alam malakut.. iaitu alam yang mana kita akan menuju ke sana lpas roh terpisah dari jasad.. jika baikamal kita seluruhnya, maka berbahagialah.. jika buruk amal kita, maka celakalah..

waktu ditarik roh dari jasad itu umpama kekabu yang basah diletakkan pada pohon berduri, lalu ia disentap secara songsang.. sangat perit rasanya.. sewaktu sakaratulmaut inilah, syaitan akan dtg berbondong2 untuk menyesatkan kita dan mengajak kita mati dalam kafir.. amal juga sebagai pembela, dan Allah akan selamatkan mereka yang diredhai..

lalu ditunjukkan kepada orang mukmin itu neraka, lalu berkata malaikat, lihatlah bahawa Allah telah selamatkan kamu daripada neraka ini, lalu ditunjukkan syurga, maka berkata malaikat, inilah tempat kam
u selama2nya.. dan ditunjukkan kepada orang kafir, munafik, fasik serta mereka yang berdosa di sisi Allah akan syurga, maka berkata malaikat, celakalah kamu kerana ini bukan tempatmu, lalu ditunjukkan neraka, inilah tempat kamu akan tinggal..

lalu roh orang mukmin dibawa ke langit demi langit, dibuka pintu langit satu demi satu, sungguh harum bau roh orang mukmin itu sehingga ditanya siapa gerangannya ole para malaikat di langit.. dan diletakkan roh itu di tengkolok burung berwarna hijau di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya hingga hari kiamat..
malang sungguh roh orang derhaka.. dihalaunya dari langit pertama lagi oleh malaikat oleh kerana busuknya baunya.. lalu dimasukkan kembali roh dalam kuburan dan disiksa hingga hari kiamat..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka: Itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat. (H.R. Muslim)

Thursday, August 9, 2012

Masalah perkahwinan


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.




p/s; Ana takut jika bakal isteri ana sengsara bila bersama ana. Perkahwinan ana makin hampir, moga Allah memberi kekuatan kepada pasangan muda yang akan mendirikan baitul muslim.. Ya Allah, apabila Engkau berikan aku seorang wanita yang sesuai untukku, maka aku yakin yang Kau Maha Menjaga jodoh aku dan die. Moga aku dan die persiapkan diri untuk menggapai cintaMu Ya Allah..

Friday, August 3, 2012

kegusaran hati makin reda.. tetapi...



Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah yang sentiasa bersama kita semua. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, segala yang berlaku pada hari ini semua di atas kehendak Allah. Sebelum ini ana betul2 x terurus dan macam tidak ada tujuan. Tp Allah dah tetapkan kepada hambaNya sesuai dgn keupayaan hambaNya utk menghadapi ujian.

Setelah ana menyatakan hasrat untuk berkahwin, maka dtg org yg pernah ana wat salah memaafkan ana dan redha akan perkahwinan ini. Alhamdulillah, Allah maha mendengar rintihan hambaNya.. Kegusaran hati ana pula dah makin redha cuma dtg ujian yg menguji akidah dan ketaatan ana. Allahurabbi.. Tentang akidah ana xnk sebut sb xnk aibkan mana2 pihak. Biarlah Allah yg melindungi ana yg lemah. Tentang ketaatan ana kpd umi ana mgkin teruji kerana umi ana jgk skrg diuji kerana keretanya dicalarkan. Mungkin jgk tercalar dan mgkin jgk tercalar.

Ana kena tenangkan umi dulu supaya umi menerima dgn hati terbuka.. Moga Allah bagi kekuatan. Em makin dkt dgn pertunangan ana ni, makin byk plak ana pk ttg tggjwab. Ana pun masih byk kekurangan dan kejahatan, tp Allah hadirkan jgk org yg sgup terima besi karat yg berada di longkang ni untuk buat suami. Baiknya Allah.. Ana je jahat dgn Allah n manusia.. Semoga Allah melapangkan dada ana supaya makin kuat untuk menghadapi ujian pada masa akan dtg.. Semoga kita semua saling ingat mengingati.. Amin... Wallahualam bimurodih...

Wednesday, August 1, 2012

Adakah aku jahat???


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt kpd para sahabat n sahabiah ana yg membaca yg bosan ini.. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan apa yg ana pelukan. Sedikit pun tidak kurang.. Baiknya Allah kita semua. Selawat serta salam kpd Nabi Muhammad SAW.. Mari kita doakan kpd saudara kita kt Rohingya, Syria, Palestin dan seluruh dunia dgn mensedekahkan Al Fatihah agar Allah menghantar 1 betalion malaikat untuk menghancurkan musuh2 Allah..

Hari ini ana terlebih emosi kerana terlalu banyak yang ana pk. Semakin dkt ana dgn hari pertunangan ana, semakin sebak dan semakin rase diri ni lemah dan serba xkena. Bukan kerana mslh dgn pertunangan ana, ttpi dgn org yg pernah ana sakiti kerana ana terlalu ikutkan nafsu dan terlalu bnyk bg harapan. Apabila Allah tetapkan jodoh dgn org lain, ana rasakan ana telah lakukan kesalahan yg amat besar kerana terpaksa tglkan apa yg telah ana mulakan. Hati mana yg tidak sakit dgn apa yg berlaku. Tp ana kuatkan diri supaya melenyapkan ksilapan ini dgn perkahwinan di usia muda. Ana nk jaga nafsu supaya disalurkan pada yg halal dan biarlah ana dan bakal isteri mmpu menggapai cinta Allah bersama kerana ana xmampu untuk mencapainya seorang diri. Pastinya jodoh ana ini Allah dh aturkan dari azali lg.

Kejahatan yg pernah dilakukan hanya terampun apabila org yg disakiti memaafkan diri ini. Dosa dgn Allah amat mudah untuk Allah ampunkan, tetapi dosa dgn manusia perlukan kemaafan dari tuan punya badan. Maafkan diri ini atas kekhilafan dan kejahatan yg dilakukan. Diri ini masih bertatih dalam menjadi pendakwah dan menjadi muslimin sejati yg didambakan oleh muslimah sejati. Bukan ana mengejar muslimah yg sempurna kerana ana juga tidak sempurna, tetapi biarlah bakal isteri ana ini menjadi penyejuk ati dan setakat ni Alhamdulillah, tenang hati ini bila berbicara tentang dirinya. Moga Allah tidak menguji ana sekali lg dgn kehadirannya dlm hidup ini.

Dirinya hadir disaat ana tewas dalam ujian untuk mencari Allah dgn persekitaran baru ini, penuh cabaran utk sebarkan dkwah, maka disaat ana jatuh, Allah tlg ana dgn membangunkan ana dr lena yg panjang dgn maksiat yg dibuat. Moga urusab pertunangan dan perkhwinan ini berlangsung dgn berkat dan redha Allah. Walaupun kenduri ditangguhkan sehingga kerja, majlis akad nikah akan dihadiri keluarga terdekat sahaja. Jika ada rezeki, ana jemput semua ke majlis ana nanti.. Semoga Allah berkati ana dan insan yg dipilih oleh Allah ini sampai akhir hayat. Moga sahabat yg tahu ttg kejahatan ana, memaafkan ana, melupakan kejahatan itu dan memulakan hidup baru. Dengan ini, ana sedekah umur ana untuk kalian yg pernah disakiti, semoga umur ini menjadikan kebajikan untuk kalian. Doa ana sentiasa kepada kalian.. Wallahualam bimurodih..

Tuesday, July 31, 2012

hari ini aku dijulang.. esok siapa yang tahu..

Bismilllahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah yg masih memberikan kita nikmat yg terhingga.. Selawat serta salam keatas nabi yg dicintai dan dirindui selamanya.. Moga ana tergolong dalam tergolong yg mendapat kemenangan di hari akhirat..

Hari ini ana masuk kelas dan mengajar seperti biasa.. Seorang pelajar bertanya, Cikgu, knapa kita tidak gunakan gas nadi untuk bernafas.. Terkedu ana nk menjawab.. Maka ana blk kepada akidah yg harus mereka tahu bahawa Allah jdkan banyak gas dalam dunia ini. Tp gas yg plg sesuai untuk manusia adalah gas oksigen sb Allah tahu apa yg hambanya perlukan. Anak murid ana tiba2 menangis.. Lalu die berkata, baiknya Allah sb tahu apa yg kita perlukan sdgkan kita jahat ngn dia. Bila ana lihat wajahnya yg sedih, sebak dihati ini, tp kna cover tkt xdpt ngajar.. Walaupun ana ajar kimia, tp semua ilmu itu milik Allah, maka last sekali, kaitkan dengan ciptaan Allah yg hebat. itu dipaggil pembelajaran bermakna..

Tajuk yg ana pilih adalah berkenaan dgn hari ni ana dijulang dengan penuh rasa hormat oleh org sekeliling. Ana diangkat bagaikan org yg hebat di mata org sekeliling, namun Allah itu maha adil dan maha bijaksana, Allah hadirkan beberapa hamba yg kenal sikap n sifat ana yg sebenarnya. Maka mereka inilah yang akan melunturkan perasaan ujub dan takbur yg timbul dlam diri. Pada mulanya, ana mmg xsuka dgn mereka yg tahu ttg kejahatan ana, tetapi, apabila pk blk, Allah hadirkan hujan untuk beri kita pelangi.. Allah pilih hambaNya untuk igtkan ana untuk ana kekal tawadhuk pd Allah. Rasa hina diri dgn dosa silam yg ana tidak tahu sama ada Allah ampunkan atau tidak. Terlalu banyak kesilapan yg ana buat, trlalu banyak maksiat dan kejahatan yg ana tlh buat. Hanya Allah je dpt ampunkan dosa ni.. Ana harap sgt ana mampu menjdi hamba pilihan ilahi yg suci dari dosa2 besar. Allahurabbi.. Gerun rasanya untuk mengadap Allah nti..

Gambar Hiasan
Apabila hadirnya manusia yg dtg untuk mengingatkan ana, maka ana terfikir, hari ni aku diangkat, bagaimana dengan hari esok? mgkinkah ana akan dijatuhkan sehingga xde siapa yg akan menerima ana lg selepas ini.. Allahurabbi.. Takut bila ana memikirkannya. Bukan takut hilang pangkat dan kedudukan, tetapi tkt hlg kepercayaan dlm dakwah yg disampaikan. Ana tahu ade yg burukkan ana kat luar sana, ana tidak marah sb manusia akan bercerita apabila bnda itu betul2 berlaku. Jadi biarkan saja apa yg mereka katakan, yang penting Allah tahu hambaNya mcm mana. Jadi, hari esok pasti akan dibongkarkan segala kjahatan ana, mohon sahabat beri kekuatan supaya semua itu berlalu sebagai pengajaran yg berguna untuk menjadi pendakwah yg diredhai.. Wallahualam bimurodih..

Monday, July 30, 2012

jujur itu lagi baik..

Assalamualaikum wbt.. Kepada Allah Yang Maha Esa, aku bersyukur sebab Kau masih memberikan apa yang aku perlukan walaupun aku melakukan bertimbun-timbun dosa.. Allahurabbi.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Apa yg ana ingin nyatakan disini adalah jujur itu lebih baik..

Kenapa ana nyatakan sedemikian adalah, apabila kita jujur dalam melakukan sesuatu perkara pasti berjaya dan kita pun berlapang dada.. Pada post yg sebelum ni, ana nyatakan zaman bujang ana akn berakhir tidak lama lg.. Maka berpusu-pusu org msg bertanyakan ttg itu. Jadi jujur itu lebih baik, ana membenarkan sahaja apa yg ana katakan.. Walaupun mgkin mengguris hati org lain, tapi percayalah, jika kita jujur, Allah akan buka jalan utk org lain mencari apa yg lagi baik..

Ttg jodoh itu rahsia Allah.. Ana hanya mampu merancang, segalanya Allah yang tentukan.. Jadi jgn salahkan ana ttg pemilihan jodoh ana kerana yg menggerakkan ana adlh Allah.. Cuma cara ana sblum ini mgkin memberikan harapan kepda org lain.. Allahurabbi.. Maafkan ana wahai sahabatku.. Begitu jgk bila menjadi guru, jujur itu lebih baik.. Seorang pelajar bertanyakan soalan matematik pada ana, ana xdapat jwb, dan ana beritahu yg ana xdapat ajar. Ana xmemandai utk ngajar semata mata nk npk pandai dihadapan pelajar. ana rela malu daripada sebarkan ilmu yg salah yg akan digunakan sampai bila2, dan ana dpt saham yg salah.. Allahurabbi..

peace no maksiat n dosa

Kadang2 kita rase ada kala kena menipu untuk selamatkan diri tp itu sementara sahaja.. Lepas ni siapa tahu bahaya yg dtg itu lg besar? Siapa yg dapat selamatkan kita melainkan Allah? Adakah Allah redha dgn penipuan kita? Jadi, walaupun benda yg kita buat itu bnda yg terkutuk, jujur adlah lebih baik. Akan tetapi, jika kita jujur menyebabkan rosaknya sesuatu perkara, maka diam itu lebih baik. Jgn menipu dan jangan memberitahu.. Ana dh berazam untuk jujur dalam semua perkara kerana ana banyak berkias dan banyak menyembunyikan perkara penting menyebabkan makin lama makin teruk.. Jadi ana mohon maaf sgt2 dgn kesalahan ana sebelum ini.. Wallahualam bimurodih..

Friday, July 27, 2012

perjalananku kian mencabar..

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menulis tentang apa yang dilalui.. Selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW..

Ana teringat kata2 seseorang sampai ke hari ini masih tergiang-ngiang dalam kotak fikiran.. Setelah ana sakitkan ati die, die cakap jangan sampai kau merangkak di padang mahsyar untuk mohon kemaafan dari aku.. Allahurabbi.. ana terkedu sb mmg ana banyak sgt dosa dengannya. Kehidupan ana pun makin lama makin hanyut dengan perkara dunia.. jika dulu ana yg menasihati, skrg ni ana pula dinasihati benda yang sama. Ana bukan sombong tp mgkin disaat ana menasihati org, ana ada persaan ujub yg timbul, maka Allah tunjukkan atau Allah balikkan ati ana ini. Wahai Allah, jahatnya aku..

Dalam hidup ana, ana xsuka 3 perkara, dan dlu ana cuba sedaya upaya untuk elakkan diri dari terjebak dalam tiga perkara.. Mmg bukan berdosa jika terjebak tp akan menjerumuskan ana ke arah itu. Setelah ati dibalikkan, dua perkara ana telah lakukan. Allahurabbi.. Tinggal satu perkara sahaja lg untuk ana pertahankan supaya ana dapat kembali semangat dakwah..

Untuk pengetahuan semua, satu lagi kisah hidup ana akan berubah dengan kehadiran insan dari Ilahi yang bakal jadi pendamping hidup dikala susah senang. Setakat ini masih dalam perbincangan dan mungkin zaman bujang ana akan tamat xlama lg. Insan yg muncul dalam istiqarah ana itu mgkn akan menjadi penguat untuk ana  mencari cinta Allah yg masih kabur jika ana bersendirian. Ana harap pilihan ini dtg dari Allah dan tidak menyakiti hati sape2. Selama ini ana masih xde hala tujuan dgn org yg ana cintai.. Maka ana lepaskan untuk kebaikan bersama. Tapi sekarang anugerah itu hadir tanpa disedari.. Semoga ana menjadi contoh teladan kepada generasi yg ign berubah ke arah Islam.. Wallahualam bimuradih..

                     Persembahan puisi oleh Wan Muhammad 'Ammar...

Wednesday, July 25, 2012

semakin hari semakin teruk...




Assalamualaikum wbt wahai sahabat sahabiah sekalian.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar!!! Salam ramadhan kepada semua sahabat sahabiah. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Allahurabbi, apa dh jd dgn ana ni.. Banyak sgt dosa telah ana lakukan wahai sahabatku. 1 per 1 perbuatan yang ana benci makin dekat ngn ana dan ade yang telah ana buat.. Apa yang ana pertahankan sebelum ini telah ana lupakan.. Ramai juga yg menyatakan ana dh berubah jd makin jahat.. Allah... Ramadan kali ini pun lagi teruk dr tahun lepas. Aku tergolong dalam golongan org yg celaka Ya Allah..


bergaya betul cikgu bujang

Lama sangat xupdate blog, ana pun merindui zaman ana berblog.. mgkin sibuk mendidik generasi akan dtg.. Kepada yg mengenali, yang telah ana sakiti, yang telah ana mainkan perasaan, ana mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semua telah tertulis rapi oleh Allah dan ana hanyalah pelakonnya.. Moga apa yg ditulis adalah baik utk ana. Untuk sahabat sekalian, doa yg ana bekalkan kpd kalian, dan ana mohon maaf  jika ada salah dan silap. Ana dh bukan ana yg dlu.. byk amalan yg ana dh tglkan. Astaghfirullah.. Ana sedih apa yg berlaku pd diri ana. mohon sahabat semua beri sokongan kpd ana dengan doakan ana kuat..

                                                 dengan anak murid kesayangan


Kenapa ana beritahu ana makin teruk biarlah ana dan Allah je yang tahu sb jika ana certiakan, makin banyak saksi utk kejahatan ana. Ana skrg berada di Banting menjalani pratikum sebagai guru Kimia di SMK Telok Datok.. Alhamdulillah sebulan bergelar guru, pelbagai pengalaman baru ana dapat. Rupanya Allah uji ana sblum ini sb Allah nk tarbiah ana dgn beri ana satu anugerah yg selama ini ana takut untuk terima. Namun sokongan dari seorang hamba Allah yang menyokong, ana terima dgn hati yang terbuka. Di sekolah, pelbagai ragam dan karenah pelajar. Namun pelajar masih lg hormat ana sbg guru mereka. Alhamdulillah.. sepanjang jd guru, terlibat dgn hari sukan, mase 2 sibuk sgt2.. penat dan marah dgn sikap guru senior yg hanya mengarah dan menyerahkan semua kerja pada ana, Allahurabbi, tapi Allah itu adil.. ana terima dgn redha dan bersungguh sungguh buat kerja dan hasilnya, ana mengecapi kemenangan dan kemenangan itu diraikan semua atlet dgn menamakan "Gelombang Cikgu Ammar". Mase terima hadiah, ana menitiskan airmata tp nasib baik pakai spec hitam.. huhuhu... Kenangan yang paling manis dlm menjadi seorang Murrabi.. Semoga semangat ini terus kekal sampai ana mati.. Amin.. Wallahualam Bimurodih..

                                 Anugerah yang diberikan dari Allah setelah berusaha..

Tuesday, April 24, 2012

Warkah Terakhir Ibnu Hassan

Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah yakni tuhan memberi ana nyawa untuk bertaubat kepadaNya. Selawat serta salam kepada Kekasihku Muhammad Ya Rasulullah.. Semoga kita dipertemukan dalam masa yang terdekat...

Selamat dan sejahtera keatas semua sahabat ana yang ana sayangi.. Disaat ana menulis warkah ini, bagaikan laju je nafas ana.. Ana mohon maaf kepada semua sahabat ana yang banyak ana sakiti.. Allah, jika Kau ambil nyawaku saat ini, jangan biarkan ade dosa yang tidak aku lunaskan dengan memohon kemaafan dariMu Ya Rabb..

Sahabat ana, Jgn ulangi kesilapan yang kita lakukan dahulu, ingat yang maut itu dekat tau.. Jangan lupa untuk doakan ana sekiranya dijemput nanti. Sahabat ana, jaga iman kamu dengan baik takut Allah ambil kita bila2 masa. Wahai sahabat ana, keluarga ana, maafkan ana jika belum sempat menunaikan janji2 yang telah ditabur masa lalu. Maafkan ana..

Allahuma Ya Allah.. Maafkan aku, ibuku, adik beradikku, sahabat sahabiah ku dan semua mengenali diri ini.. Selamatkan Ibnu Hassan dan Ibnu Nawang dari siksa azab kubur Ya Rabb.. 

Wednesday, April 4, 2012

Balasan-balasan dosa besar menurut Al Quran

Soalan:
Di sini saya ingin mengemukakan soalan berkenaan balasan-balasan di akhirat kelak di atas perlakuan-perlakuan tersebut :
a) Meninggalkan sembahyang secara sengaja
b) Meninggalkan puasa secara sengaja
c) Tidak menunaikan zakat
d) Berzina
e) Menipu orang
f) Menganiaya orang
g) Minum arak
h) Membuat sumpah palsu
Diharap ustaz dapat menjawab soalan-soalan berikut secara terperinci kerana saya benar-benar ingin mengetahui balasan-balasan yg akan diterima di akhirat kelak jika melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Semua dosa-dosa diatas tergolong dalam dosa-dosa besar. Jika dosa-dosa ini dilakukan seseorang  kemudian meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat, maka balasan dari dosa ini adalah masuk ke dalam api neraka. Jika mereka sempat bertaubat maka insya Allah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT. Sebab Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran akan menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat (taubat nasuha).
1. Dalil balasan dosa meninggal solat. 
Firman Allah SWT maksudnya:
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat“. 
(Al Mudatsir, 42-43)
2. Dalil balasan dosa meninggal puasa dengan sengaja. 
Firman Allah SWT maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa kepadanya. Hanya dalam masa beberapa hari saja“. 
(Al Baqarah 183, 184)
3. Dalil balasan tidak membayar zakat. 
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan orang -orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkan pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih“. 
(At Taubah 34)
4.Dalil balasan dosa berzina 
“Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina. Barangsaipa melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya“. 
(Al Furqan 68)
5. Dalil balasan menipu orang lain. 
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedangkan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud riyak dengan solat dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali“. 
(An Nisa, 142)
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka“.
(An Nisa, 145)
6. Dalil balasan dosa Menganiaya orang. 
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata“. 
(al Ahzab,58)
7. Dalil Balasan Meminum Arak. 
Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya khamar, judi, patung berhala dan undian nasib itu adalah kotoran dari perbuatan syaitan, maka jauhilah dia supaya kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu mahu mengadakan permusuhan dan perkelahian pada khamar dan judi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat tidaklah kamu mahu berhenti ?”. (Al maidah ayat, 90-91)
8. Dalil balasan Membuat Sumpah Palsu. 
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar“. (An Nahl ayat 94) 

Tuesday, March 20, 2012

Ya Allah, Bilakah Doaku Akan Dimakbulkan?

Nabi Ibrahim Khalilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengambalaan ternakannya di sebuah bukit di baitul maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka.
Ibrahim bertanya, “ Hari apakah yang peling mulia?”
Ahli ibadah menjawab, “ Hari pembalasan ketika manusia dibalas, antara satu dan sebahagian yang lain.”
“Apakah engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan hari itu?” ungkap Ibrahim.
“Janganlah engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak 30 tahun silam, tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan.” Jawabnya.
“Apakah engkau mahu aku jelaskan tentang sesuatu yang mengekang doamu?”
Ahli ibadah itu menjawab, “Ya.”
“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hambanya, nescaya Dia akan menahan doanya agar dia selalu bermunajat, mengiba, dan memohon kepada-Nya. Sementara itu, jika Dia marah kepada seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau menghunjamkan keputusan di dalam hatinya.”
Jika doa seorang hamba selalu dikabulkan setiap kali dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa kerana dia seorang hamba dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.
(Al Syaikh Al Baha’i)

Friday, March 16, 2012

bagaimana untuk bercinta kerana Allah

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”
Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.
Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.
Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.
Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.
FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)
Dipetik dari kitab An-Nashaihu ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah: Saiyidina Ghautsul Anam Wa-Dairah Quthubi Rahal Islam Imam Habib Abdullah al-Haddad al-Alawi al-Husaini al-Hadhrami as-Syafie.

Relaxing Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...